Ruang waktu dan waktu afdal



Bersesuaian dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.



Waktu afdalnya pula ialah ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam yang bermaksud :-



 “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 



Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).



Cara melaksanakannya

Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)



Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.



Solat sunat ini biasanya dikerjakan sama seperti solat sunat yang lain. Dimana bilangan rakaat yang biasa dikerjakan adalah 2, 4, 6, 8 atau 12 rakaat mengikut kemampuan diri seseorang. 



 Niat

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"



Selesai solat sunat Dhuha bacalah doa ini




 


 Ertinya 

 Ya Allah, 
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.



Ya ALLAH, 
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. 





Nota

  

Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.



Berkenaan doa pula, boleh baca  mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.


Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :


“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)  


 

Solat Dhuha

by on 11:00
Ruang waktu dan waktu afdal Bersesuaian dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 mi...


Puasa 1-9 Muharam
-> 5-13 November 2013

Puasa HariAsyura (10 Muharam & Sehari Sebelumnya)

 -> 13 - 14 November 2013

Puasa Hari Isnin Dan Khamis 

->Semua hari Isnin dan Khamis KECUALI Hari Tasyrik 11 Zulhijrah = 6 Oktober 2014 (Isnin)

Puasa Hari Putih 13, 14 dan 15 haribulan setiap bulan Hijrah seperti berikut :-


->Muharam = 17-19 November2013
->Safar = 16 -18 Disember 2013
->Rabiulawal  = 15-17 Januari 2014
->Rabiulakhir = 13-15 Februari 2014
->Jamadilawal = 15-17 Mac 2014
->Jamadilakhir = 13-15 April 2014
->Rejab = 13-15 Mei 2014
->Syaaban = 11-13 Jun 2014
->Syawal = 09-11 Ogos 2014
->Zulkaedah = 08-10 September 2014
->Zulhijjah = 08-10 Oktober 2014

Puasa Sunat Rejab

-> 1-29 Mei 2014

PUASA SUNAT Syaaban ( KECUALI Hari Syak 30 Syaaban) 

->30 Mei- 27 Jun 2014

Puasa Enam ( Boleh puasa 6 hari di bulan Syawal Kecuali 1 Syawal)

-> 29 Julai - 26 Ogos 2014

Puasa 1- 8 Zulhijrah

->26 September-3 Oktober 2014

Puasa Hari Wuquf (Bagi Mereka Yang Tidak Menunaikan Haji)

->4 Oktober 2014







Sumber : fb


Bahan-bahan utnuk kuah :-
  • 1kg ikan sardin
  • 6 sudu cili kering
  • 1biji bwg besar,2ulas bwg putih,1 inci halia
  • daun kesum,bunga kantan
  • garam,gula,serbuk perasa
  • 5pcs asam keping
  • Klik di sini untuk isi bahan

hiasan
  • 1paket laksa licin
  • timun,bwg merah,salad,nenas
  • telur rebus
  • cili padi
  • limau kasturi
Cara-cara
  1. Potong dan buang kepala ikan sardin, rebus ikan bersama 5 keping asam keping..kemudian siang ikan, buang tulang-tulang..air rebusan dan asam keping jangan dibuang..kisar bawang putih, bawang besar, halia..masuk dalam periuk lain atau asingkan
  2. Isi ikan sardin yang di kisar bersama asam keping dan air rebusan ikan..kisar sehingga betul-betul hancur.
  3. Ikan sardin yang yang dikisar, masukkan ke dalam periuk..kemudian masukkan cili kering, garam, gula dan serbuk perasa..tambahkan air..biar sehingga kuah mendidih..
  4. Potong secara kasar bunga kantan, masukkan ke dalam kuah bersama daun kesum...biarkan kuah sedikit pekat..
  5. Rendam laksa licin dengan air panas selama seminit..kemudian toskan.
  6. Hiaskan bahan-bahan seperti timun, salad, bwg merah, telur di atas mi..curahkan kuah..
  7. Siap !!


Laksa Penang

by on 11:35
Bahan-bahan utnuk kuah :- 1kg ikan sardin 6 sudu cili kering 1biji bwg besar,2ulas bwg putih,1 inci halia daun kesum,bunga kantan ...
Hari tu semasa pembentangan bajet 2014, PM telah mengumunkan untuk menaiktarf 81 skim pada 02 Oktober 2013. Dan sebenarnya pekeliling berkaitan telah pun dikeluarkan. Walaupun jawatan kita tak tersenarai tapi tak kisah la Janji kita ikhlas dan mampu laksanakan tugas yang diamanahkan dengan sempurna yang boleh. Betul tak??

So, kepada mereka-mereka yang terlibat gan 81 skim tersebut. Cuba fahami sebaik mungkin penerangan yang diberikan supaya jelas dan nyata hehe. Dan pada mereka yang bertanggungjawab untuk memberi penerangan tolonglah bagi penerangan yang sejelasnya. Kecian mereka-mereka nanti...bukan setakat mereka-mereka je yang terlibat tetapi kita juga !!


