Terasa lagi dinginnya angin di awal pagi. Hujan seakan tidak mahu berhenti. Langit suram di hiasi kabus putih. Sesekali hujan turun menyapa diri. 

Best betul ciktie rasa tidur pagi tadi. Itupun selepas dikejutkan oleh suara kecil si anak buah 2 kali semalam. Hujan kejap2 turun dan kejap2 berhenti. Tarik selimut tidur kembali.

Sepertimana yang dijangka, hujan mula membasahi bumi Kota Bharu pagi semalam. Seakan melepaskan geram, ia turun dengan lebat. Persekitaran sana sini dah tak nampak apa .. Kebetulan lak, masa tu ciktie dari KB nak masuk office semula. Nak tak nak, redah je lah. Sempat jugalah ciktie tunggu dalam kereta 10 - 15minit camtu la, sebelum redah lagi tuk naik ke atas. 

Nasib baik kereta ciktie jenis auto. Hangin jugalah 2/3 kali pusing cari
Sempat juga ciktie tukar header COLK ni. Sementara tunggu nak balik. Sebenarnya ciktie tunggu bos besar datang buat terjahan ni. Dengar kata semalam dia nak datang tapi sampai ke petang ni pun tak sampai2 lagi. Tak mengapa lah. Header ni sebenarnya dah lama ada dalam simpanan ciktie. Hari ni baru sempat buat apa2. Terima kasih Rrai. Cantik sangat ! Ciktie suka. header yang 1 lagi tu ciktie akan guna juga. Terima kasih sekali lagi. 

Sebelum 

Nampak tak perubahan COLK ni?? Nampak lebih sesuai tak?? Apapun ciktie suka gan perubahan baru COLK..

Sekarang



Header COLK by RRAI

by on 16:33
Sempat juga ciktie tukar header COLK ni. Sementara tunggu nak balik. Sebenarnya ciktie tunggu bos besar datang buat terjahan ni. Dengar ka...
Korporat atau koparat ??
Gara nak edar agihan tuk ukuran baju. Tersalah taip jadi koparat. Nasib baik tak sempat edar. Kalau tak. Malu juga jadinya.

Asyik typing error je sekarang ni huhuhu..

Korporat atau Koparat

by on 14:32
Korporat atau koparat ?? Gara nak edar agihan tuk ukuran baju. Tersalah taip jadi koparat. Nasib baik tak sempat edar. Kalau tak. Malu jug...
Alhamdulillah, rezeki ciktie dapat office dekat gan rumah. Janganlah jelous sangat walaupun ciktie memang tau mesti ada yang jelous. 

Rezeki masing2. Janganlah nak pertikai. Dan janganlah asyik nak bandingkan je. Rumah dekat boleh la blah..blah.blah. Boleh stress juga tau. Kononnya balik kerja kat kampung bolehlah kurang pening sikit tapi kalau camni, sape nak jawab??

Kekadang nak je suh kerja depan umah. Tak perlu susah2 nak pegang streng bagai. Tapi kan lain lak jadinya.



Gadis ayu..lesung betul ke ejanya ni?? pipit di pipi. Sungguh ayu.. laa..laa..laa. Best lak ciktie dengar nabil gan jihan nyayi lagu ni td hehe.

Oklah, antara yang layak ke peringkat akhir gegar vaganza adalah:-

TUGASAN 1

1. Siti Nordiana- putus terpaksa
2. Nasir Wahab- gelombang cinta
3. Ezad Lazim- nur nilam sari
4. Acong - seruan
5. Haiza - Puisi cinta
6. Farahdhia - Janji Manismu

TUGASAN KE-2
1. Awak kat mane - nana dan ??
2. Oh..la la - Farahdhia dan ??
3. Apa khabar - Ezad Lazim dan ??



Keluar dah jadual gaji tuk tahun 2016 dah ni. 
Kalau ikutkan boleh sangat la nak buat bajet kan?? Tapi ciktie ni tak tau la camner tahap kewangan ciktie tuk tahun depan..


'

Semalam ciktie cuti. Best sangat dapat keluar jejalan time semua orang sedang kerja ni. Jauh dari kesesakkan hikhik cam la semalam tu tak jem kan


Masuk kerja pagi tadi, cam pelik lak atas meja ciktie ada bungkusan kecil..bungkus gan surat khabar lagi tu. Tak kan la buah jambu cameron besar ni je.. Laaaa..rupanya buah tangan dari Teluk Batik ya. Cantik sangat ! Terima kasih kak. Tak lupa belikan ole-ole ni.


Buah tangan dari teluk batik

by on 12:40
Semalam ciktie cuti. Best sangat dapat keluar jejalan time semua orang sedang kerja ni. Jauh dari kesesakkan hikhik cam la semalam tu tak j...
Akhirnya imuniti digunakan juga untuk menyelamatkan Acong dari tersingkir malam ni. Antara Senarai Lagu Gegar Vaganza Separuh Akhir bertemakan karok
..tarik ni adalah:-

1. Nabil/Jihan - Si Gadis Ayu 
2. Farahdhiya - Kau Kunci Hatiku dalam cintaku 
3. Nasir wahab - Biar putih tulang 
4. Haiza - flora cinta 
5. Siti Nordiana - mengapa 
6. Ezad Lazim - tiada lagi hidupmu 
7. Azian - sedalam mana cintamu 
8. Acong (layak ke separuh akhir menggunakan imuniti)




Dah lunch dah. Boleh la rest sekejap. Pizza pun dah makan. Kenyang dah pun rasanya ni. Cuma pening kepala ni je tak mau hilang lagi. Sebab apa tah ciktie pun tak tau. Elok2 mai office awal, siap pi ambil barang dekat Jaya Sepuluh lagi. tak sempat buat apa2, kepala ni denyut2 bagai. Masuk tidur sat ingatkan boleh hilang la tapi hurmmm

Tapi dah kurang sikit la rasanya ni. tak cam pagi tadi, nak buka mata pun susah. 

