Ehhh..nak joyah la :)
Zon Al-Nafis diisyiharkan Zon Terbaik 5S MinDef. Dengar kata terpilih time Audit Siri 3 Tahun 2013 tahun lepas betul ke?? tak kisah la janji menang hehehe. Terbaik la CP..wakil bahagian lagi. Dapat RM100 tapi duit tu belum dapat lagi  hehe  happy sesangat big boss belanja nasi ayam untuk makan tengahari kemarin :) Terima kasih puan :>

Sijil
Tak sangka lak Zon ni boleh terpilih Zon Terbaik !! Antara yang terbaik mewakil Kementerian pula tu.. hmm dengar kata Bahagian pun tak kurang hebat juga. Menduduki tangga ke-3 selepas Pentadbiran dan Dasar. okay la tu :>
 
team menyamu selera

5S
happy dapat makan free

5S
Antara Yang Terawal Makan

# auto publish
# nasi ayam lupa nak snap
# tkasih Puan Saidatul



Zon Terbaik 5S MinDef '2013

by on 09:22
Ehhh..nak joyah la :) Zon Al-Nafis diisyiharkan Zon Terbaik 5S MinDef. Dengar kata terpilih time Audit Siri 3 Tahun 2013 tahun lepas be...
Tak sabar nak tunggu!!
kb i'm back, now ..
Dah lama tak balik..last bulan 3 hari tu, time my sist and my cousin's kawin. Ehhh lupa lak nak certa pasal majlis diorang bertiga hari tu. It's ok..balik dari kb nanti kita certa pasal majlis diorang tu :>

Jom Balik k

Kalau tak silap..ni first time ambil tiket pergi-balik. Ingat nak buat cam sebelum-sebelum ni, ambil tiket bila dah sampai sana. Tapi tah la..kebetulan pula tiket Bas Mutiara masih banyak lagi. Bila diingatkan nak bertapak ke Stesen Bas Putra ni bukannya senang sangat. Terus ambil..kalau nak tau jarak antara Stesen bas ni gan rumah tak ada jauhnya pun. Naik teksi dalam 15/20 minit je.. tapi kalau naik lrt hehe biasanya 1jam sebelum bas bertolak dah kena keluar. Takut tetiba terlepas bas je :>

Ni cuti sehari je..tak lama. Insyaa Allah tiada aral melintang awal Ramadhan nanti balik lagi. Dah lama tak merasa sambut awal puasa bersama orang tersayang. Asyik sambut kat sini je..sambut gan kekawan. Tapi kalau kekawan balik sambut gan family diorang tinggal lah sesorang huhu sedihnya. Dahhhh tak mau sesedih.. tak mau lebih-lebih.

Doakan aku selamat sampai sana dan selamat kembali, okay !!

# next week to attend kursus 
# selamat pengantin baru Afla :> 



Balik KB Jom

by on 12:50
Tak sabar nak tunggu!! kb i'm back, now .. Dah lama tak balik.. last bulan 3 hari tu, time my sist and my cousin's kawin . Ehh...
Wahh tahniah, Puan !!

Alhamdulillah, selamat melahirkan baby yang ke-3 kemarin bersamaan 27 Rejab 1435Hijrah baby isra mi'raj Tepat jam 2.50petang bertempat di Hospital Ampang Puteri, akhirnya dengan berat 3.2kg baby boy yang ditunggu-tunggu menjelma jua :> Sukanya !! cam aku pula yang beranak hikhik tengahari semalam dah pun kuar pergi tengok baby boy ni :) 

Comel !!
Iras akak sulung - Sofia :>
Asyik nak masuk tangan dalam mulut je..

Comel !!oooishhh merah betul muka die.. tangan die.. kaki die.. semua-semua la tapi lagi la merah bila die nangis sempat la pangku jak hehehe bertuah tau baby ni sebabnya die baby pertama yang aku pangku. Selama ni tak pernah pangku mana-mana baby pun tau hihi tak berapa confident sebenarnya. Alahai comelnya die.. Baik pula time ambil tu tak nangis-nangis cam memula sampai kat wad 320. Siap senyum lagi suka auntie ambil die la tu hikhik :> 
 
Merah betul budak kecil ni..
umur sehari -
dah jelas miliki bulu mata yang lentik

Dan ini pula gambar tuan blog. Nak juga interframe walaupun kualiti gambar tak seberapa. Janji ada :> Terima kasih Puan dan Cik Wan.
 
Baik je siap senyum lagi :>
with big boss - Puan Saidatul



Diri kita hanya kita yang tau !!

Sumber : fb

Tahniah Jepun !

Sejarah baru telah tercipta buat kamu malam tadi. Berjaya buat pertama kalinya merangku Piala Thomas sekali gus bergelar juara menewaskan pemain Malaysia dengan 3-2.
 
