WhatsApp berubah lagi | Teruk betul line internet sekarang ni. Tulisan ada tapi gambarnya hmmmm sedih amat !! Sabar je lahh.. Dah la tak baik merungut. Biarkan je nanti lama² kita kan terbiasa gan sendiri. Jangan terlalu dimanjakan dengan kesenangan. Dengan kemudahan nanti diri sendiri juga yang susah.


WhatsApp sekarang dah berwajah baru kan. Rasanya dari minggu lepas lagi ia berubah. Cuma masa tu tak sempat nak tinjau sangat. Opsss sibuknya ciktie hahaha. Ada sehari tu pening duk tilik whatsApp ni..tak tau mana nak cari senarai telefon kekawan. Lepas tekan tu tekan ni. Tak jumpa juga last² terpaksa call je..


WhatsApp berubah lagi

by on 15:22
WhatsApp berubah lagi | Teruk betul line internet sekarang ni. Tulisan ada tapi gambarnya hmmmm sedih amat !! Sabar je lahh.. Dah la tak ba...
Permohonan peperiksaan KPSL N29 | Alhamdulillah, dah boleh mohon dah peperiksaan KPSL N29 untuk kod 3001. Sebelum ni dah cuba mohon tapi kod exam 3001 tiada dalam list lagi. Tengahari ni try² je isi and dah berjaya dah.


Ciktie dah !! Korang bila lagi.. So, pada sesape nak mohon duduki exam KPSL N29 boleh la mohon kat https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/ Exam untuk kod 3001 ni dijadualkan akan diadakan pada 15 Ogos 2017 nanti. Ada lagi tak sampai 5 bulan ni. Tarikh tutup exam ni pula pada 25 April 2017.
Alhamdulillah, kenyang... Berbaloi sangat balik tengahari tadi singgah pasar beli bahan² walaupun ada bahan yang terlupa nak beli. Merasai juga makan mee rebus walaupun ianya cukup simple je. Cara penyediaannya pun mudah. Pendek kata senang je.


RESEPI SIMPLE : MEE REBUS

Bahan
Sebungkus mee kuning - basuh, tos dan ketepikan
Sedikit ayam dipotong kecil²
2ulas bawang putih - tumbuk
Sedikit bunga kubis
Sedikit kubis
Tomato
lada besar
sayur sawi
secukup rasa
sedikit garam
Air untuk kuah
sedikit minyak untuk menumis

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan ayam dan biarkan isi ayam tu masak sedikit.
3. Masukkan air, sedikit garam dan secukup rasa. Biarkan mendidih
4. Masukkan kubis, bunga kubis dahulu sebelum masukkan sawi, lada besar dan tomato.
5. Dah siap...



Resepi Simple Mee Rebus

by on 15:59
Alhamdulillah, kenyang... Berbaloi sangat balik tengahari tadi singgah pasar beli bahan² walaupun ada bahan yang terlupa nak beli. Merasai ...
Jatuh tangga | "Apasal gan bibir tu??" "Aku campak dia..aku kan tiada kerja nak buat !" Jawab si ibu geram gan pertanyaan yang cukup simple tu. Sakit hati barangkali soalan sama yang diutarakan dari awal dia tiba di rumah ma sampailah petang semalam. Tapi camne boleh jatuh tu..kesiannya la.. baru je balik rumah sendiri 2 hari lepas dah jadi camtu. Nasib baik la luka tu sikit je.. tapi sikit-sikit pun sampai camtu bibirnya. Itupun dengar kata dah tuam..sebelum tuam lagi muncung bibirnya tu.


