Selamat tahun baru cina !!

Januari 30, 2014 3 Comments
Selamat tahun baru cina !!
Agak-agak pukul berapa leh gerak balik kampung yae?? 2/3 hari yang lepas dah yakin kan gerak malam ni tup-tup tukar nak balik tengahari then sekarang petang dah menjelang. Still depan komputer dekat pejabat. Tiada tanda-tanda akan meninggalkan kerusi cantik ni hehe baik punya intro tu.

Kerja orang bagi rasanya satu pun belum settle. Tah apa masalahnya dari semalam tak dapat juga angka yag nak tu huhu. Then hari ni lakkk tah la. Esok dah cuti..lusa juga cuti. tulak cuti lagi thennn cuti and cuti. Bestnya cuti kan.nak-nak dapat balik kampung ni. lagi best.

Sebelum tu, Selamat tahun Baru buat mereka yang menyambutnya esok. Dan buat mereka yang tidak menyambutnya., Selamat bercuti !! Jumpa lagi minggu depan. Buat korang-korang yang sudi singgah sini nanti akan ku  follow korang balik :>


Jamuan Perpisahan CP !!

Januari 28, 2014 2 Comments
Jamuan Perpisahan CP !!
Bertempat di Koridor Perjawatan. BPSM - MinDef berlangsungya satu jamuan perpisahan khas untuk 4 orang ex-pegawai CP iaitu Puan Azizah (17 Oktober 2013) betul ke ni?? lupa daaa, My bos Kolonel Nazri (13 Disember 2013), Puan Nadia (02 Januari 2014) dan juga Kapt Wan Suzi (13 Januari 2014).

Jamuan Perpisahan CP !!



 
Sama-sama Potong kek !!

Tetapi hanya 2 orang pegawai je yang dapat hadir...2 lagi last minit kena kerja nak kena settle segera. Jamuan tengahari ni bukan setakat jamuan perpisahan sahaja tetapi juga untuk meraikan mereka yang bertukar keluar dan juga meraikan ulang tahun warga staf dari bulan Januari hingga April iaitu :
  • Mej Jamal (01.01.1966)
  • Cik Wan Hasmah (07.01.1971) *tak datang
  • Lt Kdr Hazilawati (14.03.1977)
  • Noorliana (28.03.1979)
  • Puan Muhaini (10.01.1981)
  • Puan Aida **tak tau tarikhnya


Menu Yang Disediakan !!

 

Aww..cak

 

Ucapan dari TSUB (J) En. Rahman

Penyampaian Cenderamata Tuk Kol

Penyampaian Cenderamata tuk Pn. Nadia

  


Sesi jamu selera





Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) oleh PLUS Sempena Tahun Baru Cina 2014

Januari 28, 2014 4 Comments
Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) oleh PLUS Sempena Tahun Baru Cina 2014
Plus meyarankan supaya orang ramai menggunakan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan yang di keluarkan untuk merancang perjalanan balik kampung menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina 2014 minggu ni berjalan dengan lancar. Jadual itu pun sudah pun dikeluarkan dan ianya amat penting bagi membantu orang ramai mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

Jadual ini mengandungi cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 

PLUS juga menjangkakan orang ramai terutamanya di Lembah Klang akan mula bergerak ke kampung masing-masing secara berperingkat bermula pada 29 Januari hingga 31 Januari (Rabu-Jumaat). Manakala jangkaan pergerakan pulang ke Lembah Klang secara berperingkat bermula pada 1 Februari hingga 9 Februari 2014.


 
*** Orang ramai jiga dinasihati untuk menghubungi talian bebas tol PLUSLine di 1800 88 0000 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Jadual cadangan Waktu Perjalanan ini !! ***

Jumaat Punya Certa

Januari 24, 2014 3 Comments
Jumaat Punya Certa
dah tak sampai 10 minit lagi dah pukul 2.45petang. 
Salam jumaat semua. yeahhh esok dah sabtu !! 
Apa lagi cuti time. Minggu ni dari hari isnin sampailah hari ni cam tak larat je. Sampaikan pagi-pagi kena kejut huhu malu naik segan lak gan housemate tu tapi kalau dia tak kejut heheh kita lak yang naik terkejut. lambat masuk timbul masalah lain lak huhu apapun esok 
enjoy.

Jak lagi dah kena turun pergi Dewan Seroja. Ada taklimat bersama KSU.
Semua pegawai dan kakitangan awam kena turun !
habisnya lak pukul 5.
Apa agaknya yang akan diperkatakan, yae??

hmm..okay la dah kena panggil turun!!



