Syukur, alhamdulillah. Akhirnya air banjir kat rumah cik tie surut juga walaupun ianya tak surut sepenuhnya tadi. My mom col bagitau ruang tengah dalam rumah yang turut ditengelami air sebelum dah surut dah. Tinggal lagi bahagian depan gan belakang je yang masih lagi dibanjiri. Macam tak percaya tapi cik tie syukur sangat-sangat walaupun kawasan sekeliling masih lagi dikelilingi air. Walaupun ia surut tak sepertimana ia datang..paling tak sempatlah my mom gan saudara mara bersihkan rumah tu dulu. Sambil-sambil main air banjir tu sebelum ia beredar ke laut nanti.


Terkejut cik tie tengok keadaan selepas banjir di Gua Musang gan Manek Urai sana tu.. Seteruk camtu sampai keadaan sekitar. Kasihan diorang. !! Harapnya kawasan rumah cik tie tak seteruk camtu. Tapi memang tak dinafikan..banjir kali ni memang pelik sikit. Gan arus yang laju tu..memang takut la. Nak-nak ianya cepat je.. sedar-sedar air makin naik dan naik. Tak sempat nak buat apa-apa. Boleh dikatakan semua kawasan terlibat dan merasa payah dan peritnya banjir kali ini..
 
 
Kucing-kucing cik tie.. ayam gan arnab my mom tah macam mana la keadaannya. sedih sebenarnya cik tie tengok binatang ternakan yang mati lemas tu. Apapun takziah cik tie ucapkan pada semua yang menjadi mangsa banjir kali ni tak kira kat negeri cik tie ataupun berjiran. Tapi yang cik tie peliknya macamana boleh jadi kes-kes sukarelawan halau sukarelawan yang lain ya?? cik tie harap perkara seumpama ini tak berulang lag. Kasihan mereka yang amat-amat memerlukan bantuan kita. 

  Oh, ya.. aoakan cik tie dapat tiket malam esok ya. Cik tie dah tak sabar nak balik kampung ni..
terpaksa burn kan tiket minggu lepas. Air banjir tengah naik tapiiii Pahang tengah banjir sekarang ni. Ada ke bas yang bergerak ke KB ni??




Banjir : Dah Surut

by on 16:02
Syukur, alhamdulillah. Akhirnya air banjir kat rumah cik tie surut juga walaupun ianya tak surut sepenuhnya tadi. My mom col bagitau ruang...
Mana satu betul ni?? tadi dengar kata air banjir di Kuala Krai dah turun, betul ke?? 
syukur, alhamdulillah.. kalau betul info ni. Tapi ada yang kata naik balik tu camner lak ya? sebenarnya yang mane satu betul ya.. 
 
rumah cik tie kat kampung pun dengar kata dah turun sikit.
Alhamdulillah, Ya Allah
surutkanlah air banjir-Mu ini dan permudahkanlah urusan kami semua
aamiin..

malam ni cik tie ....
hmmmm sebenarnya cik tie sendiri tak tau nak buat pilihan ni.
naik bas or postpone je cuti minggu depan
 
Jumaat terakhir di tahun 2014..
semoga segala-galanya berakhir gan baik, Ya Allah
dan semoga Jumaat akan datang menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat kami semua
aamiin..

 
 
 


Banjir : Pilihan Ku

by on 17:30
Mana satu betul ni?? tadi dengar kata air banjir di Kuala Krai dah turun, betul ke??  syukur, alhamdulillah.. kalau betul info ni. Tap...
Tiket cik tie malam ni dah tapi air kat kb masih lagi naik walaupun ianya dah pelahan-lahan naik.Tadi dah coll kaunter bas tanya macamana tiket tu. Diorang bagitau mungkin akan beroperasi cam biasa malam nanti sebabnya dah 2 malam tak beroperasi. Diorang akan ikut laluan ke negeri Terengganu. Tapi kalau cik tie balik malam ni..mana cik tie nak menapak?? Rumah cik tie kat kampung dah dimasuki air. Ma gan adik cik tie pun pindah rumah bapa saudara kat sebelah tu. Tak kan la cik tie nak menapak kat sana lak, kan?? ishh..ish.. tak kena tu.