Semalam kena bekumpul dekat padang kawat tengah2 matahari terik. 
Sebab tu ke 


Sakit Kepala

by on 13:19
Dah lunch dah. Boleh la rest sekejap. Pizza pun dah makan. Kenyang dah pun rasanya ni. Cuma pening kepala ni je tak mau hilang lagi. Sebab ...
"Bila nak berdua??"
"Eehh..tak kan tak da lagi kot"
"Memilih kot"
"Comel camni tak kan tak da"

Ishhh segan ciktie tau bila orang asyik tanya soalan camni. Bukan ciktie tak suka tapi ciktie segan sangat. Dah masuk 3 series tapi masih single mingle camni. Kawan2 ciktie pun ramai yang dah berdua..bertiga. Tapi ciktie?? 

Siapa ciktie nak menidakkan semua ni. Teringin jugak nak cam orang lain. Ada orang kat sebelah tapi siapa orang tu?? Tak sesenang memilih bawang kat pasaraya. Yang boleh diambil, dibelek, ditekan, ditinggal dan ambil kembali. Belum tentu yang diambil dan dibelek tu adalah yang sama. Betul tak uoolls




2 kali sesat dalam sehari minggu lepas ni. Sekali masa cari rumah officemate dan second masa dah sampai tempat yang dituju. Tak pepasal masuk meting lewat. Awal lagi ciktie kuar sebenarnya, kononnya nak join dia pi meting. U-turn jauh sangat punya pasal tak pasal kena pi sendiri2 huhuhu



Dah alang2 sesat tu, ciktie singgah la tapau nasi lemak. Tapi tak sempat nak makan pun. Perut dah masuk angin. Nanti baik tak teruk. Kenangan pertama kali drive sendiri2 pi bukit cina memang tak boleh blah betul


Sesat

by on 13:00
2 kali sesat dalam sehari minggu lepas ni. Sekali masa cari rumah officemate dan second masa dah sampai tempat yang dituju. Tak pepasal ...
Dah tinggal 7 orang lagi. Nizam Laksamana yang tersingkir kali ni tapi tak tau lagi kan kot2 Dato Seri Vida guna imuniti dia ke kan2x. Minggu depan diorang kan nyanyi tema dangdut.  apa kan jadi ya nanti. tak sabar nak tengok Farahdhia minggu depan 

Senarai Lagu Musim Ke-7 Gegar Vaganza

Siti Nordiana - Secangkir Madu Merah (Amelina)
Nabil/Jihan - Cinta Tak Keruan
Ezad Lazim - Nakal (Gigi)
Farahdhiya- Enter sandman
nasir Wahab - Camelia 2
Haiza - Kopi Dang Dut
Acong - Hilang Naluri (Once)
Azian Mazwan - Ini rindu (Farid Harja dan Lucky)

Kalau tersalah ejanya ni, harap di maaf la ya (,")


Betul ke??..kalau camni memang betul ciktie la. 
Segan sangat tau kalau tempat tu ada ramai lelaki tengah duduk lepak. 
tak sanggup nak lalu kawasan tu. ciktie kan cari jalan lain..kalau tak ada sangat ciktie sanggup tunggu sampai diorang blah dulu. Itulah antara kenangan zaman persekolahan ciktie



Tak sampai seminggu lagi genap 3 bulan usia si kenit ni. Semoga menjadi anak yang baik untuk mak gan ayah ya.


Juga semoga menjadi cucu yang kasih dan sayang selalu pada neneknya. Lama betul neneknya tunggu kehadirannya ni tau. So, jangan susah orang ya


Buah tangan dari Langkawi. Alhamdulillah, ada juga rezeki ciktie walaupun bukan ciktie yang pergi sana. Terima kasih ya





Baru dapat sapu losyen dekat tangan.
Nak sapu dekat rumah pagi tadi tak sempat, berkejar2 nak mai office katakan hikhik. Semerbak baunya sampai satu office boleh bau. Sengaja ciktie simpan kat office 1 untuk masa2 camni la.


Kat rumah dah ada sebenarnya losyen camni tapi saiz kecil dari yang ni la. Ciktie memang suka sangat gan bau losyen ni. Cam sedap..cam best. Alahh sape yang biasa guna losyen camni taulah baunya camner. Harga losyen ni pun takda lah mahal..tak sampai rm 10.00 pun. Sebelum ciktie terpikat gan bau losyen ni, sebenarnya ciktie memang dah terpikat dah gan brand ni. masa tu ciktie suka sangat gan lavendar tu. cam best je baunya tapi sekarang dah kurang la. 








Harum sangat losyen ciktie

by on 13:00
Baru dapat sapu losyen dekat tangan. Nak sapu dekat rumah pagi tadi tak sempat, berkejar2 nak mai office katakan hikhik. Semerbak baunya ...

Baru je selesai persembahan tuk musim ke-5. Minggu depan dah masuk minggu-6.
Minggu ni Amir (Ukays) yang tersingkir. maknanya 8 peserta lagi sebelum kita semua ketahui siapa juara Gegar Vaganza kali ni. Harap2 Nasir Wahab, Farahdhia gan Nana sampai ke final la kan..kan..

