Ni adalah Mamee monster yang terakhir !!

Jajan

Hari tu cik tie beli mamee monster pack besar. Dalam tu ada 10 bungkus yang pack kecil-kecil. Berat setiap satu tu dalam 25g je. Cukup la buat jajan time cik tie nak kunyah-kunyah. Kalau nak tau, sebenarnya mamee ni cik tie dah lama beli. Saje simpan kat office untuk stok makanan time-time terdesak camni. kalau Nak tau lagi, inilah antara jajan favorite cik tie selain coklat susu, super ring. Biasanya kalau time keluar pasaraya, Jusco ke Sogo ke, Eon Big ke, mamee ni lah antara barangan wajib cik tie angkut keluar hikhik..

Mamee monster ni sebenarnya ada 2 perisa tau. Ada perisa BBQ dan ayam kalau tak silap la. Tapi yang jadi pilihan cik tie sejak dulu lagi mestilah BBQ.


Mamee Monster Perisa BBQ

by on 14:46
Ni adalah Mamee monster yang terakhir !! Hari tu cik tie beli mamee monster pack besar. Dalam tu ada 10 bungkus yang pack kecil-kec...
Restoran Sukand’s Food, Port Dickson

Ni pun first time minum.. sedap juga rasanya. Tengok bff order, nak juga rasa. Tapi tak kan nak share air dia kan..tak best la. So, order je sama cam dia. Bakso gan jus lemon madu.

Restoran Sukand’s Food, Port Dickson

Besar2  fish ball kedai ni. Sambal die pun mak aiii memang pedas. Orang suka pedas memang suka laaa.. Tengok bff selamba je makan, cuit la sikit nak cuba. Apapun memang best walaupun pedas.  kat kedai tu macam-macam ada, bukan bakso je. Ada juga mee kari, my favorite tu dan banyak lagi la.. So, pada uolls yang datang Port Dickson, jangan lupa singgah makan di Restoran Sukand's Food di alamat No.62, Jalan Bandar, 71000, Port Dickson, Negeri Sembilan




Salam maal hijrah uols. hari ke-3 di tahun baru 1436H bersamaan 25 Oktober 2014. 1435hijrah dah tinggal sejarah. Banyak betul kenangan di tahun 1435h sebelum ni. Lebih banyak menguji emosi dan ketabahan hati untuk membolehkan cik tie terus melangkah. Semoga dengan kedatangan tahun 1436Hijrah ni lebih bermakna buat cik tie. Semoga cik tie akan lebih kuat..lebih tabah..lebih matang..tak cepat emo.. lebih cool dan tak cepat mengalah. InsyaAllah..


Dan yang paling penting, cik tie dapat kejar 2 benda ni dulu dalam tempoh 2 bulan ni. InsyaAllah, aamiin. Chayok..chayok.. Tolong doakan yang terbaik untuk cik tie yae.




Tahun Baru 1436 Hijrah

by on 12:09
Salam maal hijrah uols. hari ke-3 di tahun baru 1436H bersamaan 25 Oktober 2014. 1435hijrah dah tinggal sejarah. Banyak betul kenangan di t...
Cam sayang pula cik tie nak makan coklat #Draft®special yang satu ni. Dah dekat 2 minggu lebih tersimpan elok dalam laci office. Ni sebenarnya pemberian dari pegawai baru merangkak juga sebagai jiran kat belah meja cik tie. Gan pembalut warna merah terang. Cantik sangat pada pandngan cik tie ni. Tah bila gemar warna ni pun tak tau..yang cik tie tau, warnanya menarik sangat. Kalau tak silap cik tie, coklat ni pegawai ni beli masa beliau kat Mekah. Pembalutnya pun bukan da wrna merah je tau..kuning pun ada sebenarnya.




Hari ni baru sempat nak certa sikit pasal design baru blogku ni. Sebelum ni memang tak sempat langsung. Macam-macam nak buat hehe. Kalau uolls perasan la kan sebelum ni design blog cik tie ni simple dan gitu-gitu je. Cukup ringkas !!

Yang Dulu..

Tapi sekarang, ianya dah berubah. Nampak lebih menarik, kemas dan tersusun, kan.  Teng’s BismiDesign Artzwork kerana telah mengubahsuai blog kesayangan cik tie ni. Cik tie suka sangat ! 