Tapi kalau diorang cancel perjalanan malam nanti ..diorang akan maklumkan kemudian. Then tiket tu cik tie dimaklumakan bahawa cik tie layak claim balik dalam tempoh tak ingat la pula berapa lama dari tarikh tiket tersebut. Kalau tak..kira burn je lah tiket cik tie tu nanti. Tapi yang kena burn tu tak adalah cik tie kisah sangat sebenarnya... risau kalau air banjir kat sana naik tu naik dan terus naik je huhu.. sedihnya tengok keadaan orang kampung cik tie tu. Tengok rumah lagi la tapi yang penting orangnya selamat dah cukup buat cik tie.

Gambar terakhir sebelum my mom and my sis berpindah ke rumah bapa saudara !!






Kepada yang terbaca entry Banjir : Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu TELAH DITUTUP tadi..cik tie minta maaf. Tersalah taip tajuk. yang sebenarnya adalah Banjir : Jambatan Sultan Ismail Petra Kota Bharu TELAH DITUTUP.


sory !! cik tie terlambat dapat info.
Doakan yang terbaik buat penduduk Kelantan.
Semoga ianya tak berlarutan dan cepat kembali pulih. aamiin..
Ya Rahman..Ya Rahim.. Ya Allah
kalau lapangan terbang ni ditutup maknaya ..

Apa certa ya banjir kat Kelantan sekarang ni?? Petang tadi dalam area kul 3 lebih camtu dengar kata kampung dah mula di masuki air dan baru je jap ni my mon gtau tinggal 1 anak tangga je lagi sebelum air banjir tu cecah lantai ruang depan. Bahagian belakang rumah dah di masuki air dah. Dengarnya handphone adik cik tie jatuh dalam air petang tadi so tak dapat la cik tie tau keadaan sebenar kat kampung sana tu huhu risaunya..

Air di hadapan rumah bapa saudara cik tie sebelum 8.30 malam

Camner cik tie nak balik ni. Tiket dah ambil... tapi jalan dah banyak tutup. Kota Bharu sendiri pun dah dinaiki air. Sepupu cik tie yang bertolak balik kb semalam pukul 10.. pukul 1 baru sampai rumah. Itupun bas ikut laluan negeri Terangganu. Laluan Gua Musang-Dabong-Kuala Krai tak boleh guna. Terpaksa guna laluan lain.

Bandar Kuala Krai

Apapun, semoga banjir yang melanda negeri Kelantan ni cepat surut dan keadaan kembali pulih. aamiin.



Kota Bharu
Kota Bharu


Depan Pantai Timur, Kota Bharu



** Alamat !! air dah masuk dalam rumah dah. **
Kesihannya my mon and my sis !!
Ya Allah, Tolonglah diorang semua.
Aamiin..

 
 



Baung Dah Banjir

by on 23:07
Apa certa ya banjir kat Kelantan sekarang ni?? Petang tadi dalam area kul 3 lebih camtu dengar kata kampung dah mula di masuki air dan baru...
Selamat petang korang.. Dan selamat hari jumaat.
Lamanya cik tie tinggalkan blog ni. Nasib baik hari ni dapat spend time kat sini.

jawab col pun still boleh buat 5s

orang lain sibuk buat eksa cik tie boleh lak karang kat sini hikhik..
now cik tie nak share aktivit office mate tuk petang ni
agak-agak audit penutup tahun ni macamana pula la yae??