Tuk minggu depan (Minggu ke-6), antara lagu yang akan dipertandingkan adalah :-

1. aku tak akan bersuara (Nike Ardilla) - siti nordiana 
2. dimana kan kucari ganti (P.Ramlee) - farahdhia 
3. cinta melankolia (Aan) - ezad lazim 
4. Ill be there (The Jackson 5) - nasir wahab 
5. patahnya sayab malam (Massa) - haiza 
6. rindu serindu-rindunya (spoon) - nizam laksamana 
7. benci tapi rindu (diana Nasution) - acong 
8. Laju sebelum berkembang (Broery Marantika) - Azian Mazwan Sapuan

betol ka ejanya camtu..biaq pi la kan. Janji korang faham. Cuma tang pengacara tu je ciktie tak faham sikit. Betul ke gegaran Si Nabil gan Jihan tu pun terhenti sama ?? tak best la camni 

Oowahh lamanya cuti umum tuk tahun depan.
Macam ni cuti tahun ciktie tahun depan kan lebih jimat la banding tahun ni. Sebabnya tak lain tak bukan sebabnya ciktie dah ada kat kampung.


 Dah kerja kat sini dah. Alhamdulillah, syukur sangat2. Untung banyak tau bila ciktie dah dapat balik dan kerja kat sini. Antaranya ciktie dah boleh drive sendiri kereta kesayangan ciktie ni .. Dah tak perlu sewa rumah or bilik dah sebab office dekat. Cuma tang belanja makan / minum je ciktie kurang boleh bajet. Tah la..cam budak2 lak bila rumah dekat pasaraya hikhik..


Masih lagi dalam mood segmen. Sebenarnya hari ni ciktie tak punya banyak masa. Sempat bw satu dua blog je. InsyaAllah sempat nanti ciktie bw lagi ke blog korang2 ya. Sekarang ciktie nak ajak uuools semua dulu join segmen misteri burung hantu ni. syarat dia senang je. nak tau klik banner bawah ni dulu ok


So, apa lagi jom la join. 
lusa dah last ni - 13.11.2015
Lebatnya hujan malam ni. Awal lagi ia turun tak cam hari sebelum-sebelum ni. Kalau bukan lewat petang, tengah malam tak pun awal pagi dalam area pukul 3/4 pagi camtu baru turun. 

Cam malam ni jugak, ia turun tetap juga lebat. Cuma tak da la sampai air tu menitik-nitik dalam rumah lagi. Kalau tak habis besen sana sini Hehe..
Harap2 tak jadi banjir la tahun ni. Risau juga kalau hujan lebat camni selalu. Lagi risau kalau air  hujan ni bertakung 1 hal. Gan nyamuk lagi.

#musimterkujuhdah #bersedialahhadapiapajuakeadaan

Hujan

by on 21:48
Lebatnya hujan malam ni. Awal lagi ia turun tak cam hari sebelum-sebelum ni. Kalau bukan lewat petang, tengah malam tak pun awal pagi dalam...
Famous betul cikedut dua tiga menjak ni kan. 
Ciktie pun baru perasan sebab ada office mate beli dekat satu kedai makan area Taman Bendahara, Pengkalan Chepa ni. Kalau memang ciktie tak tau la. Ciktie ingatkan apalah cikedut ni. Kuih yang cam jemput-jemput ke hehe.. sekali dia pass botol. Melesat terus apa yang ciktie dibayangkan.


Rupanya cikdut ni sebenarnya puding dalam botol. Puding seduk a.k.a cikedut.
Ia ada banyak perisa sebenarnya. ada yang perisa Paddle Pop, Manggo, Strawberi, coklat dan macam-macam lagi la.

Harga untuk sebotol cikedut ni ciktie memang tak pasti. Tapi ada orang cakap kalau cikedut ni diisi dalam botol plastik, harganya Rm 4.00. Tapi kalau ianya guna botol kaca, harganya Rm 5.00.. Ciktie tak tau la kan.. 

Cikedut

by on 09:26
Famous betul cikedut dua tiga menjak ni kan.  Ciktie pun baru perasan sebab ada office mate beli dekat satu kedai makan area Taman Bendah...
Tajuk Lagu : Tuhan Jagakan Dia
Nyayian : Motif Band

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
 Tuhan





Tuhan jagakan dia

by on 08:00
Tajuk Lagu : Tuhan Jagakan Dia Nyayian : Motif Band Hanya dirimu yang ku cinta Takkan membuat aku jatuh cinta lagi Aku merasa kau y...

Ni minggu lepas punya cerita.
Nasi kerabu golok. Ni dah kali ke-3 ciktie makan. Sambal ladanya pun tak sepedas sebelum ni.

Walaupun nasi kerabu ni camni je tanpa lauk bagai. Ianya dah cukup. Padanlah gan harga kan. 1 bungkus ni rm1.00 je. Cam tak caya kan masih ada nasi harga rm1.00 ni. Murah je kan. Area rumah ciktie pun belum tentu dapat. Bertuah korang yang duk area pasir mas tau.

Nasi Kerabu Golok

by on 12:09
Ni minggu lepas punya cerita. Nasi kerabu golok. Ni dah kali ke-3 ciktie makan. Sambal ladanya pun tak sepedas sebelum ni. Wala...
GA Pertama untuk bulan ni. Dah hujung2 baru perasan rupanya Mek Zumbie buat GA ni.


Secara ringkasnya ciktie suka dengan blog Mek Zumbie ni
Nampak simple gan warna putih..tambah ceria dan menarik gan sedikit kombinasi warna pink, biru dan oren cair betul ke warnanya ni. belasah je la Mek Zumbie ya. dekat2 dah tu colournya tu kan :> Entry kat dalam tu pun jelas dan senang  di nak baca.