Kalau uolls nak tau, blog ni telah dipilih oleh Langit Hitam untuk disusun atur selepas menjadi diantara 5 pengodam bertuah.Cam tak percaya pula, dah 3 bulan lebih ia bertukar wajah. So, kalau ada diantara uolls yang nak tempah bolehlah, hubungi beliau yae

Yang Sekarang
  


Eeehhh
awalnya fb ni boleh on hari ni. Bukan  ke selalunya selagi tak pukul 1, tak boleh on ke..or cik tie  sorang je  yang tak tau fb ni dah boleh on awal ni?? Kalau hari lain, cik tie tau la, selagi radio atas ni tak keudara, selagi tu fb ni tak boleh on *-*


Hmmm tak kisah la, on awal atau lewat. yang penting hari ni cik tie bw follower blog cik tie dulu.Yang mana cik tie memang tak sempat nak buat sebelum ni.



Boleh ke on Facebook awal ?

by on 12:51
Eeehhh awalnya fb ni boleh on hari ni. Bukan  ke selalunya selagi tak pukul 1, tak boleh on ke..or cik tie  sorang je  yang tak tau fb ni...
Kenapa gan line office ni... tak boleh nak on blog. 
tak kan la kena block juga kot. Tapi cam tak je..dari minggu lepas lagi camni. Nape yae??
Try on kat pc orang lain pun sama je huhu
tak best la camni..

tapi kalau camni gaya, nampaknya pasni kena on dari rumah la.
Tak bestnya. baru plan nak bw follower blog cik tie ni.



Kenapa tak boleh On Blog

by on 07:30
Kenapa gan line office ni... tak boleh nak on blog.  tak kan la kena block juga kot. Tapi cam tak je..dari minggu lepas lagi camni. Nape ...
4-3
Wahhh !! cepat betul JDT kejar Felda United malam ni. Separuh masa ke-2 je dapat bolos 3 gol lawan. Tak sangka betul. Tahniah la JDT tapi cik tie sokong team Felda malam ni. Best tengok diorang main dalam hujan separuh masa pertama tu *-*

Masa ke-2, dah tak sempat nak tengok. Ambil tau keputusan penuh je hehe... 



Pernah kau suarakan
Malah juga berjanji
Cuma aku sahaja
Di hatimu

Itu hanya dahulu
Waktu manisnya rindu
Kini semua hilang
tinggallah aku seorang
Bagaikan rumput
Yang kehilangan padang

Korus
**Ada di dalam tiada
Persoalan tiba
Tak mengira ruang masa

 Bila engkau kerinduan
Pujuk dan rayumu
Memaksaku memaafkan
Sukar aku tafsirkan
Kata-katamu
Sehingga membuatkan
Aku keliru

 Kau kata rindu itu
Tersemat di hatimu
Mungkin gurauan
Bukannya kesungguhan **

Dalam percintaan
Memang banyak dugaan
Tapi semua itu dapat kita tepiskan
dengan doaku
Serta kejujuranmu

Tapi semua itu dapat kita tepiskan
dengan doaku
Serta kejujuranmu

 layan lagu jak..best juga sesekali mengimbau kenangan camni *-*
cam terbuai je rasa *-*


Tak terlambat lagi kot
nak wish
Selamat hari Raya Aidiladha..
 Selamat Hari Raya Haji a.k.a Selamat Hari raya Korban

Tahniah kepada semua mereka yang ikut serta untuk melakukan ibadat korban tahun ni.
Pada yang belum ikut serta lagi..jangan tunggu lama-lama
kalau boleh pastikan dalam seumur hidup, kita mampu kerjainya walaupun sekali cuma
jangan TIDAK langsung *-*

*_*poning kopalo den ni..jerebu melanda kolumpo dok ilang-ilang lagi
Jan..oh jan..
bilo mau turun niii




Salam Aidiladha

by on 15:00
Tak terlambat lagi kot nak wish Selamat hari Raya Aidiladha..  Selamat Hari Raya Haji a.k.a Selamat Hari raya Korban Tahniah ke...
2015

Rasanya selain dari GST, apa lagi yang bakal diumumkan oleh PM dalam sesi pembentangan bajet 2015 yae.. Kalau ikutkan nak juga dia umumkan kenaikan kos sara hidup kat KL ni. Bukan tak bersyukur gan apa yang dapat tapi kalau dapat up sikit rasanya boleh la tarik nafas lega sikit tapiiii.. kalau dia umum, gan sendiri barang2 kan naik !!

