Belajarlah memahami

Ogos 23, 2017
Pelik !!

Macam² kita boleh belajar dari seseorang. Tak semestinya orang itu perlu berkata² baru kita nak memahami. Perlu bertekak..perlu berbicara bagai. Tapi dengan tingkah laku juga kita boleh belajar sesuatu dari seseorang itu.

Belajarlah untuk memahami kenapa seseorang itu buat begini..begitu.. Tak semestinya hanya dengan berbicara kita mampu belajar..mampu memahami. Sejarah kita sebagai manusia juga pernah belajar sesuatu dari burung tanpa perlu berbicara secara langsung dengan kita. Janganlah terlalu mementingkan diri sendiri. Kita je yang betul !! Yang tepat yang benar. Maybe yang arif. Yang serba tahu.. Umpama diri itu malaikat. Yang cukup sempurna ! Ya, cukup sempurna mungkin.

Kalau kita sendiri tidak sukakan sesuatu itu begitu juga dengan orang lain. Mungkin bagi sesetengah kita berbicara itu perlu..meluahkan itu perlu..tunjukkan kita bagus itu perlu tapi mungkin juga tidak pada sesetengah kita. Belajarlah memahami sesuatu yang orang lain tunjukkan dengan mata hati juga bukan sekadar mata kasar. 

Kita bukan malaikat yang sentiasa betul !! Dan kita juga tak semestinya selalu salah dan silap menilai tapi tak tau lah kan 😥 sebabnya kita manusia ada akal. Boleh fikir sendiri.. Apa guna ada akal kalau orang je kita nak salahkan. Penat tau..

Contoh la kan anak kita sendiri melalak kita salahkan orang apa hal.. Time anak kita melalak tengah² malam menganggu tidur orang lain ada terfikir tak camne perasaan orang tu?? Kalau kita je nak orang faham kita masakk la dik oooiii

Lagi satu kalau dah guna barang orang tu. Letak la balik tempat asal. Ini pun nak kena ajar ke?? Betul² buang duit p sekolah la. Dah tau orang tak suka memandai pula tangan itu nak capai. Kalau dah bekenan sangat apa kata g beli je kat kedai tu. Bukan setakat 1 tapi 1 kedai ko dapat apa. Janji ada pitis la ya. Ini tak ada hati pula nak jual hok orang 😟😟 tak sedar diri betul laa.. 

Minta maaf la ya.. Ciktie luah apa yang terpendam ni kejap. Rasa cam lama dah simpannya. Siapa yang makan cili tu sila terasa ya. Hidup ni jangan nak senang kita je. Sila tengok orang sebelah juga. Cukup² lah dengan apa yang kita ada. Kalau hak kita, kita dah makan. Hak orang janganlah lebih². Elok² tuhan nak bagi rezeki ditariknya balik sekejap je. 





Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com