 



 








bestkan kalau tiba-tiba dapat tau kita ni dirindui seseorang *-*
lagi best kalau kita turut merinduinya
cewahhh apa kena gan ciktie ni

aamiin




adoii tetiba cam tak best lak dua tiga menjak ni.
tah nape hati ni cam rasa ada sesuatu yang tak kena je. 

ciktie memang tak gemar bila berperasaan camni
tah la..bila berperasaan camni, macam-macam ciktie fikir..
 kekadang tu, terlampau fikir sangat..lain nak buat lain pula yang jadi
cam pagi tadi la..nak naik tingkat 6 tapi pi keluaq tingkat 3
haru juga la kejap..

ctnoraishah

mood pun kejap-kejap bertukar. kejap camni..kejap camtu..
ushhhh penatnya rasa
 

 







Tarikh Gaji | Bulan | 2015
Hari
Catatan
22 Januari
Khamis
12 Februari
Khamis
Tahun Baru Cina 19, 20 Februari
23 Mac
Isnin
23 April
Khamis
25 Mei
Isnin
Pesta Keamatan 30, 31 Mei
25 Jun
Khamis
Hari Gawai 1, 2 Jun
09 Julai
Khamis
Hari Raya Aidilfitri 17, 18 Julai
24 Ogos
Isnin
17 September
Khamis
Hari Raya Aidiladha 24 September
22 Oktober
Khamis
23 November
Isnin
Hari Deepavali 10 November
17 Disember
Khamis
Hari Krismas 25 Disember


 Sumber : mysumber














Kita tidak mampu untuk mengubah hati orang lain untuk
berbaik sangka dengan kita.. 
tetapi kita mampu mendidik hati kita untuk 
berbaik sangka dengan orang lain..



Wordless : Bersangka Baik

by on 10:00
Kita tidak mampu untuk mengubah hati orang lain untuk berbaik sangka dengan kita..  tetapi kita mampu mendidik hati kita untuk  b...
ctnoraishah

cam kelakar pula ciktie baca artikal ni. Tak dapat nak bayangkan camner kalau lah workstation ciktie ni penuh gan fail, kertas bagai.. pen tah ke mana.. pensil lagi la tah ke mana haha tapiiii 
mungkin ada juga kebenarannya, kan..

teringat meja ex-boss yang tak pernah surut gan fail dan kertas.





Hidup ini sangatlah indah jika
mensyukuri apa yang sudah ada..
Adakalanya yang terindah
bukanlah yang terbaik
 Yang sempurna tidak menjanjikan kebahgiaan 
tetapi 
 ketika kita mampu dan mau menerima semua kekurangan dan kelebihan
itulah sebenarnya 
kebahgiaan...




Yang direnung kadang kala bukan sekadar untuk renungan 
tetapi ianya juga perlu diingat. Salam Jumaat uollsss


Tengahari tadi ciktie keluar gan my sist yang kiut miut ni.
minta dia temankan ciktie belikan tiket balik KL.
 Ok, tak dapat balik malam ni sebabnya tiket malam esok !!

tengah berkira-kira nak bayar, 
my sist tu tanya TBS kat mana?? 

Alamat !! ada notis la..
Mulai 1 Disember 2014 ni, semua penumpang Bas Mutiara ni akan naik dan turun kat TBS dah.
ushhh cam cepat la pula. Ciktie memang tau sebenarnya terminal bas Hentian Putra nak dipindahkan ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Cuma tak tau tarikh sebenar ianya berkuatkuasa je. 

Hmm..nampaknya pasni ciktie dah tak boleh nak main-main dah la. kalau sebelum ni setengah jam sebelum bas bertolak ciktie baru nak keluar rumah..pasni kena keluar awal la..

nota kaki : 
semua bas kat Hentian Putra dah cnfm ke pindah TBS mulai 01 Disember 2014 ni??