Cam sama la pula. naik atau tak...
Kalau camtu baik dia umumkan harga barang turun lagi seronok. Semua orang tak terbeban. Tak gitu :) 

Apapun, tunggu jumaat nanti. Sama-sama dengar dan tengok apa yang dibentangkan. 
Semoga ianya memberi mafaat kepada kita semua.




Pembentangan Bajet 2015

by on 13:51
Rasanya selain dari GST, apa lagi yang bakal diumumkan oleh PM dalam sesi pembentangan bajet 2015 yae.. Kalau ikutkan nak juga dia umum...

Ya Allah.. 
Jika hari ini ada diantara kami.. 
Yang sedang sakit, 
Mohon angkatlah penyakitnya 

ya Allah... 
Berikanlah kesembuhan untuknya.. 
Karena hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan.. 

Ya Allah..
Jika hari ini ada diantara kami, 
Yang kesulitan rezki Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rizki nya 

ya Allah.. 
Karena hanya Engkau Sang Maha Pemberi Rezeki.. 

Ya Allah.. 
Jika  ini ada diantara kami Yang hatinya sedang susah dan bersedih, 
menerima dan menghadapi ujian-Mu... 
Mohon Kuatkanlah ia utk bisa bertahan dan bersabar.. 
Dan hiburlah ia dengan penuh karunia-Mu.. 
Karena janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari.. 
Setelah kesusahan ada kemudahan.. 

Ya Allah.. 
Jika hari ini ada diantara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya.. 
Sombong, iri hati, dengki dan dusta.. 
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah.. 

Ya Allah.. 
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami.. 
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, 
yg merasa tersakiti dan terdzalimi karena 
kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja.. 
Bukakanlah pintu hatinya.. 
Agar memaafkan kami... 

Aamiin..... 
Allahurabbi



 

Doa

by on 16:10
Ya Allah..  Jika hari ini ada diantara kami..  Yang sedang sakit,  Mohon angkatlah penyakitnya  ya Allah...  Berikanlah kese...
Apabila seseorang memerlukan kita. Itu adalah satu nikmat. 
Oleh kerana itu, jangan merasa bosan menghadapinya kerana 
perkara itu boleh berubah menjadi bencana.
Ketahuilah bahawa hari yang terbaik dalam hidup kita sebenarnya apabila 
kita menjadi tujuan orang bukannya 
kita yang menuju kepada orang

yang penting..
jangan lupa smile okay

 






Hai, assalamualaikum..
Salam jumaat.. dan selamat tengahari semuaaaaaa
cam da lama sangat tak pot pet kan sini..
sebenarnya bukan tak ada certa tapi masa yang tak ada.
minggu ni tak sihat lagi..tah apa lah nasib pun tak tau
dah tak sihat...ikut je la.
jangan dipaksa nnati kan teruk lak jadinya.

Kekadang kita ni cukup pelik !!
orang menolong kita mengata
orang baik gan kita, kita mengata
orang tak tolong kita still mengata
orang tak buat kita mengata juga
yang orang buat memang sah-sah la kita mengata !!

Yang mengata tu pula bukannya orang lain..
kekadang orang terdekat gan kita juga
Agak-agak apa yang diorang dapat yae..
nak tau sekuat mana...seutuh mana ketebalan hati kita ke..
Apapun, sekali kita tersilap..
selamanya akan dikenang.
samada kita baik atau buruk
hanya kita yang tau.... Dan mereka-mereka disekeliling
hanya mampu menilai siapa kita je.
belum tentu nilaian mereka itu tepat mengenai kita..




Kita Yang Pelik !!

by on 13:49
Hai, assalamualaikum.. Salam jumaat.. dan selamat tengahari semuaaaaaa cam da lama sangat tak pot pet kan sini.. sebenarnya bukan tak...
Kenangan dari my boss

Cantik tak bunga  ni??
cantik kan.. bunga gan pasu tu diperbuat dari kristal bukan kaca tau.
Sekali angkat memang terasa la beratnya tu.
Bunga tu ada 2 jambak. satu warna pink dan satu warna oren.
Tiap-tiap jambak tu pula ada 3 kuntum bunga. Sweet jeee

Mestilah sweet kan..
pemberian dari my boss sebelum dia posting ke KKM.




Kristal Rose

by on 15:51
Kenangan dari my boss Cantik tak bunga  ni?? cantik kan.. bunga gan pasu tu diperbuat dari kristal bukan kaca tau. Sekali angkat me...