Kita tidak mampu untuk mengubah hati orang lain untuk
berbaik sangka dengan kita.. 
tetapi kita mampu mendidik hati kita untuk 
berbaik sangka dengan orang lain..



Wordless : Bersangka Baik

by on 10:00
Kita tidak mampu untuk mengubah hati orang lain untuk berbaik sangka dengan kita..  tetapi kita mampu mendidik hati kita untuk  b...
ctnoraishah

cam kelakar pula ciktie baca artikal ni. Tak dapat nak bayangkan camner kalau lah workstation ciktie ni penuh gan fail, kertas bagai.. pen tah ke mana.. pensil lagi la tah ke mana haha tapiiii 
mungkin ada juga kebenarannya, kan..

teringat meja ex-boss yang tak pernah surut gan fail dan kertas.





Hidup ini sangatlah indah jika
mensyukuri apa yang sudah ada..
Adakalanya yang terindah
bukanlah yang terbaik
 Yang sempurna tidak menjanjikan kebahgiaan 
tetapi 
 ketika kita mampu dan mau menerima semua kekurangan dan kelebihan
itulah sebenarnya 
kebahgiaan...




Yang direnung kadang kala bukan sekadar untuk renungan 
tetapi ianya juga perlu diingat. Salam Jumaat uollsss


Tengahari tadi ciktie keluar gan my sist yang kiut miut ni.
minta dia temankan ciktie belikan tiket balik KL.
 Ok, tak dapat balik malam ni sebabnya tiket malam esok !!

tengah berkira-kira nak bayar, 
my sist tu tanya TBS kat mana?? 

Alamat !! ada notis la..
Mulai 1 Disember 2014 ni, semua penumpang Bas Mutiara ni akan naik dan turun kat TBS dah.
ushhh cam cepat la pula. Ciktie memang tau sebenarnya terminal bas Hentian Putra nak dipindahkan ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Cuma tak tau tarikh sebenar ianya berkuatkuasa je. 

Hmm..nampaknya pasni ciktie dah tak boleh nak main-main dah la. kalau sebelum ni setengah jam sebelum bas bertolak ciktie baru nak keluar rumah..pasni kena keluar awal la..

nota kaki : 
semua bas kat Hentian Putra dah cnfm ke pindah TBS mulai 01 Disember 2014 ni??





Tadi, cik tie sroll status kekawan ciktie  kat facebook. terbaca satu status ni.. 
Teringat pula time ciktie belajar kat poli dulu-dulu tu. Pi letak bakul untuk cop..
pernah juga la ciktie balik bilik dulu bila dapat tau yang sedang mandi tu roomate ciktie hehe  tapi sebelum tu ciktie dah pesan awal-awal la.. suh bagitau bila dah siap *-*


ciktie rasa uolls pun mesti pernah buat kan *-*



Cop Bilik Air Di Asrama

by on 13:09
Tadi, cik tie sroll status kekawan ciktie  kat facebook . terbaca satu status ni..  Teringat pula time ciktie belajar kat poli dulu-dul...
Selamat tengahari uolls !!
selamat hari jumaat.. selamat beristirehat.. 
dan semoga selamat semuanya, insyaAllah
aamiin

nnati malam ciktie otw balik kampung dah !
Isnin ni ciktie belum pasti lagi nak ambil cuti ataupun tak..
bila ingatkan cuti tinggal 8 hari je lagi
terpaksa burn kan dulu cuti ni.