Tadi, cik tie sroll status kekawan ciktie  kat facebook. terbaca satu status ni.. 
Teringat pula time ciktie belajar kat poli dulu-dulu tu. Pi letak bakul untuk cop..
pernah juga la ciktie balik bilik dulu bila dapat tau yang sedang mandi tu roomate ciktie hehe  tapi sebelum tu ciktie dah pesan awal-awal la.. suh bagitau bila dah siap *-*


ciktie rasa uolls pun mesti pernah buat kan *-*



Cop Bilik Air Di Asrama

by on 13:09
Tadi, cik tie sroll status kekawan ciktie  kat facebook . terbaca satu status ni..  Teringat pula time ciktie belajar kat poli dulu-dul...
Selamat tengahari uolls !!
selamat hari jumaat.. selamat beristirehat.. 
dan semoga selamat semuanya, insyaAllah
aamiin

nnati malam ciktie otw balik kampung dah !
Isnin ni ciktie belum pasti lagi nak ambil cuti ataupun tak..
bila ingatkan cuti tinggal 8 hari je lagi
terpaksa burn kan dulu cuti ni.

Apapun, teng's pada officemate ciktie sorang ni. 
Yang dah banyak sangat tolong ciktie selama ni. Tiket malam ni pun, dia yang tolong dapatkan.
Terima kasih Jai..


 nanti pasni la ciktie certa pasal dia yae.
sekarang ciktie dah kena turun bawah dulu. Nak kena tunaikan apa yang patut ciktie kerjakan dulu.
Sebelum tu, ciktie nak wish

 Happy B'day Jai
Semoga panjang umur, murah rezeki, gembira selalu, 
diberikan kesihatan yang baik dan hidup sentiasa diberkati dan dilindungi-Nya
aamiin





Happy B'day Jai !!

by on 13:45
Selamat tengahari uolls !! selamat hari jumaat.. selamat beristirehat..  dan semoga selamat semuanya, insyaAllah aamiin nnati mal...
Ni dah masuk kali ke-3, cik tie guna sabun ni. Kali pertama guna, dah lupa bila hehe..tapi cik beli memang beli kat aeon big. balik dari kursus kat lukut hari tu, cepat-cepat cari. Tak tau kenapa kulit cik tie gatal-gatal sebelum naik biji2 merah kecil kat badan. Alhamdulillah,pas 2/3 hari guna. 



Sekali guna nampak cam dah ok. Gatal-gatal pun hilang.

Kalau nak tau, sabun ni sebenarnya terdiri daripada 18 jenis herba. ia bukan saje tuk mengatasi masalah kulit cam gatal-gatal tapi juga mencegah ruam, bisul tetapi juga untuk mencegah bau badan.buatan India. harga RM2.20 seunit. tak mahal pun..




Sabun Special

by on 15:55
Ni dah masuk kali ke-3, cik tie guna sabun ni. K ali pertama guna, dah lupa bila hehe..tapi cik beli memang beli kat aeon big . balik dari...
Tah ada lagi ke idak tak tau la tiket ni.
ikutkan hati ni memang nak sangat balik hujung minggu ni
 dari minggu lepas lagi berkira-kira nak beli tiket tapiii

sampai semalam, tak juga bertapak kat Putra sana tu
sampailah tengahari ni..
tiba-tiba minta officemate tolong tengokkan kot-kot ada

Harapnya ada la kan
dah excited sangat nak balik ni

Excited nak balik kampung

by on 13:23
Tah ada lagi ke idak tak tau la tiket ni. ikutkan hati ni memang nak sangat balik hujung minggu ni  dari minggu lepas lagi berkira-kira...
 

Dalam hidup kita memiliki dua pilihan 
iaitu memilih atau dipilih... 

Jika kita memilih, 
maka pilihlah yang terbaik buat diri kita... 

Dan jika kita yang dipilih,
maka jadilah yang terbaik buatnya..

nota kaki : Dalam betul maksud ayat ni. Samada kita yang memilih atau yang dipilih, buatlah yang terbaik biarpun bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri kita sendiri *-*


Selamat malam uols.. sebelum tidur, maafkan dulu semua silap dan salah orang dengan kita sepanjang hari ini. Dari awal sampai lewat malam camni. Kalau kita tak mmapu maafkan. Orag lain camner pula kan.. Hehe dah jadi habit sebenarnya sebelum cik tie lelapkan mata. Cik tie akan maafkan semua salah..silap orang gan cik tie sepanjang hari ni. Kalau nak tau cik tie juga suka recall balik apa yang dah berlaku sepanjang hari ni. Cam audit diri sendiri la juga hehe.. 

