Piala FA 2013 - Milik Kelantan

Jun 30, 2013

Tahniah Kelantan !!

Tahniah kerana berjaya mengekalkan kejuaraan merebut Piala FA 2013. Gol tunggal Kelantan itu telah dijaringkan oleh NorFarhan Mohamad pada minit ke-16. Tahniah juga kepada Mohd Badhri Radhzi a.k.a Piya kerana dinobatkan sebagai man of the match malam tadi. Yang pasti kejayaan itu tidak akan datang dengan mudah. Tanpa usaha dan juga kerjasama satu pasukan.


Buat pasukan JDT, anda semua juga juara. Cuma mungkin belum masanya lagi untuk mendapat gelaran tersebut. Apapun, tahniah keran berjaya memberi saingan hebat pada TRW malam tadi.

Dan pesanan buat semua penyokong TRW yang pulang ke Kelantan, hati-hati di jalan raya. Kalau penat jangan teruskan pemanduan. Jaga diri dan semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju.





Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com