 Tarikh tutup
31 Oktober 2015 (Sabtu - 12malam)






KitKat baru. Cover colour hijau. Sebelum ni memang teringin sangat la nak rasa. Kebetulan lunch tadi keluar saje-saje ke Pantai Timur Bendahara. Dah alang-alang nampak tu ambil terus je la. 

Boleh tahan juga la rasanya. Rasa lemak-lemak susu camtu tapi ciktie lebih suka yang biasa sebelum ni. Dengan nilai rm 3.60.. Ni la rupanya



KitKat Grean Tea

by on 21:41
KitKat baru. Cover colour hijau. Sebelum ni memang teringin sangat la nak rasa. Kebetulan lunch tadi keluar saje-saje ke Pantai Timur B...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Kau lindungilah kami dari segala-galanya. Aamiiin.


Teruk betul jerebu hari ni. Lagi teruk dari sebelum ni. Sekali tengok dah cam time hujan lebat je. Sakit mata betul nak tengok sekeliling. Flight pun terpaksa delay sampai ke petang. Kecian pulak tengok mereka2 yang menunggu untuk berlepas.


Tak pelik ke uoools kenapa semua ni jadi?? Tiap2 tahun kebelakangan lak ni. Cam dah jadi kewajipan lak ianya berlaku. Ciktie rasa tak ada gunanya jugak kalau kita aje yang berusaha mengubati andai pihak terbabit /berkenan tidak  berusaha sama mencegahnya. Jangan hanya mementingkan diri sendiri satu dunia pula yang mendapat impaknya. 


Apapun, semoga keadaan akan lekas kembali pulih. Dan alam sekitar juga kembali mewarnai kehidupan kita semula. Aamiin..




Jerebu melanda lagi

by on 21:24
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. Kau lindungilah kami dari segala-galanya. Aamiiin. Teruk betul jerebu hari ni. Lagi teruk dari seb...

ya, betul sangat-sangat !! 
kasih sayang sesorang sahabat sejati akan jelas kelihatan di saat kita menghadapi kesulitan. 
Tak caya ?? cuba perhatikan..

Salam Jumaat korang


44 hari dah berlalu, bermakna dah 44 hari dah la ciktie terima kehadiran orang baru dalam keluarga. Neneknya sendiri yang bagi nama tuknya ni tau. Ambil sempena nama anak Rasullullah saw dan juga nama Ustazah Dr Fatma Zaharah, Siti Fatma Al-Zaharah binti Sukardi nama diberi.



Dilahirkan pada 9.05 malam, 23 Ogos 2015 bertempat di Hospital Raja Perempuan Zainad II, Kota Bharu dengan berat 1.6kg. Tp skrg dah 3.6kg dah. Masa dia dilahirkan ciktie dekat Kolumpo. Attend meting. Pagi tu mak dia hantar pi Airport tup2 malam dia dah kuar dah. Alhamdulillah, syukur.

So, ni lah anak saudara pertama dan cucu pertama dalam keluarga. Tak sabar ciktie nak tunggu dia besar. Apapun, semoga adik membesar gan sihat ya. Sayang adik..


Anak saudaraku sayang

by on 22:31
44 hari dah berlalu, bermakna dah 44 hari dah la ciktie terima kehadiran orang baru dalam keluarga. Neneknya sendiri yang bagi nama tuknya ...

sumber : fb
Selamat malam uools. Dah lama ciktie tak update kat sini. Dah lama juga ciktie tak singgah blog2 uools. Asyik tak sempat je.. busy nya kan ciktie ni sekarang hikhik. 

Kat office dah tak cam kat office lama dulu. Komputer sendiri2, kat sini kena share. Belum siap kerja dah kena bagi orang lain guna komputer dah. So, tak sempat la ciktie nak update apa2 kat sana. Kat rumah lak, wifi ni asyik k.o ke. So, malas nak fikir..biarkan je la dulu, sementara hp ciktie masih o.k

Ohh ya..hari ni dah raya ke-4, 
hari raya korban. So, selamat hari raya uoools. Walaupun dah terlewat wish kira o.k lagi lah ya hehe.. siaran lewat la pulak, kan2.. 


Ciktie ingat lagi time raya korban dulu masa kat Kolumpo. Pernah sekali ciktie tak balik beraya kat kampung. Konon nak temankan house mate la kan. Nak rasa sangat beraya kat Kolumpo hambik ko Tinggallah kami berdua..bosan sangat2. Tak tau nak pergi mana. Jiran2 semua tak ada.. Sampaikan 1 hari tu asyik tidur je. Dia tidur ciktie jaga..ciktie tidur dia lak yang jaga. Nak pergi ambil daging korban pun ciktie segan sebab dah petang dah. So, dua2 lepak depan tv je. Kedai makan pun semua tutup. Bapa saudara dan family lak asyik col bagitau keenakkan dan kemeriahan dekat kampung huhu. Sedih sangat masa tu. Tapi sekarang..InsyaAllah, tak ada lagi kot kan..

Takziah buat salah sorang office mate ciktie. Ibunya telah kembali ke rahmatullah petang semalam. Semoga beliau sabar dan tabah gan ujian ini. InsyaAllah, aamiin







"Jodoh itu ada. kalau bukan sekarang, mungkin tahun depan. Kalau bukan tahun depan, 
mungkin lima tahun lagi. Kalau bukan lima tahun lagi, mungkin dua puluh tahun lagi.
Jika bukan di dunia, mungkin di syurga. tiada apa perlu dirisaukan," 
saya menjawab dengan senyuman..