Bukan apa Cik tie juga harap semua orang kan maaf dan lupakan silap  cik tie juga walalupun cik tie tak minta maaf secara terang-terangan hari ni. Kadang-kadang tu Cik tie ni bukannya sedar pun yang cik tie dah buat salah gan orang. Lain lah kalau orang tu gtau kan :> senang la kerjanya.

semoga dengan memafkan dan melupakan camni, bangkit je esoknya cik tie dapat mulakan hari baru yang lebih baik. lebih ok..lebih sempurna..tanpa rasa beban di hati. Dan semoga hari cik tie juga kan bersinar terang cam mentari pagi juga.


InsyaAllah, aamiiin..


Amalan Sebelum Tidur

by on 22:30
Selamat malam uols.. sebelum tidur, maafkan dulu semua silap dan salah orang dengan kita sepanjang hari ini. Dari awal sampai lewat malam c...
Ni adalah Mamee monster yang terakhir !!

Jajan

Hari tu cik tie beli mamee monster pack besar. Dalam tu ada 10 bungkus yang pack kecil-kecil. Berat setiap satu tu dalam 25g je. Cukup la buat jajan time cik tie nak kunyah-kunyah. Kalau nak tau, sebenarnya mamee ni cik tie dah lama beli. Saje simpan kat office untuk stok makanan time-time terdesak camni. kalau Nak tau lagi, inilah antara jajan favorite cik tie selain coklat susu, super ring. Biasanya kalau time keluar pasaraya, Jusco ke Sogo ke, Eon Big ke, mamee ni lah antara barangan wajib cik tie angkut keluar hikhik..

Mamee monster ni sebenarnya ada 2 perisa tau. Ada perisa BBQ dan ayam kalau tak silap la. Tapi yang jadi pilihan cik tie sejak dulu lagi mestilah BBQ.


Mamee Monster Perisa BBQ

by on 14:46
Ni adalah Mamee monster yang terakhir !! Hari tu cik tie beli mamee monster pack besar. Dalam tu ada 10 bungkus yang pack kecil-kec...
Restoran Sukand’s Food, Port Dickson

Ni pun first time minum.. sedap juga rasanya. Tengok bff order, nak juga rasa. Tapi tak kan nak share air dia kan..tak best la. So, order je sama cam dia. Bakso gan jus lemon madu.

Restoran Sukand’s Food, Port Dickson

Besar2  fish ball kedai ni. Sambal die pun mak aiii memang pedas. Orang suka pedas memang suka laaa.. Tengok bff selamba je makan, cuit la sikit nak cuba. Apapun memang best walaupun pedas.  kat kedai tu macam-macam ada, bukan bakso je. Ada juga mee kari, my favorite tu dan banyak lagi la.. So, pada uolls yang datang Port Dickson, jangan lupa singgah makan di Restoran Sukand's Food di alamat No.62, Jalan Bandar, 71000, Port Dickson, Negeri Sembilan




Salam maal hijrah uols. hari ke-3 di tahun baru 1436H bersamaan 25 Oktober 2014. 1435hijrah dah tinggal sejarah. Banyak betul kenangan di tahun 1435h sebelum ni. Lebih banyak menguji emosi dan ketabahan hati untuk membolehkan cik tie terus melangkah. Semoga dengan kedatangan tahun 1436Hijrah ni lebih bermakna buat cik tie. Semoga cik tie akan lebih kuat..lebih tabah..lebih matang..tak cepat emo.. lebih cool dan tak cepat mengalah. InsyaAllah..


Dan yang paling penting, cik tie dapat kejar 2 benda ni dulu dalam tempoh 2 bulan ni. InsyaAllah, aamiin. Chayok..chayok.. Tolong doakan yang terbaik untuk cik tie yae.