SKUAD lelaki Jepun di podium bersama trofi Piala Thomas yang dimenangi buat pertama kali

Tahniah buat semua especially team Malaysia malam tadi. Berjaya membawa games ni memasuki fasa baru setelah 22 tahun berlalu. Siapa tak excited kan?? layak memasuki perlawanan akhir. You are the best !! Malaysia boleh .. Tak tau nak gambarkan macamana rasa berdebar jantung ni sepanjang tengok games tu berlangsung. Sekejap-sekejap tukar chanel hehe tapi fb still on.

Walaupun tidak bergelar juara, naib juara sudah cukup membanggakan semua warganya tak caya cu check status fb..mana yang komen negatif tu abaikan saje.  Tahniah sekali lagi buat team Jepun kerana berjaya memberi saingan cukup sengit kepada team negara. 
 
Dan jangan tak caya sebelum games ending malam tadi memang ada yang tak senang duduk hik..hik.. gambar pun ambil dari metro harian je. Tak boleh on fb time kerja dah :<




Sinopsis :


Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya.

Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun di awal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.

Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur  diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya. Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya.

Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah,  Saiful bekas tunangnya pula datang. Ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul Zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki  tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.





Ooo rupanya drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Slot Akasia dekat TV3 baru-baru ni juga diadaptasikan daripada novel terbitan KaryaSeni. Karya Umie Nadzimah !! Rupanya ini jugalah penulis yang menulis novel "Aku Terima Nikahnya" tu. Novel itu memang best !! tangkap leleh hehe


Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, ni diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof dan telah pun ditayangkan di slot Akasia di saluran TV3. Pelakon utama drama ini akan diterajui oleh Amar Baharin dan Izreen Azminda. Ia ditayangkan mulai 21 Mei 2014 selepas berakhirnya drama Aku Isterinya dan mempunyai 28 episod ehhh 24 or 28 camtu la.. Tema lagu untuk drama ini bertajuk Patah Sayap nyanyian Nadia Aqilah Bajuri dari kumpulan Pompa Bensin.

Antara pelakon yang menjayakan drama kerana Terpaksa Aku Relakan ini adalah :-
Amar Baharin sebagai Tajul Razin
Syafiq Kyle sebagai Tajul Fahin
Izreen Azminda sebagai  Indah Halina
Iqram Dinzly sebagai Inspector Aryan
Ika Nabella sebagai Hasma
Nadia Aqilah Bajuri sebagai Zawati
Aleza Shadan

Ok, jom singgah blog Umie Nadzimah - penulis Novel Kerana Terpaksa Aku Relakan. Sambil-sambil baca novel online boleh juga tau perkembangan terkini penulis ni. Antara novel karya beliau adalah :-
  • Pilihan Mama
  • Aku Terima Nikahnya
  • Kerana Terpaksa Aku Relakan
  • Die..Isteri Luar Biasa yang ni tak pasti novelnya dah keluar atau belum

 

Kerana Terpaksa Aku Relakan

by on 15:18
Ooo rupanya drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Slot Akasia dekat TV3 baru-baru ni juga diadaptasikan daripada novel terbitan KaryaSeni. Karya...
Ushhh lama bebenar lak ceritanya ni.. Cerita 2 bulan yang lalu hik..hik.. lupa nak publish punya pasal, berhabuk dalam draf !! 7hb and 30hb Mac.. tarikh ulang tahun my dear sist’s yang ke .. lupa la pula. Ingat tarikh je sebabnya tarikh dah lupa :)

Happy belated day !!
Semoga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan cahaya mata, suskses selalu. Happy-gumbira-bahgia-ceria selalu di samping insan tersayang hendaknya. I miss you all ..


Happy Belated Day My Sist's

by on 10:30
Ushhh lama bebenar lak ceritanya ni.. Cerita 2 bulan yang lalu hik..hik.. lupa nak publish punya pasal, berhabuk dalam draf !! 7hb and 30h...
Tak sabar nak tengok OME musim baru. Dah masuk musim ke-3 ! satu kejayaan buat OME  Dah lama tak layan ni, mesti lagi gempaq !! nak tau gembaq atau tak jangan lupa tengok minggu ni. Ada watak baru dalam OME kali tau tau, penampilan Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Ogy yang akan bergandingan pelakon drama ‘Adam & Hawa’ iaitu Nadiya Nisaa.


Tak sabar nak tunggu rasanya. Mulai hari 18 Mei 2014, Oh My English! Musim Ketiga akan mula bersiaran pada setiap hari Ahad bermula dari 18 Mei 2014, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan siaran serentak dalam definisi tinggi (HD) di Astro Maya HD (saluran 135).