Telefon Hilang ! Biar Ia Tidak Berfungsi

Januari 22, 2014 7 Comments
Telefon Hilang ! Biar Ia Tidak Berfungsi
Ooo..rupanya ada juga cara supaya handphone kita tak boleh guna atau on walaupun baterinya full kalau ia hilang or di curi orang. Pendek kata kalau handphone kita yang hilang tu or di curi, kita just coll pemberi khidmat telefon bimbit seperti Celcom, Maxis or Digi tuk mengenarai hitamkannya. So, Handphone tu tak boleh lagi digunakan. So, kita tak dapat...orang yang dapat tu pun tak dapat guna. Nak jual pun tiada guna.

Kenapalah tak tau hal ni awal-awal lagi, yae?? Kalau tak mesti handphone kesayanganku tu boleh di kesan awal-awal lagi. Tak tau certa sebenar handphone kesayanganku tu? Nak tau kat sini

caranya tak susah pun. Ikut je langkah kat bawah ni..
  • Dail *#06# dari handphone anda dan handphone anda akan menunjukkan nombor imej 15 digit.
  • Salin nombor tersebut di mana-mana selain di telefon bimbit anda.
  • Laporkan kehilangan handphone kepada pemberi khidmat telefon bimbit dan berikan nombor itu kepada mereka untuk disenarai hitamkan, sekiranya berlaku kehilangan
  • Walaupun, seseorang itu menukar sim card sekali pun, handphone still tak dapat di guna juga.

Gelang tercantik di dunia

Januari 18, 2014 3 Comments
Gelang tercantik di dunia
Search en. yahoo tak keluar tapi search en. goole baru keluar walaupun yang keluar adalah gelang tercantik di dunia bukannya mutiara yang terbesar hehehe

http://sna-aai.blogspot.com


Apa yang menarik sebenarnya tentang  gelang ini?? nak tau sebenarnya ia sebuah gelang berasal dari rumah mode Italia dimana ia dinobatkan sebagai gelang tercantik di dunia.

Gelang Isotta, keluaran rumah perhiasan Damiani, dinobatkan sebagai 'Best Fashionable Jewelery', dalam acara Middle East Premier Watches, Jewelry & Pens Awards. Di mana event tahunan yang diadakan di Bahrain itu diikuti oleh seluruh desainer perhiasan yang tersebar di seluruh dunia.

Tahun ini, gelang Isotta yang menjadi jawaranya. Seperti dikutip dari Genius Beauty, gelang itu terbuat dari emas putih yang bertahtakan berlian dan batu safir.

Yang paling menarik, potongan batuan mulia itu diatur sedemikian rupa, hingga dapat memberi efek warna yang berbeda ketika terkena cahaya. Sangat indah!

The Pearl - Mutiara

Januari 17, 2014 4 Comments
The Pearl - Mutiara
Bosannya !! Tah apa nak buat sekarang ni. Bukan tak ada kerja, dah memang meja penuh gan buku, fail, kertas, makanan dan macam-macam la. Tengahari tadi search encik google nak tengok design mutiara. banyak juga rupanya design tuk mutiara ni. cantik-cantik belaka lak tu.

Tak perlu guna mutiara banyak-banyak cukup 2, 3 biji dah ok. Tengok ni , cantik kan??
Suka design ni !!

Nampak sedikit eklusif


Yang ni cantik juga !


Cantiknya..nak-nak di pakai si pengantin perempuan semasa majlis perkahwinan.
wahhh terpukau semua mata yang memandang gituuuuu


Wordless 15 : Khamis yang hmmm

Januari 16, 2014 4 Comments
Wordless 15 : Khamis yang hmmm

1001 kebaikan orang yang belum tentu di tunjukkan kepada kita dan belum tentu kita tau apa kebaikkan seseorang itu. Cam biasa walau sebanyak mana kebaikkan seseorang itu kepada kita yang buruk dan tak elok itu juga akan kita kenang, kan

itulah lumrah manusia 
yang elok dan molek tak di kenang 
yang kurang itu
sentiasa di ungkit-ungkit ya??


Tahniah PU Hafiz Juara Mimbar Pencetus Ummah yang pertama !

Januari 11, 2014 2 Comments
Tahniah PU Hafiz Juara Mimbar Pencetus Ummah yang pertama !
Sape tak tengok Mimbar Pencetus Ummah Akhir malam semalam memang rugi la. Keempat-empat PU itu memang best. Kalau sebelum ini hanya sekali dua je tengok tapi tuk last tu memang tunggu la. Nak tau sape juara sebabnya semua layak. Dan yang paling layak mengikut undian sms dan juga juri jatuh kepada PU H.A.F.I.Z !

Tahniah orang Klang :) Beliau turut membawa pulang wang kemenangan bernilai RM50k dan juga sebuah kereta. Wahh bestnya :) Dan kepada mereka yang belum berkesempatan untuk menonton Mimbar pencentuh Ummah bolehlah tonton di Asto siei ulangan nanti :)

 Biodata PU Hafiz :-

Nama Penuh: MUHAMMAD HAFIZ B. MOHD HANEEFA
Umur : 32 tahun - Klang , Selangor
Status : Berkahwin
Pendidikan : Master UIAM (Quran Sunnah)
Pekerjaan : Pensyarah qiraati dan Naib presiden Akademik di Kolej Hafiz, Klang.
Profile :Gemar bersukan, berenang dan seni pertahankan diri.
Inspirasi : Ibu & Ayah
Perwatakan : Mudah mesra dengan orang, suka timba pengalaman baru.