Apapun, teng's pada officemate ciktie sorang ni. 
Yang dah banyak sangat tolong ciktie selama ni. Tiket malam ni pun, dia yang tolong dapatkan.
Terima kasih Jai..


 nanti pasni la ciktie certa pasal dia yae.
sekarang ciktie dah kena turun bawah dulu. Nak kena tunaikan apa yang patut ciktie kerjakan dulu.
Sebelum tu, ciktie nak wish

 Happy B'day Jai
Semoga panjang umur, murah rezeki, gembira selalu, 
diberikan kesihatan yang baik dan hidup sentiasa diberkati dan dilindungi-Nya
aamiin





Happy B'day Jai !!

by on 13:45
Selamat tengahari uolls !! selamat hari jumaat.. selamat beristirehat..  dan semoga selamat semuanya, insyaAllah aamiin nnati mal...
Ni dah masuk kali ke-3, cik tie guna sabun ni. Kali pertama guna, dah lupa bila hehe..tapi cik beli memang beli kat aeon big. balik dari kursus kat lukut hari tu, cepat-cepat cari. Tak tau kenapa kulit cik tie gatal-gatal sebelum naik biji2 merah kecil kat badan. Alhamdulillah,pas 2/3 hari guna. 



Sekali guna nampak cam dah ok. Gatal-gatal pun hilang.

Kalau nak tau, sabun ni sebenarnya terdiri daripada 18 jenis herba. ia bukan saje tuk mengatasi masalah kulit cam gatal-gatal tapi juga mencegah ruam, bisul tetapi juga untuk mencegah bau badan.buatan India. harga RM2.20 seunit. tak mahal pun..




Sabun Special

by on 15:55
Ni dah masuk kali ke-3, cik tie guna sabun ni. K ali pertama guna, dah lupa bila hehe..tapi cik beli memang beli kat aeon big . balik dari...
Tah ada lagi ke idak tak tau la tiket ni.
ikutkan hati ni memang nak sangat balik hujung minggu ni
 dari minggu lepas lagi berkira-kira nak beli tiket tapiii

sampai semalam, tak juga bertapak kat Putra sana tu
sampailah tengahari ni..
tiba-tiba minta officemate tolong tengokkan kot-kot ada

Harapnya ada la kan
dah excited sangat nak balik ni

Excited nak balik kampung

by on 13:23
Tah ada lagi ke idak tak tau la tiket ni. ikutkan hati ni memang nak sangat balik hujung minggu ni  dari minggu lepas lagi berkira-kira...
 

Dalam hidup kita memiliki dua pilihan 
iaitu memilih atau dipilih... 

Jika kita memilih, 
maka pilihlah yang terbaik buat diri kita... 

Dan jika kita yang dipilih,
maka jadilah yang terbaik buatnya..

nota kaki : Dalam betul maksud ayat ni. Samada kita yang memilih atau yang dipilih, buatlah yang terbaik biarpun bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri kita sendiri *-*


Selamat malam uols.. sebelum tidur, maafkan dulu semua silap dan salah orang dengan kita sepanjang hari ini. Dari awal sampai lewat malam camni. Kalau kita tak mmapu maafkan. Orag lain camner pula kan.. Hehe dah jadi habit sebenarnya sebelum cik tie lelapkan mata. Cik tie akan maafkan semua salah..silap orang gan cik tie sepanjang hari ni. Kalau nak tau cik tie juga suka recall balik apa yang dah berlaku sepanjang hari ni. Cam audit diri sendiri la juga hehe.. 

Bukan apa Cik tie juga harap semua orang kan maaf dan lupakan silap  cik tie juga walalupun cik tie tak minta maaf secara terang-terangan hari ni. Kadang-kadang tu Cik tie ni bukannya sedar pun yang cik tie dah buat salah gan orang. Lain lah kalau orang tu gtau kan :> senang la kerjanya.

semoga dengan memafkan dan melupakan camni, bangkit je esoknya cik tie dapat mulakan hari baru yang lebih baik. lebih ok..lebih sempurna..tanpa rasa beban di hati. Dan semoga hari cik tie juga kan bersinar terang cam mentari pagi juga.


InsyaAllah, aamiiin..


Amalan Sebelum Tidur

by on 22:30
Selamat malam uols.. sebelum tidur, maafkan dulu semua silap dan salah orang dengan kita sepanjang hari ini. Dari awal sampai lewat malam c...