Alhamdulillah, sebelum balik malam tadi dah tengok dia senyum, tergelak ketawa dah. Semoga naufal kuat ya. naufal kan lelaki..lelaki tak boleh lembik tau. kalau tak malulah gan orang pompuan hikhik boleh lak camtu. Tapi kalau dah sakit tu tak kira lelaki pompuan dah la ciktie woiii


Dari emergency terus balik rumah sini pagi semalam. Nasib baik juga x-ray semua tiada apa-apa. cuma luka kat belakang bibir tu sikit je. Terpaksa la biarkan budak kecil ni makan bubur nasi je dulu biar semua luka tu ok dulu. Dia ingatkan maknya bergurau gan dia kot pagi semalam sampai terlanggar halangan 'pagar' yang dibuat si ayahnya sebelum ni. Itu yang sampai boleh jatuh tangga tu. Kebetulan lak masa tu si maknya sedang mengoreng. Dalam duk perhati tu jadi jugakk 

So, secara kesimpulannya seandainya si ibu itu sedang melakukan sesuatu kerja, si bapa tu tolonglah menengok-nengokkan si anak tu seketika. Gunalah apa-apa alternatif pujuk si anaknya tu. Kesihan si ibu tu..tangan dua je. mata pun sepasang je. Tak menang tangan kaki beliau tu. Kalau dah terjadi apa-apa si ibu itu juga dipersalahkan. Ok dah..



Jatuh Tangga

by on 14:56
Jatuh tangga | " Apasal gan bibir tu??" "Aku campak dia..aku kan tiada kerja nak buat !" Jawab si ibu geram gan pertany...
Wordless Wednesday : Tengok je | Alahai sedapnya kalau dapat makan kuey teow kung fu ke kuey tiow lakna ke time-time camni. Rasa cam dah lama pula tak makannya. Last makan pun bulan lepas dekat satu kedai ni area Kok Lanas. Hmmm ok la walaupun tak seperti yang diidam-idamkan. Dah lapar sangat masa tu tibai jelah hikhik

kuey teow kung fu

kuey tiaw ladna


Macam² kes sekarang ni. Gara² panjang tangan sorang lelaki yang menyamar sebagai perempuan telah ditahan. Kejadiannya di ruang solat perempuan di surau sunway tak silap. Gaya dan rupanya sebijik perempuan. Ciktie pun tak taulah nak kata apa. Biarlah pihak berkuasa tentukan nak buat gan orang ni dan semoga ianya menginsafkan mereka² sekali gus menjadi teladan buat kita semua kat luar ni. Orang penat² kerja kita sesenang rasa nak kebas ya. Buat kerja tempat camtu pulak tu..

Sebagai perempuan ruang solat lah tempat untuk kita berhenti rest sekejap sebelum sambung aktiviti seterusnya. Kat situ la kita buka tudung..nak baring kejap ke apa. Tapi kalau dah keluar kes macam ni memang kena fikir banyak kali la nak berhenti solat dekat mana² surau. Bukan hanya keselamatan harta benda je yang kena fikir ni huhu



Hero seorang cinderella | Karya anjell mengisahkan tentang keperitan hidup kehidupan seorang gadis (Nura Medina) yang dipisahkan dari ibu dan abang kandungnya semenjak bayi rentetan fitnah yang dibuat oleh ibu tirinya yang cemburu dengan kebahgiaan ibubapanyq. Dia telah dibesarkan bersama oleh ibu dan kakak tirinya. Kehidupannya tak ubah seperti dongeng cinderella tetapi versi thiller dimana ia banyak melawan kehendak ibu dan kakak tirinya yang bersikap hipokrit di hadapan bapanya.

Suatu malam, seperti ibunya, medina juga telah dihalau dari rumah oleh bapanya kerana difitnah mempunyai hubungan dengan lelaki yang telah diupah oleh kakak tirinya. Walaupun camtu, dia telah diselamatkan oleh seorang lelaki kacak (Tengku Ian Uzzam) merangkak suaminya. Tengku Ian Uzzam ini sebenarnya merupakan anak angkat ibu kandung medina. Dia telah diamanahkan oleh bapanya sendiri untuk menyatukan keluarga ibu angkatnya sebagai syarat persetujuan kepulangan ke Malaysia. Dan disebabkan ibu tiri medina tamatkan harta, amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Tengku Ian Uzzam telah dapat dilaksanakan setelah cerita sebenar disebalik fitnah yang ditaburkan diketahui bapa medina.