Tahun Baru 1436 Hijrah

by on 12:09
Salam maal hijrah uols. hari ke-3 di tahun baru 1436H bersamaan 25 Oktober 2014. 1435hijrah dah tinggal sejarah. Banyak betul kenangan di t...
Cam sayang pula cik tie nak makan coklat #Draft®special yang satu ni. Dah dekat 2 minggu lebih tersimpan elok dalam laci office. Ni sebenarnya pemberian dari pegawai baru merangkak juga sebagai jiran kat belah meja cik tie. Gan pembalut warna merah terang. Cantik sangat pada pandngan cik tie ni. Tah bila gemar warna ni pun tak tau..yang cik tie tau, warnanya menarik sangat. Kalau tak silap cik tie, coklat ni pegawai ni beli masa beliau kat Mekah. Pembalutnya pun bukan da wrna merah je tau..kuning pun ada sebenarnya.




Hari ni baru sempat nak certa sikit pasal design baru blogku ni. Sebelum ni memang tak sempat langsung. Macam-macam nak buat hehe. Kalau uolls perasan la kan sebelum ni design blog cik tie ni simple dan gitu-gitu je. Cukup ringkas !!

Yang Dulu..

Tapi sekarang, ianya dah berubah. Nampak lebih menarik, kemas dan tersusun, kan.  Teng’s BismiDesign Artzwork kerana telah mengubahsuai blog kesayangan cik tie ni. Cik tie suka sangat ! 

Kalau uolls nak tau, blog ni telah dipilih oleh Langit Hitam untuk disusun atur selepas menjadi diantara 5 pengodam bertuah.Cam tak percaya pula, dah 3 bulan lebih ia bertukar wajah. So, kalau ada diantara uolls yang nak tempah bolehlah, hubungi beliau yae

Yang Sekarang
  


Eeehhh
awalnya fb ni boleh on hari ni. Bukan  ke selalunya selagi tak pukul 1, tak boleh on ke..or cik tie  sorang je  yang tak tau fb ni dah boleh on awal ni?? Kalau hari lain, cik tie tau la, selagi radio atas ni tak keudara, selagi tu fb ni tak boleh on *-*


Hmmm tak kisah la, on awal atau lewat. yang penting hari ni cik tie bw follower blog cik tie dulu.Yang mana cik tie memang tak sempat nak buat sebelum ni.



Boleh ke on Facebook awal ?

by on 12:51
Eeehhh awalnya fb ni boleh on hari ni. Bukan  ke selalunya selagi tak pukul 1, tak boleh on ke..or cik tie  sorang je  yang tak tau fb ni...
Kenapa gan line office ni... tak boleh nak on blog. 
tak kan la kena block juga kot. Tapi cam tak je..dari minggu lepas lagi camni. Nape yae??
Try on kat pc orang lain pun sama je huhu
tak best la camni..

tapi kalau camni gaya, nampaknya pasni kena on dari rumah la.
Tak bestnya. baru plan nak bw follower blog cik tie ni.



Kenapa tak boleh On Blog

by on 07:30
Kenapa gan line office ni... tak boleh nak on blog.  tak kan la kena block juga kot. Tapi cam tak je..dari minggu lepas lagi camni. Nape ...
4-3
Wahhh !! cepat betul JDT kejar Felda United malam ni. Separuh masa ke-2 je dapat bolos 3 gol lawan. Tak sangka betul. Tahniah la JDT tapi cik tie sokong team Felda malam ni. Best tengok diorang main dalam hujan separuh masa pertama tu *-*

Masa ke-2, dah tak sempat nak tengok. Ambil tau keputusan penuh je hehe... 