Ohh My English Musim Baru !!

by on 14:49
Tak sabar nak tengok OME musim baru. Dah masuk musim ke-3 ! satu kejayaan buat OME  Dah lama tak layan ni, mesti lagi gempaq !! nak tau gem...
Selamat Hari Guru Yang Ke-43 kepada semua yang bergelar Pendidik !
Tak kira berada di bandar ataupun luar bandar
Sekolah rendah mahupun sekolah menengah..
Politeknik ataupun universiti
Tanpa kalian..
tiada yang cerdik pandai
tanpa kalian..
tak kan ada yang kenal A B C
tanpa kalian..
tak kan ada yang kenal pandai membaca
tanpa kalian..
tak adanya kita berjaya sampai di sini !!

Dan kepada kepada kalian semua..terima kasih semuanya
Terima kasih cikgu..
terima kasih semuanya..
Jasa kalian amatlah aku dihargai..

Hari Guru

Tema hari guru tahun ini adalah Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Semoga seiring dengan tema sambutan tahun ini, guru-guru semua akan dapat mengembangkan lagi idea-idea bernas kalian dalam sesi pembelajaran seterusnya, aamiin..

Dan Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar ku di SK Pengkalan Chepa, SMK Pengkalan Chepa, Politeknik Dungun & Politeknik Seberang Prai.



Selamat Hari Guru 2014

by on 11:28
Selamat Hari Guru Yang Ke-43 kepada semua yang bergelar Pendidik ! Tak kira berada di bandar ataupun luar bandar Sekolah rendah mahupun...

Tajuk : Lagu Pelarian (OST Aku Isterinya)
Penyanyi : Sakura Band feat Adi Priyo

Lirik Lagu Tema Pelarian

Engkau datang kepadaku
Dengan sejuta harapan
Kau janjikan cinta itu

Ternyataku hanya persinggahan
Hatimu yang luka
Sungguh ku tak sangka

Dan saat kekasihmu
Inginkan kau kembali

Tinggalkan aku
Lupakan ku
Kembalilah kau kepada dirinya
Kerna kutahu
Cinta ini
Hanya pelarian bagimu


Oooo..baru tau, singgah kejap kat sini tadi. Rupanya kalau nama kita tersenarai dalam sistem pangkalan CTOS (Credit Tip Off Service), kesukaran untuk membolehkan kita membuat pinjaman bank adalah tinggi. Memang tak pernah tau langsung pun sebelum ini. Thanks melvister !!

Ok, follow je entry beliau :-

Semakan senarai nama CTOS secara online dan SMS. CTOS (Credit Tip Off Service) merupakan sistem pangkalan data dimana individu yang tersenarai dalam sistem tersebut akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak Bank. Sebelum individu tersebut mendapatkan kelulusan loan dari pihak Bank, nama anda perlulah bersih dari sistem CTOS. Berikut adalah cara semakan CTOS secara online dan SMS
 online; sms
Semakan Senarai Nama CTOS Secara Online

Individu perlu mendaftar menerusi sistem CTOS terlebih dahulu untuk mendapatkan CTOS ID.

Sila layari https://ctosid.ctos.com.my/ctosid/registration/individual/online/purpose

Semakan Senarai Nama CTOS Secara SMS

SMS:
Type SELFCHECK (space) Your IC Number (Space) and send to 36396

Nota:
Semakan CTOS guna SMS hanya bagi individu yang telah berdaftar dengan CTOS sahaja.

Kelebihan mendaftarkan CTOS User ID anda:
  • Anda akan dimaklumkan apabila CTOS memproses maklumat baru mengenai anda.
  • Anda berhak menentukan sesiapa yang boleh menerima laporan CTOS anda.
  • Anda boleh mendapatkan laporan semakdiri CTOS anda dengan mudahnya melalui internet di rumah/pejabat pada bila-bila masa.
  • Anda boleh menghubungi CTOS berkaitan laporan CTOS atau CID anda dengan mudahnya.
  • Proses urusniaga anda dengan parti yang berkaitan boleh dicepatkan.
Sumber: melvister.com

Gula

Kreatif betul !!
tagging kandungan gula dalam minuman kooo..
Terbaiklah nak-nak kalau tetiba dalam mana-mana office tu ada tagging camni hehe barulah betul tagline nya 'kurangkan gula dalam minuman'

sumber : Sukses 5S




Sumber : Fb


Ini adalah peluang baik kepada sesiapa yang tidak menerima bayaran BR1M. Rayuan BR1M boleh dibuat sehingga 31 Mei 2014 (Sabtu) - hujung bulan ini je.. Dengar kata tempoh rayuan ni adalah untuk memberi peluang kepada pemohon untuk mendapatkan bantuan BR1M betul ke?? 