Best certa ni tau. Tengok tajuk je cam tak menarik hehe.. don't judge a book by its cover k ! Baca dulu sampai habis baru tau camne. 10⭐ ciktie bagi untuk novel ni


Hero Seorang Cinderella

by on 23:29
Hero seorang cinderella | Karya anjell mengisahkan tentang keperitan hidup kehidupan seorang gadis (Nura Medina) yang dipisahkan dari ib...
Facebook versi Instagram | Eehh korang perasan tak facebook sekarang ni cam ikut design instagram la. Ada storyline yang bulat² tu


Memula tu tak perasan sangat. Yalah asyik gan instagram je. Sekali buka facebook haha confius jak, mana satu agaknya. Tapi tak kisah la. Mana2 ciktie ok je.Dah biasa guna cuma yalah bagi mereka yang tak biasa terutamanya mereka yang ada akaun facebook je maybe ini pengalaman yang baru. 

Facebook versi Instagram

by on 22:34
Facebook versi Instagram | Eehh korang perasan tak facebook sekarang ni cam ikut design instagram la. Ada storyline yang bulat² tu ...
Pembayaran BR1M 2017 bermula hari ini | Alhamdulillah, tahniah kepada semua penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi tahun 2017. Pembayaran akan dibuat mulai hari ini, 18 Februari 2017 untuk baucar. Untuk bayaran sebenar ianya akan dimasukkan terus ke akaun bank yang didaftarkan pada 22 Februari 2017. Untuk pembayaran peringkat seterusnya lepas ini kita certa ya 😅😅

Bagi yang tak tersenarai dan seangkatanlah gan ciktie jangan kecil hati. Juga jangan susah hati masih ada lagi yang hidupnya lebih sukar lebih susah dari kita. Bersyukurlah gan apa yang kita ada. Pendek kata rezeki ada di mana². Kena usaha lebih sikit je. Jangan terlalu mengharapkan bantuan orang nanti manja kita jadinya. Think positive ok. Bye

Pembayaran BR1M 2017

by on 02:49
Pembayaran BR1M 2017 bermula hari ini | Alhamdulillah, tahniah kepada semua penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi tahun 2017. Pemb...
Cuci blog dengan Broken Link | Fuhhhh puas hati rasanya seminggu juga la buat benda alah ni akhirnya tengahari ni dengan rasminya blog ni bebas dari broken link ! Sebenarnya buat menda tak adalah lama sangat sampai ambil masa sampai berminggu-minggu cuma disebabkan masa yang tak berapa nak ada tambah pula gan kerja yang duk menunggu tu jadilah camtu hehe Oklah kat sini ciktie share sikit camne nak check broken link dekat blog tu. Sebelum tu ciktie nak ucapkan terima kasih dekat MellyaCrayola kerana share tutorial ni.

Memula tu klik web ni. Masukkan link blog pastu klik find broken link.


Akan keluar camni.. masukkan security code dan klik find broken link now !


Tunggu sampai habis



Tips
Bahagian Broken link tu ialah link yang bermasalah. Page where found, url ialah url link kawasan bermasalah dan scr adalah kedudukan link bermasalah itu dalam kod html.




Cuci blog dengan Broken Link

by on 13:12
Cuci blog dengan Broken Link | Fuhhhh puas hati rasanya seminggu juga la buat benda alah ni akhirnya tengahari ni dengan rasminya blog ni ...