#jompisolatzohordulu




Jodoh itu ada cuma

by on 13:38
"Jodoh itu ada. kalau bukan sekarang, mungkin tahun depan. Kalau bukan tahun depan,  mungkin lima tahun lagi. Kalau bukan lima t...
Alhamdulillah..akhirnya surat yang ditunggu2 sampai jugak. Tu pun faks..surat akan otw. Surat baru nk pos. Apa la diorang punya kerja ni..lambat benar surat tu nk summit. Sebulan kt sana je. Adiooiii..sabar je lah gan korang semua ni.


tak pasal2 kalut jadinya kerja ciktie kali ni. Nak kejar date line korang lagi. Ponat la ciktie nak ikut rentak korang ooii..








surat posting dah sampai

by on 21:40
Alhamdulillah..akhirnya surat yang ditunggu2 sampai jugak. Tu pun faks..surat akan otw. Surat baru nk pos. Apa la diorang punya kerja ni..l...
Delay !! Lewatla nampaknya ciktie sampai kb malam ni. Flight lain..takda yang delay lagi. Nak bagi ciktie rasa juga nampaknya nikmatnyaaa.. flight delay hari ni sob..sob..

kalau ikutkan ni dah kali ke-4 ciktie naik flight. 2 kali naik kat KLIA dan 2 kali kat subang. Sebelum ni ciktie dah pernah naik MAS. Sekali time join bengkel perjawatan dekat Hotel Perdana, Kota Bharu. Second, masa hari last dekat CP hari tu. Dekat Subang ni pula ciktie naik minggu lepas gan big boss sebelum pergi Port Dickson. And last...hari ni gan chief tempat ciktie ni. Sebelum tak pernah delay tau. Ciss belagak lak ciktie kan..hehehe



Dari MAS ke MALINDO and now FIREFLY. Tinggal AirAsia betul ke ejanya camni ?? je lagi ni belumnya :)
Sabarlah menunggu ya



Flight Delay

by on 18:52
Delay !! Lewatla nampaknya ciktie sampai kb malam ni. Flight lain..takda yang delay lagi. Nak bagi ciktie rasa juga nampaknya nikmatnyaaa.....
Masih menunggu teksi nak pergi airport.. hujan lebat pulak time-time camni. Nak redah kuyup je ciktie rasa ni. Tapi tak pa la maybe sat-sat lagi ok dah kot. 

Tak sempat jugak jumpa chif ni..walaupun dah bagi maklumat yang diperlukan tadi. Nak buat macamane..masa tak cukup katakan.

Hmmm..tak jumpa jugak gan dia ni. Walaupun sebenarnya tak mengharap tapi bila sesekali terlintas di fikiran hmmm.. lagi-lagi orang duk certa pasal dia. Aduii la.. pelik lak ciktie rasa. Dah cuba tuk buang dia tapi ada je orang sekeliling ni duk bercerita tentang dia. Dia baik la..ramai peminat la..dia putih la..macam-macammm laaa. ciktie nak sangat jumpa dia. Tapiiii nak ke dia jumpa ciktie.. Ciktie doakan dia sentiasa sukses dalam pa jua bidang dan semoga happy selalu cam sebelum kami kenal.


kenapa gan perasaanku ni

by on 14:48
Masih menunggu teksi nak pergi airport.. hujan lebat pulak time-time camni. Nak redah kuyup je ciktie rasa ni. Tapi tak pa la maybe sat-sat ...
Selamat petang uolls. Sekarang ciktie dekat City Park Hotel iaitu antara hotel budget dekat Chow kit kata kawan ciktie ni. 1 malam rm105.. kira okay sangat la kan. Walaupun tak besar..muat-muat 2 katil..cukup la tuk rest dan tidur malam ni. Terletak dekat KL International Hotel.


Dalam pukul berapa tah tadi ciktie check in. Tapi sebelum pukul 12.00 la. Nasib baik la juga diorang tak kira sebab check in awal. Flight ciktie dalam pukul 9.05 camtu. Dari airport Subang terus ambil teeksi budget mai sini. Pastu ciktie keluar jalan-jalan dekat Jalan Tar..Sogo. sempat la ambil baju baby sehelai dua ni. Kelabu mata bagai tengok baju baby comel-comel dekat Sogo tadi. Cam nak semua pun ada hehehe. Kalau minggu lepas ciktie pi makan angin dekat Port Dickson makan angin la sangat  tapi minggu ni ciktie mai office lama ciktie lak. Cuma beza floor je dekat Kolumpo ni. 


Arrr tu la jugak kenapa ciktie pilih hotel ni. Dekat gan office lama dan juga dekat gan Sogo. Lama benar rasanya ciktie tak mai Sogo ni. Excited punya pasal sampai tertinggal kiriman orang kat KB. Nanti ya chif..nanti saya kirim jugak keropok lekor chif nak tu.

Tengahari tadi, adik ciktie masuk hospital. Dah nak bersalin. Semoga Dia mempermudahkan proses melahirkan ini. Dan dua-duanya selamat, aamiinnnnnn


City Park Hotel

by on 17:20
Selamat petang uolls. Sekarang ciktie dekat City Park Hotel iaitu antara hotel budget dekat Chow kit kata kawan ciktie ni. 1 malam rm105.. ...
Hari bermula dah bengkel dekat sini. Malam tadi ciktie tidur lewat. Keluar lepak gan member yang dah 4 bulan tak jumpa.  Bahananya ciktie masih terasa mengantuk lagi ni.