[ICO] Pekeliling Perkhidmatan Tarikh Kuat Kuasa Bilangan
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Jururawat Dengan Memperuntukkan Perbekalan Kenaikan Pangkat Ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi 1 Jun 2013 Bil. 9 Tahun 2013
[   ] Pindaan Terma Dan Perubahan Had Umur Kenaikan Pangkat Secara Lantikan 1 Julai 2013 Bil. 10 Tahun 2013
[   ] Penjumudan Skim Perkhidmatan Juruteknik Dan Pindaan Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan, Penolong Jurutera, Penolong Pegawai Seni Bina Dan Penolong Juruukur Bahan 1 Julai 2013 Bil. 11 Tahun 2013
[   ] Penjumudan Skim Perkhidmatan Juruteknik Ukur, Juruteknik Landskap Dan Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa Serta Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Juruukur, Penolong Arkitek Landskap Dan Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa 1 Julai 2013 Bil. 12 Tahun 2013
[   ] Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Pertanian Dan Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian, Pembantu Veterinar Dan Penolong Pegawai Veterinar 1 Julai 2013 Bil. 13 Tahun 2013
[   ] Skim Perkhidmatan Pensyarah Farmasi 1 November 2013 Bil. 14 Tahun 2013
[   ] Penggabungan Perkhidmatan Galian, Kimia Bumi Dan Kaji Bumi Kepada Perkhidmatan Geosains Di Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia 1 November 2013 Bil. 15 Tahun 2013
[   ] Perubahan Nama Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R) 1 November 2013 Bil. 16 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Operator Loji, Pemandu Kenderaan dan Penghantar Notis 1 November 2013 Bil. 17 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah dan Pembantu Perawatan Kesihatan 1 November 2013 Bil. 18 Tahun 2013
[   ] Skim Perkhidmatan Pembantu Operasi dan Pembantu Awam 1 November 2013 Bil. 19 Tahun 2013
[   ] Penjumudan Skim Perkhidmatan Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera) 1 November 2013 Bil. 20 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik 1 November 2013 Bil. 21 Tahun 2013
[   ] Skim Perkhidmatan Pembantu Kemahiran 1 November 2013 Bil. 22 Tahun 2013
[   ] Pertukaran Pelantikan Pegawai Dalam Skim Perkhidmatan Jumud Kepada Skim Perkhidmatan Yang Berkuat Kuasa 1 November 2013 Bil. 23 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Kebudayaan, Penerbit Rancangan, Artis Budaya, Ahli Muzik, Ahli Fotografi, Jurusolek, Pereka Dan Pegawai Berita 1 November 2013 Bil. 24 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pembantu Hidupan Liar Rendah Dan Pembantu Hidupan Liar 1 November 2013 Bil. 25 Tahun 2013
[   ] Skim Perkhidmatan Pembantu Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah Bagi Pemakaian Di Sabah Dan Sarawak 1 November 2013 Bil. 26 Tahun 2013
[   ] Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Kawalan Trafik Udara 1 November 2013 Bil. 27 Tahun   2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Guru Bahasa 1 November 2013 Bil. 28 Tahun 2013
[   ] Perubahan Nama Dan Pindaan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bahasa Dan Penolong Pegawai Perancang Bahasa 1 November 2013 Bil. 29 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Rancangan Tanah 1 November 2013 Bil. 30 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pemandu Lokomotif 1 November 2013 Bil. 31 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pembantu Wartawan/Wartawan 1 November 2013 Bil. 32 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perpustakaan 1 November 2013 Bil. 33 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Pertahanan Awam, Penolong Pegawai Pertahanan, Pembantu Pertahanan Awam, Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Dan Pegawai Imigresen 1 November 2013 Bil. 34 Tahun 2013
[   ] Tambahan Syarat Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) Dalam Perbekalan Ukuran Fizikal 1 November 2013 Bil. 35 Tahun 2013

BULAN
TARIKH
HARI
CATATAN
Januari
23.01.2014
Khamis
Tahun Baru Cina 31-01/02/2014
Februari
25.02.2014
Selasa

Mac
25.03.2014
Selasa

April
24.4.2014
Khamis

Mei
22.06.2014
Khamis
Pesta Keamatan 30-31/05/2014
Jun
25.06.2014
Rabu
Hari Gawai 01-02/06/2014
Julai
22.07.2014
Selasa
Hari Raya Puasa 28-29/07/2014
Ogos
25.08.2014
Isnin

September
25.09.2014
Khamis

Oktober
16.10.2014
Khamis
Hari Deepavali 23/10/2014
November
25.11.2014
Selasa

Disember
18.12.2014
Khamis
Hari Krismas 25/12/2014