Lagu ni dah lama dah sebenarnya tapi bagi ciktie ianya tetap sedap didengar. Memula lagu ni timbul ianya dah jadi antara lagu feberet ringtone hp ciktie dah. Tak kisah la korang nak cakap ciktie jiwang ke apa hehe janji ciktie senang gan apa yang ciktie buat okay. Dah time-time bos besar tak ada ni meh kita layan suara si Maulana ni kejap


Kali pertama ku melihat
Hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan

Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya
Tapi di dalam realiti belum pasti

Chorus
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu

Andainya benar katakanlah
Agar dapat mengorak langkah
Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk

Ulang Chorus

Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah isi hatimu

Ulang Chorus 2X

Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu




Lirik lagu RSVP by Maulana

by on 13:05
Lagu ni dah lama dah sebenarnya tapi bagi ciktie ianya tetap sedap didengar. Memula lagu ni timbul ianya dah jadi antara lagu feberet r...
Resepi ikan cencaru sumbat | Dah tak lawa dah ikan ciktie gara² lambat angkat punya pasal 😢😢 Tak apa la first-time buat kot.. Layan je la


Bahan
2ekor ikan cencaru - disiang dan belah belakang. Cuci sebersihnya
sedikit kunyit
sedikit garam
*3biji bawang merah
*2ulas bawang putih
*1inci halia
1 sudu asam jawa
6biji lada burung hiris kecil²

Caranya :
1. Gaulkan ikan bersama garam dan kunyit pastu ketepikan.

2. Tumbuk semua bahan * jangan lumut sangat

3. Gaul semua bahan yang telah ditumbuk bersama lada, asam jawa dan sedikit garam biar serata.

4. Kemudian masukkan bahan yang telah digaul sebati itu ke dalam belakang ikan tadi sebelum dibakar. Mak gtau nak goreng pun boleh tapi rasanya bakar lagi sedap kot..








Wordless Wednesday : Aplikasi Meitu | Dua tiga menjak ni mood asyik nak layan aplikasi ni je. Kelakar juga sesekali pandang..berubah kot mukanya hahaha. Walaupun camtu comelnya tetap ada..


Daripada tak pernah kenakan apa² solekan kat wajah tu aplikasi ni boleh buatkan wajah tu dikenakan mekap. Bukan sikit² tau hehe.. Tapi dalam gambar jelahh tak caya boleh cuba sendiri. Just install aplikasi meitu dekat gedung play smartphone korang. Kalau tak silap aplikasi ni berasal dari china rasanya. Salah satu daripada aplikasi edit foto 




Yeahhh esok ciktie dapat cuti jugak okay !


Kelantan tak ambil cuti thaipusam | Cam biasa setiap tahun, orang mesti tanya Thaipusam dapat cuti tak ?? Setahu ciktie Negeri Kelantan tak pernah ambil pun cuti peristiwa sempena thaipusam. Kalau Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Johor tu memang tak dinafikan lah memang sah² la cuti. Tapi kalau negeri lain setahunya tak ambil. Lainlah kalau S.U.K Negeri tu ke Ketua Jabatan / office tu bagi pelepasan. Itupun pengesahan #hitamputih perlu diperolehi dulu. Cam negeri Kedah baru² ni la yang umum cuti peristiwa sempena thaipusam Khamis ni.


Ok la.. Tak mau taip panjang². Cukup buat pagi ni ✌✌

Best juga la lagu ni. Dah lama rasanya tak layan lagu artis sorang ni. Last dengar pun masa dia beraksi gan artis GV3. Cam biasa la tepek je lirik lagu Kepada Dia by Farahdhiya kat sini dulu sebelum kitaaa layannn. 


Kepada Dia - Farahdhiya
Lirik - Hang Nadim
Lagu - Sri Kandi

Terasa Deras kehidupan

Pantasnya Berlalu hanyut direaliti

Lalui Dengan khilaf diriku

Dijalan Yang seharusnya
Lurus Terus ke dakapan kamu

Salah Yang ku jalani
Tidak mampu lunas di seribu tahun
Kesal yang tak bersudah
Hanya itu mampu dan terdaya

Bukan Tempat untukku
Indahnya fantasi
Tidak Mampu juga
Tahan Dalam kelam

Maafkanlah Diriku



Hanya Kau sahaja

Yang Mentukan ke atas
Semua Yang ada
Mohon Agar kau terimaku

Salah Yang ku jalani
Tidak Mampu lunas di seribu tahun
Kesal Yang tak bersudah
Hanya Itu mampu dan terdaya