Ni kali ke-2 ciktie join bengkel camni. Tapi bukan bengkel yang ni la. Sebelum ni ciktie join bengkel tuk program lain. Dekat hotel jugak tapi dulu kat kelantan.

So, dapat la jumpa sorang dua kawan dekat office lama tu. Yang selalunya ciktie bertekak dulu. Diorang jadi urusetia bengkel..tu blh jumpa. Kalau tak hahaha ciktie rasa memang susah la nak jumpa. 



Bengkel di Avillion, PD

by on 09:39
Hari bermula dah bengkel dekat sini. Malam tadi ciktie tidur lewat. Keluar lepak gan member yang dah 4 bulan tak jumpa.  Bahananya ciktie m...
Hari terakhir di bulan sywal dah hari ni. Esok dh masuk bulan baru. Sape-sape yang puasa hari ni ciktie ucapkan selamat berpuasa ya. InsyaAllah kita jumpa lagi taun depan.

Kejap lagi ciktie nk join adik ciktie gi tengok rumah dia. Dah beli rumah dah dia.. jelous lak ciktie, baru kerja dah beli aset. 

Takziah buat adik ipar ciktie atas kepulangan arwah abahnya sebentar tadi. Semoga kuat dan tabah hadapi dugaan ini. Drive elok2 tau..semoga selamat sampai.


Aii uuooolls
selamat tengahari. Selamat hari raya maaf zahir batin jugak
hari ni baru sempat on blog ciktie ni.

Hari ni dah 22 or 23 syawal dah. kejap je masa berlalu. sedar..sedar dah sampai ke penghujung. hari ni ciktie balik kerja awal sikit. sementara tunggu orang2 lelaki solat jumaat ciktie mai jengah sini jak. Lagipun kat luar tu hujjan lebat lebat sangat. 2/3 menjak ni asyik hujan lebat je kat sini. Risau pula bila sesekali dah jadi camni. Angin pun tak kurang kuat juga. sampaikan tertutup sendiri pintu depan office ni. 
 

Semalam office ciktie sambut raya. sambut peringkat negeri kelantan gan terengganu. yang betul2 office punya minggu depan. hari jumaat bersamaan 14 Ogos 2015. Semalam sambut sekali gan kursus. 2 dalam 1.. kursus bermula hari selasa lagi..last semalam. banyak juga menu raya semalam tapi kebanyyakkannya ciktie gan officemate tak sempat nak makan. Yang datangnya dah tapau siap2 hmmm tapi tak apa la. Bukan rezeki kami selaku empunya program nak merasainya. 

Tapi ciktie nak pesan la sikit..kalau datang open house ke apa apa2 program camni, jangan lah nak tapau2 bawa balik rumah ke apa. bukan tak boleh..tapi agak2 la. Jangan sampai licin uooollls kerjakan. kalau dah datang tu..jemput la makan..janganlah tapau2 ke apa. Ingat-ingat la orang belakang juga. Masih ada yang belum makan. Empunya diri pun tak sempat nak merasa.

Ni lah antara menu semalam yang sempat ciktie snap gambornya tak merasa pun tak mengapo 


 












Pesanan bila datang beraya

by on 14:26
Aii uuooolls selamat tengahari. Selamat hari raya maaf zahir batin jugak hari ni baru sempat on blog ciktie ni. Hari ni dah 22 or 2...

selamat hari ulloss
hari ni tetamu kita, Ramadhan dah nak balik. Sebulan bersama kita..macam2 ragam dia jumpa.
dan hari sekali lagi pelbagai ragam tu terlihat. Syawal kan menjelma menggantikan Ramadhan yang akan pergi. Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
InsyaAllah, aamiin..

Hari ni ciktie balik awal. Sebelum ciktie balik..ciktie nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Maafkan segala kekhilafan ciktie sekiranya ada selama ini. Semoga segala amal ibadat kita selama ini diberkati. aamiin.


Selamat Hari Raya

by on 09:25
selamat hari ulloss hari ni tetamu kita, Ramadhan dah nak balik. Sebulan bersama kita..macam2 ragam dia jumpa. dan hari sekali lagi...

Hati2 dalam perjalanan tau uolls
tak kira la korang naik kereta ke..motor ke..keretapi ataupun kapal terbang ke tuk balik kampung or ke mana-mana. semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Sebelum mulakan perjalanan tu..jangan lupa baca doa dulu tau. semoga perjalanan kita tu berjalan lancar dan selamat tiba.
Aamiin..

DOA MENAIKI KENDERAAN
'Maha Suci Allah yang telah mengawal semuanya ini untuk kami, pada hari sebelum ini kami tidak menguasainya, dan sesungguhnya kepada tuhan jualah kami kembali.

Doa menaiki kenderaan

by on 14:00
Hati2 dalam perjalanan tau uolls tak kira la korang naik kereta ke..motor ke..keretapi ataupun kapal terbang ke tuk balik kampung or k...
Alhamdulillah, selesai sudah tunaikan zakat fitrah. Bayar kat sebelah office ni je..dan ni firstime bayarkan tuk diri sendiri. sebelum ni tengok orang bayar je. bayarkan jugak tuk mak. Total RM 14 tuk 2 orang dengan nilai kadar RM 7 seorang. 



Ehh..ehh.. rupanya zakat fitrah tuk ciktie gan mak dah dibuat la. So, terbayar 2 kali la jawabnya ni. Tak mengapa lah kot. janji dah settle. My bro pun satu.. apasal tak gtau awal-awal. Korang lak ?? dah bayar belum..


Yaahhuuu
gaji dah masuk dah. boleh la topup sikit lagi apa yang patut jak lagi. Tapi tak boleh la nak lebih-lebih ni..gaji akan datang lambat lagi nun disana.