Antara Nasi Lemak dan Carrot kek

Januari 10, 2014 2 Comments
Antara Nasi Lemak dan Carrot kek
Nasi lemak Pero dari Mej Nadzari

Tah apa lah tajuk kat atas ni hehe. hmm sekejap je dah nak masuk pukul 2. Makan pun belum habis lagi.. asyik godek sana godek sana sedar-sedar dah tengahari dah. Hari ni memang mood ke laut betul la..semuanya gara-gara semalam punya certa ! Terkilan sangat !! Tapi it's ok kot..bukan kita punya tapi kecewa juga nitis air mata ni tau

Carrot cheese
Last kek Carrot by Pn. Marini

Hari ni, ex-boss datang office tuk tandatangan serah-meyerah tugas. ehhh ada orang belanja nasi lemak Pero gan carrot kek la. bestnya dah lama orang tak belanja nak tunggu kita hihihi sampai hajat nanti semua boleh on - tak kisah pun nanti tapi bila yae??

kecewa, terkilan..rasa cam putus asa sangat ! sebabnya harapan yang tersimpan sebenarnya setinggi gunung tapi sekelip mata berkecai depan mata. Apa yang boleh buat lagi..nothing to do ! Nak rest pun tah cam tak boleh. Office cam pasar, bising walaupun orangnya tak seramai mana :) Bingit yang lebih. Bercakap gan kawan sebelah cam cakap gan orang kat hujung pejabat. Stress jadinya dan lagi satu lagi yang menjadi habbit kat sini adalah masuk pantry tak kan sah kalau tak berjam-jam kat situ huhuhu pening gak gan galak diorang semua ni tapi sabar je la..

Pilihan Kita ??

Januari 08, 2014 1 Comment
Pilihan Kita ??
Pernah tak terfikir yang selama ini kita semua selalu diberikan pilihan. pilihan itu pula cuma ada 2 je..tak lebih dan tak pernah kurang?? Cam sekarang, dah tiba time tuk balik tapi masih lagi kat pejabat. Tak mengajak sedikit pun sebabnya laporan belum siap sepenuhnya..esok dah kena hantar. Kalau tak disiapkan sekarang, esok gerenti kelam-kabut dan hasilnya usah orang lain nak tengok kita sendiri pun tak kan puas hati hehe pernah alami tak kejadian camtu??

kekadang tu, terasa bertuah sangat diri ni. Dan akan lagi bertuah andai pilihan yang diberi selama ini, diri ni mampu membuat pilihan yang terbaik tapi lumpahnya manusia. Cepat lupa dan lalai. Sekali ianya menguji amat berat untuk menerima. Apatah lagi mendengar kritikan dan umpatan orang tentang keburukan diri walapun kekadang ianya lah yang mematangkan diri menghadapi liku-liku hidup.

Yes or No??
Ya or Tak?
Nak ataupun tidak?
Buat ataupun tidak
Pilih ataupun tidak
dihargai ataupun tidakkk
di perlukan ataupun tidak

hanya kita sendiri yang tentukan...samada ianya berjaya ataupun tak
juga kita yang tentukan..

Baiknya kita buruknya kita juga
kita yang tentukan..

selamat petang semua
sekadar ingatan tuk diri yang semakin alpa :<


Kembalikan Kotak Komen Setelah Guna Google Plus (Google +)

Januari 04, 2014 3 Comments
Kembalikan Kotak Komen Setelah Guna Google Plus (Google +)
Ada tak sesiapa yang pernah terjadi ttiba kotak komen hilang?? Tak boleh komen kat blog tapi ia boleh komen kat page google?? Alah jadi camni..

Kotak Komen

Sebenarnya dari sebelum balik kampung lagi terkial-kial mencari mane nak dapatkan balik kotak komen tu. last-last tak dapat juga..biarkan je sampailah tengahari ni. rupanya ianya tiada la sesukar mane pun. terklik je terus berubah hehe yang kita ni lak terus gelabah heheh..tapi best juga benda ni sebenarnya. lebih senang nak jejaki korang-korang semua :) Tapi kalau dapat gabungkan komen google plus ini dengan yang asal lagi menarik kan.. tapi yang itu kena belajar godek-godek lagi :)

Kotak Komen

So, pada sesiapa yang tetiba je hilang kotak komen disebabkan google plus (google +) tu..jangan panik. Just klik balik dekat kotak Use Google+ Comments on this blog. Then ia akan kembalikan kotak komen yang sediada sebelum itu. Mudah kan :)


My Ping in TotalPing.com