Bukan Tempat untukku
Indahnya Fantasi
Tidak Mampu juga
Tahan Dalam kelam

Engkaulah Yang disana
Engkau Yang lebih tahu
Di Dalam susahku dan
Senang Selalu engkau pasti ada

Salah Yang ku jalani
Tidak mampu lunas di seribu tahun
Kesal yang tak bersudah
Hanya itu mampu dan terdaya

Bukan Tempat untukku
Indahnya fantasi
Tidak Mampu juga
Tahan Dalam kelam

Maafkanlah Diriku



Kepada Dia Farahdhiya

by on 11:41
Best juga la lagu ni. Dah lama rasanya tak layan lagu artis sorang ni. Last dengar pun masa dia beraksi gan artis GV3. Cam biasa la tep...
Pantai paling Top Di Asia
Whitehaven Beach

Pantai Paling Top Di Asia | Tak sangka ada macam-macam nama negara dalam dunia ni. Ada yang biasa dengar dan ada juga yang langsung tak dikenali. Terbelit-belit lidah nak menyebutnya. Tu belum lagi nak menyebut senarai pantai yang paling top di Asia lagi hikhik.

Pantai paling Top Di Asia
Baia do Sancho

Ok,lah inilah antara senarai pantai yang telah menjadi pilihan di asia sekarang ni. Tak sangka pula macam-macam nama ada. Sesekali nak hilangkan stress dapat tengok gambar je pun boleh la.. nak pergi tah bila la berpeluang. Pantai Sabak yang dekat ni pun bukan hari-hari pergi pun.
  • Grace Bay, Providenciales, Turks and Caicos
  • Baia do Sancho, Fernando de Noronha, Brazil
  • Playa Paraiso, Cayo Largo, Cuba
  • Anse Lazio, Praslin Island, Seychelles
  • Cayo de Agua, Los Roques National Park, Venezuela
  • Flamenco Beach, Culebra, Puerto Rico
  • Playa de Ses Iiietes, Formentera, Balearic Island
  • Ngapali Bearch, Ngapali, Myanmar
  • West Bay Bearch, West Bay, Honduras
  • Nacpan Beach, El Nido, Philippines




Pantai Paling Top Di Asia

by on 13:19
Whitehaven Beach Pantai Paling Top Di Asia | Tak sangka ada macam-macam nama negara dalam dunia ni. Ada yang biasa dengar dan ada ju...
Cukup 8 Gelas Minum Air | Ini tips paling simple la kan. Cukupkan 8 gelas untuk minum air kosong dalam masa sehari. memang susah memula nanti lama-lama ok la kan.

Bangun pagi - 1 Gelas
Lepas solat subuh - 1 Gelas
Sampai Tempat Kerja - 1 gelas
Sebelum Solat Zohor - 1 Gelas
Sebelum Solat Asar - 1 Gelas
Sebelum Solat Maghrib - 1 Gelas
Sebelum SOlat Isyak - 1 Gelas
Sebelum tidur - 1 Gelas

Cukup 8 gelas !! 
kalau terasa nak tambah lagi masa makan pun lagi elok.. 
selamat beramal 





Cukup 8 Gelas Minum Air

by on 13:45
Cukup 8 Gelas Minum Air | Ini tips paling simple la kan. Cukupkan 8 gelas untuk minum air kosong dalam masa sehari. memang susah memula na...
Gula Dalam Minuman |  Makkk aii banyaknya kandungan gula dalam Milo 3 in 1 tu. Sekali imbas nampak cam sama je kandungan gula air tin milo gan 3 in 1 tu.. tapi tak tau la.Tak nampak sangat berapa kandungan gula dalam tu. Itupun gambar yang dikongsikan oleh member group wassap awal pagi ni. Tah apa certa tak tau tetiba post gambar ni..Untung juga join group ni paling tidak adalah juga info lain selain bertanya khabar berita bagai kan.. Dan inilah juga antara topik hangat group wassap awal pagi ni..