Persiapan raya tak tau ke mana lagi.
kalau seblum ni asyik sibuk nak balik raya..nak kena kira berapa hari nak cuti..berapa banyak kuih raya nak bawa balik... sibuk duk tanya saudara-mara bila nak gerak balik dan blah..blah..blah lagi tapi tahun ni, tak lagi !

Tuk kuih raya dah settle. InsyaAllah, kan ada juga satu dua jenis yang jadi kuih tunjuk-tunjuk tu. Selebihnya dibuat khas oleh mak buyong kat rumah tu. Tuk baju pulak hmmm cam tahun lepas-lepas jugak kot..pakai mana yang ada. janji boleh beraya kan. Duit raya pun dah siap tukar ni..nak tunggu masuk sampul dan agih je lagi. Tahun ni tak terbuat la nampaknya rumah terbuka. my cousin nak kawin raya ke-2 ni dan majlis bertandang raya ke-7. Kalau sempat nanti ciktie share kat sini pasal majlis diorang tu.

Orang lain dah dalam mood raya dah tu. lagu-lagu raya dah berkumandang lama dah tu.
So, ciiktie nak ucapkan selamat menunaikan ibadat puasa dan selamat menunaikan solat terawih dulu. raya lambat lagi ni..ada lagi minggu depan 

Persiapan Raya Ciktie

by on 11:44
Yaahhuuu gaji dah masuk dah. boleh la topup sikit lagi apa yang patut jak lagi. Tapi tak boleh la nak lebih-lebih ni..gaji akan datang la...
hai ulloss
selamat petang dan selamat berpuasa. Hari ni dah 19 ramadhan dah bersamaan dengan 19 hari kita semua umat islam di Malaysia menunaikan ibadat puasa. Alhamdulillah..semoga sentiasa dipermudahkan oleh-Nya. aamiin.

Hari ni ciktie masih lagi menunggu surat arahan pertukaran ciktie. Kalau ikutkan memang ciktie dah dapat surat tukar cuma ciktie masih lagi menunggu satu lagi surat arahan pertukaran. Kawan ciktiie kat kolumpo dah dapat dah surat tu cuma salinan tuk ciktie belum sampai lagi kat sini. Ikutkan ianya berkuatkuasa 29 Jun 2015 lagi. So, tak apa la janji pasni ciktie tak ada lagi nak pening-pening dah fikir pasal ni. Just go on je gan kerja harian je.




Sedapnya kalau dapat bubur lambuk kg.baru. Panas2 dan makan time sahur memang terangkat. Terbuka terus mata tak jadi nak sambung tidur dah lepas tu hikhik

Kalau ikutkan bubur lambuk tu biasanya diagihkan setiap hari selasa gan khamis. Tapi tu tahun lepas la..tahun ni tak tau la kot2 berubah agenda ke.

Berpusu2 semua beratur tuk ambil bubur lambuk tu. Tapi kat sini takda bubur lambuk, bubur kacang hijau, pulut hitam, jagung ada lah. Itupun satu jenis bubur pun tak sentuh lagi hehe.. selera gan nasi melebihi segala-galanya yang ada.





Sedapnya bubur lambuk

by on 05:51
Sedapnya kalau dapat bubur lambuk kg.baru. Panas2 dan makan time sahur memang terangkat. Terbuka terus mata tak jadi nak sambung tidur dah ...
Selamat pagi uolls..
Hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpuasa, InsyaAllah. Semoga kita dipermudahkan, aamiin.

Pagi tadi ciktie tak sempat nak bangun sahur. Malam tadi tidur lewat. Hujung minggu dah terbiasa bangun lewat, macam ni la jadinya. Tapi sebelum ni sempat gak la ciktie bangun sahur. Sekarang ni ciktie asyik sampai office lewat je. Risau jugak..duk dekat gan office tapi asyik masuk lewat :<

Alamat !! Air kat office tiada lagi la. Dari memula puasa sampai lo'nie camni. Nak solat pun susah..nak kena bertapak kat surau airport or masjid dulu huhuhu, sedihnya. Tapi airport gan office ni dekat je..apasal kat sana bekalan air tu ada je 







Air tak ada

by on 09:05
Selamat pagi uolls.. Hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpuasa, InsyaAllah. Semoga kita dipermudahkan, aamiin. Pagi tadi ciktie tak s...
Assalamualaikum dan selamat pagi uolls.
selamat bersahur. sekejap je sekejap tadi, dah nak habis waktunya ni. Hari pertama berpuasa ramai yang awal-awal lagi dah bangun kan. Alhamdulillah, kita sebenarnya digalakkan sangat tuk bangun makan sahur macam ni. Bukan je keberkatan yang kita dapat tau..kita pun boleh tahan lapar lebih lama, nak-nak siapa yang ada gastik cam ciktie ni.

Sahur pagi ni, ciktie tak snap gambar. Tak sempat okay.
Dah lama sebenarnya ciktie tak update blog ni. Dah lama juga ciktie tak bukak tapi ada juga sesekali singgah baca satu dua blog. Mood hilang sejak2 dapat tukar balik kampung katakan hikhik..

Apapun, selamat berpuasa uolls
semoga kita berjaya harungi seharian berpuasa hari ni :>


Jom Sahur

by on 05:50
Assalamualaikum dan selamat pagi uolls. selamat bersahur. sekejap je sekejap tadi, dah nak habis waktunya ni. Hari pertama berpuasa ramai...

"aku suka hubungan yang senyap.
tup2 jemput orang ke kenduri
kahwin. baru best. baru orang jadi
tertanya-tanya siapa pasangan kita."