Permohonan rayuan BRIM 3.0 yang lewat pula tidak akan dipertimbangkan dah tak layan, ok! So, apa tunggu lagi..buat je rayuan. Kalau dapat-alhamdulillah tapi kalau tak memang bukan rezeki.

https://sna-aai.blogspot.com

Tarikh Akhir/Tutup Hantar Borang Rayuan BR1M 3.0  

31 Mei 2014

Cara Membuat Rayuan BR1M guna borang yang disediakan!!
  1. Sila klik dan muat turun BRIM 3.0 Borang Rayuan
  2. Cetak dan lengkapkan maklumat dengan lengkap
  3. Hanatar ke LHDN yang berdekatan dengan kediaman.




Sumber : fb 


Malam tadi last episod Fear Factor musim ke-2. Nak sangat tau siapa juara punya pasal terpaksa berkejar sedikit walaupun tak sempat sangat nak tengok keseluruhannya malam tadi. Tahniah buat Erin Malek & Redha !! Tahniah juga pasukan merah.

Erin Malek  Redha

Tak sangka langsung !! 
Erin yang manja camtu boleh menang !! Tapi memang boleh menang pun tengok gaya dia berenang episod last-last ni. Berbeza sangat dengan peserta lain..


So, selaku juara, diorang telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000 wahhh  !! Antara cabaran pada peringkat akhir malam tadi adalahPrison Break”, “Parit Bangkai Kambing” dan cabaran “Bumi, Langit, Air dan Api”.





Kreatif betul blogger sorang ni. Menarik !! Boleh la pratik pakai tudung camni pula pasni. Tak adalah silang tanduk gan silang bulat je hik..hik..main hentam je nama gaya tudung aku ni. Apapun terima kasih kepada blogger YunaBella sebab share cara nak pakai tudung ala-ala Fareeda cam Mawar tu..


Jom ikuti nukilan blogger  ni :-


setengah orang beranggapan kalau pakai tudung bawal muka nampak muda , macam budak , kalau pakai tudung awning nampak tua , nampak macam-macam lah. aku salah seorang pecinta bawal , sebab bila pakai shawl atau tudung awning aku nampak selekeh. ehhh ? padahal kalau time serabai tu pakai apa pun semak je mata memandang .


ok , dia sangat cantik , ayat cliche "pakai apa pun nampak cantik" . ye dak ?



in love dengan dress dia bila tengok tudung fareeda ni ayat cliche jugak 

"cantik tapi singkat , dah la mahal pulak tu"

kepada yang tak suka tudung awning, tapi nak bergaya macam mawar sila teruskan membaca . hehehehe . aku namakan gaya tudung ni, tudung bawal mawar fizo omar, kang aku letak nama fareeda tak pasal-pasal timbul isu paten. aku tau bila aku pakai tudung macam tu ramai mok cik-mok cik, adik-adik, kakak-kakak  yang duk usya gaya tudung aku. muahahahhaha. ok. perasan. aku tipu jer .
 

founder dia adik aku yang tudung pink tu, yang pasti dua-dua orang belasah baju aku -___-"

versi aku pulak macam bawah ni :

 
nampak tak, acah-acah mawar, tapi masih labuh dan yang penting, ia sejenis tudung bawal :)

Jom cuba :

Keronsang Besar

mesti ada pin, dan brooch besar, make sure dia punya jarum panjang, so senang nak pin .


guna bawal biasa jer, pastu samakan yang depan.

pakai macam biasa.

untuk yang tengkuk pendek macam aku, boleh pin kat belakang, lagi pun aku dah biasa letak pin, nampak lagi kemas, tak nak letak pon boley :)

 
ok start gumpalkan tudung, boleh start dari tengah tudung atau jarak sejengkal macam tu 

 
lipat tudung secara menaik 
 

boleh cuba lipat siap-siap then terus pin atau pun , buat satu-satu macam dalam gambar 

 
ok bajet lah nak singkat atau labuh . sebab tu kena pin jang panjang , kalau x , xboleh nak pin .

 
selesai pin , jangan susah hati. dia memang akan messy macam ni. just adjust dan cantikkan lipatan tu .


nak senang, buat macam dalam gambar ni, satukan hujung yang bercabang .


pin kat belakang tudung yang di kemaskan tu .


siap ! kalau rasa singkat , boleh turunkan lipatan tu or jangan pin belakang tudung :) thanks untuk adik aku yang sanggup jadi model , senang aku bagi arahan . muauahaha .
 
Bawal
 
sekarang ni nak pergi mana pun aku buat gaya camgini jer . senang , ringkas .

selamat mencuba ya ;)

Amacam?? Senang kan..