Pernah kau suarakan
Malah juga berjanji
Cuma aku sahaja
Di hatimu

Itu hanya dahulu
Waktu manisnya rindu
Kini semua hilang
tinggallah aku seorang
Bagaikan rumput
Yang kehilangan padang

Korus
**Ada di dalam tiada
Persoalan tiba
Tak mengira ruang masa

 Bila engkau kerinduan
Pujuk dan rayumu
Memaksaku memaafkan
Sukar aku tafsirkan
Kata-katamu
Sehingga membuatkan
Aku keliru

 Kau kata rindu itu
Tersemat di hatimu
Mungkin gurauan
Bukannya kesungguhan **

Dalam percintaan
Memang banyak dugaan
Tapi semua itu dapat kita tepiskan
dengan doaku
Serta kejujuranmu

Tapi semua itu dapat kita tepiskan
dengan doaku
Serta kejujuranmu

 layan lagu jak..best juga sesekali mengimbau kenangan camni *-*
cam terbuai je rasa *-*


Tak terlambat lagi kot
nak wish
Selamat hari Raya Aidiladha..
 Selamat Hari Raya Haji a.k.a Selamat Hari raya Korban

Tahniah kepada semua mereka yang ikut serta untuk melakukan ibadat korban tahun ni.
Pada yang belum ikut serta lagi..jangan tunggu lama-lama
kalau boleh pastikan dalam seumur hidup, kita mampu kerjainya walaupun sekali cuma
jangan TIDAK langsung *-*

*_*poning kopalo den ni..jerebu melanda kolumpo dok ilang-ilang lagi
Jan..oh jan..
bilo mau turun niii




Salam Aidiladha

by on 15:00
Tak terlambat lagi kot nak wish Selamat hari Raya Aidiladha..  Selamat Hari Raya Haji a.k.a Selamat Hari raya Korban Tahniah ke...
2015

Rasanya selain dari GST, apa lagi yang bakal diumumkan oleh PM dalam sesi pembentangan bajet 2015 yae.. Kalau ikutkan nak juga dia umumkan kenaikan kos sara hidup kat KL ni. Bukan tak bersyukur gan apa yang dapat tapi kalau dapat up sikit rasanya boleh la tarik nafas lega sikit tapiiii.. kalau dia umum, gan sendiri barang2 kan naik !!

Cam sama la pula. naik atau tak...
Kalau camtu baik dia umumkan harga barang turun lagi seronok. Semua orang tak terbeban. Tak gitu :) 

Apapun, tunggu jumaat nanti. Sama-sama dengar dan tengok apa yang dibentangkan. 
Semoga ianya memberi mafaat kepada kita semua.




Pembentangan Bajet 2015

by on 13:51
Rasanya selain dari GST, apa lagi yang bakal diumumkan oleh PM dalam sesi pembentangan bajet 2015 yae.. Kalau ikutkan nak juga dia umum...

Ya Allah.. 
Jika hari ini ada diantara kami.. 
Yang sedang sakit, 
Mohon angkatlah penyakitnya 

ya Allah... 
Berikanlah kesembuhan untuknya.. 
Karena hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan.. 

Ya Allah..
Jika hari ini ada diantara kami, 
Yang kesulitan rezki Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rizki nya 

ya Allah.. 
Karena hanya Engkau Sang Maha Pemberi Rezeki.. 

Ya Allah.. 
Jika  ini ada diantara kami Yang hatinya sedang susah dan bersedih, 
menerima dan menghadapi ujian-Mu... 
Mohon Kuatkanlah ia utk bisa bertahan dan bersabar.. 
Dan hiburlah ia dengan penuh karunia-Mu.. 
Karena janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari.. 
Setelah kesusahan ada kemudahan.. 

Ya Allah.. 
Jika hari ini ada diantara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya.. 
Sombong, iri hati, dengki dan dusta.. 
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah.. 

Ya Allah.. 
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami.. 
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, 
yg merasa tersakiti dan terdzalimi karena 
kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja.. 
Bukakanlah pintu hatinya.. 
Agar memaafkan kami... 

Aamiin..... 
Allahurabbi



 

Doa

by on 16:10
Ya Allah..  Jika hari ini ada diantara kami..  Yang sedang sakit,  Mohon angkatlah penyakitnya  ya Allah...  Berikanlah kese...