Kandungan gula : 3 in 1

Apapun  kita kena hati-hati dalam memilih apa jua yang kita makan dan apa jua yang kita minum. Dah makan..dah minum jangan lupa minum air kosong banyak-banyak yaeee. 

kandungan gula : Air kotak, air tin







Gula Dalam Minuman

by on 13:38
Gula Dalam Minuman |  Makkk aii banyaknya kandungan gula dalam Milo 3 in 1 tu. Sekali imbas nampak cam sama je kandungan gula air tin milo ...
Penunggu | Office korang ada penunggu tak?? Memula posting sini Ciktie pernah dengar officemate certa ada orang meninggal terjun dari tingkat 4 ni. Betul-betul depan pintu office ni.. kebetulan lak lepas tu ex-staff kat sini kena ganggu. Masa tu tak silap dia tengah tidur kat ruang solat belakang tu. Nasib baik tak ada apa-apa yang serius terjadi. Tapi bukan penunggu tu yang ciktie maksudkan sekarang.. Sekarang ni satu office jadi penunggu hari ni..

Mengantuknya !! Boleh terlelap la camni gayanya.. orang yang ditunggu-tunggu pun belum menjelma lagi. kena tunggu lagi sebelum program hari ini dapat dilakukan. Keizinan dan pelepasan perlu diperolehi dulu sebelum kita chau ching chau

Cepatlah datang !! 
Tak sanggup nak tunggu dah ni..
dah sepagian dah camni huhu
movie pun dah siap download dah
perut pun dah rasa laparrr
lama-lama camne acamner nak drive lak ni





Penunggu

by on 12:11
Penunggu |  Office korang ada penunggu tak?? Memula posting sini Ciktie pernah dengar officemate certa ada orang meninggal terjun dari ting...
Rahsia Warna Lipstik | Disebalik indahnya sebuah senyuman itu tercalit sedikit warna menghiasi bibir si dara mahupun insan yang bergelar wanita kan?? Warna itu sebenarnya bukan sahaja dicalit supaya dapat menyembunyikan warna bibir pucatnya tetapi juga sebagai penambah seri di wajahnya. Macam-macam warna dan pelbagai jenama lipsik dalam pasaran sekarang. Pilih dan tukarkan ia dengan nilai yang telah ditetapkan je. Pastu ianya mampu dimiliki dah. 


Certa pasal warna lipstik ni ciktie suka juga dengan warna pupple dan hitam selain warna coklat dan warna ikut bibir ala-ala pinky gituu. Pernah la tengok model dalam majalah apa dah sebelum ni..lupa dahh. Nampak lebih berani gitu hehe. Dah la ciktie just nak share rahsia warna lipstik ni je..


Warna merah
Menjadi pilihan kepada mereka yang suka menarik perhatian. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi selain itu, mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain.

Warna Coklat
Menjadi pilihan kepada mereka yang tidak suka terlalu menonjol dari segi imej.  Bagi mereka bakat dan keupayaan diri adalah lebih penting. Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi. Mereka juga symbol kesetiaan dan boleh dipercayai. Peace

Lip Gloss Tanpa Warna / Warna bibir
Menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan natural. Personaliti si pemakainya juga cukup mudah. Mereka lebih gemarkan hidup yang aman dan damai.

Warna Unggu
Menjadi pilihan mereka yang sofistikated dan mempunyai pertahanan diri yang jitu. Selalunya mereka ini jenis yang berpegang kuat kepada prinsip diri sendiri dan tidak gentar dengan orang lain. So, tidak hairanlah si pemakainya juga mempunyai keyakinan diri yang kuat.



Rahsia Warna Lipstik

by on 13:00
Rahsia Warna Lipstik | Disebalik indahnya sebuah senyuman itu tercalit sedikit warna menghiasi bibir si dara mahupun insan yang bergelar...