1M Privilege Card

Ogos 09, 2012

Mesti ader yang tertanya-tanya apa itu 1M Privilege Card tu kan? tapi kalau sesiapa yang peka ceeeewah  mayb ianya bukan persoalan lagi, betul tak? hehe.. Kat sini kiter nak share sikit info berkaitan kad diskaun tuk anggota tentera dan Polis tu.


Tuk makluman korang semua ia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato 'SriNajib Bin Tun Hj Abd Razak pada 7 Ogos 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Ianya khusus tuk 241,000 anggota dan pegawai tentera dan polis, sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti mereka semua di samping meringankan beban anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.

Ia juga merupakan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad tersebut mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian meliputi barangan keperluan harian, alat sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan dan barangan kesihatan.

Senarai syarikat yang mengambil bahagian serta tawaran-tawaran mereka boleh disemak di portal www.1mprivilege.my.. Dan antara 20 syarikat tersebut yang mengambil bahagian itu adalah :-


Bertuah badan!! pasni ramai la yang berminat nak join diorang kan..kan..

Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

  1. memang tak sabar nak tunggu asbend dapat kad ni.. hihihi
    nak tumpang sekaki :)

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com