Tiada berkeinginan camni?? cepat jawab..lekas2


Akhirnya hujan juga malam ni.. walaupun sekejap je tu dah cukup memadai. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Rahman, Tuhan yang telah menciptakan alam ini. Sesungguhnya tidak Dia jadikan semua ini sia-sia . InsyaAllah,. aamin ya rabbi al-aamin.

Sebenarnya ciktie masih lagi tak ada mood nak catat apa-apa kat sini. Bukan tiada idea tapi tah la sekarang ni asyik tiada  mood je. Bagi ciktie nak buat sesuatu tu kena juga ada moodnya. kalau tak ada sekalipun kena usahakan jugak biar ada. Sebabnya itulah yang membuatkan kita merasa gembira gan apa yang kita kerjakan. Tak ada lah terasa cam kena paksa sangat kan..

Ehhh habis dah certa Hidupku, Solatku, Matiku ni.. tak sempat nak.


Sinopsis
 
Telemovie Hidupku Solatku Matiku itu menyingkap keperitan hidup dialami oleh Nordin lakonan Sharnaaz yang menerimanya dengan tabah. Penyakit kustanya membuatkannya dihina oleh orang kampung.

Sejak dari itu, solat menjadi perisainya. Solat sunat pula menjadi penawarnya bilamana ihsan hati jemaah kampung sebelah tanpa prejudis membenarkannya menjadi sebahagian jemaah mereka.

Bukan itu sahaja, Nordin diuji diberi isteri seperti Lela yang kerap menggegarkan ‘tiang arash’. Namun segalanya ditempuh dengan rela - astrogempak     







Tahun sebelum ni dah ambil. Tahun lepas pun dah ambil. Tahun ni insyaAllah ambil lagi. Harap-harap tahun ni lulus la. Dah lama sangat paper ni tak lulus. Nak kata senang memang bukan senang la kalau tak lulus camni kan..kan.. hikhik

So, korang yang nak duduki exam KPSL atau nak tengok soalan tu boleh la mohon untuk duduki exam KPSL tahun ni. Mana tau kot-kot korang lulus ke paper ni. Mohon kat sini tau nanti kita sama-sama dudukinya, okay.

https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/
hai korang
selamat tengahari. buat apa tu?? layan lagu ke..ehh ehhh macam layan movie je tu.
movie apa tu?? ok la kalau tak nak cakap.

Esok dah khamis, genap 2 minggu kat sini.
2 minggu juga dah tinggalkan office lama dan mulakan rutin harian kat sini. 
7 tahun 17 hari kat sana memang menyimpan pelbagai kenangan yang akan sentiasa segar dalam ingatan. Kenangan getir bersama-sama officemate, housemate dan rakan seperjuangan kat sana kan tetap ku kenang sampai bila-bila.

Duduk : Pn Nurul, Pn Saidatul, Mej Jamal
Berdiri : Pn Shikin, Lt Hairul, Mej Mad, Kol Nadzri, Mej Azman, Sjn Tinggom, Jai
Kenangan manis lagi dikenang, inikan pula kenangan pahit. Ianya kan tetap dibawa bersama. Terima kasih pada semua kawan-kawan kat sana terutamanya warga CP. Tanpa tunjuk ajar dan sokongan korang, tak mungkin diriku bisa bergerak sendiri. Terima kasih juga buat pengawai-pegawai di dalamnya kerana memberi kepercayaan kepadaku selama ini. Tanpa keyakinan korang, tak mungkin ku bisa membuat keputusan dalam setiap langkahku. 

Thanks everything for me. I love you all

Duduk 1 : Pn Zah, Me, Kak Liana, Kapt Suzi, Aflah
Duduk 2 : Mizan, Kak Sha, Pn Marini, Cik Wan, Pn Saidatul, Kol Nazri, Pn Nadia, Kak Syikin
Berdiri : Mej Nadzari, Chif Zali, Sjn Tinggom, Mej Jamal, En Dan, Kdr Hazila, Jai




Thanks CP

by on 12:02
hai korang selamat tengahari. buat apa tu?? layan lagu ke..ehh ehhh macam layan movie je tu. movie apa tu?? ok la kalau tak nak cakap. ...
Awak, kita senyum masa nampak awak tadi.
Dalam hati kita cakap sendiri
"moga awak senyum kat kita balik"
Tak sangka awak balas senyum kita
Mungkin doa termakbul agaknya.

Berbunga-bunga kan rasa hati bila kita alami situasi camtu
Tak tergambar sukanya hati kecil tu bila orang yang dilihat memberikan respon yang mengembirakan kita  +_+




Wordless : Awak

by on 11:19
Awak, kita senyum masa nampak awak tadi. Dalam hati kita cakap sendiri "moga awak senyum kat kita balik" Tak sangka awak balas ...

ya, betul !!
sebenarnya kita jadi baik sebab Dia atau kita jadi baik sebab sesama kita.
sesama kita dan kerana Dia :)
insyaAllah..



Wordless : Kadang-kadang

by on 01:36
ya, betul !! sebenarnya kita jadi baik sebab Dia atau kita jadi baik sebab sesama kita. sesama kita dan kerana Dia :) insyaAlla...
Alhamdulillah..
petang tadi suhu badan dah semakin baik berbanding petang semalam. Pening kepala pun dah beransur pulih berbanding sebelum ini. Dek kerana itu, hari ni ciktie terpaksa ambil e/l gara-gara bimbang gan tahap kesihatan yang tak menentu dua tiga menjak ni.

Cuaca Panas

 Sebelum ni dah mula sakit-sakit tekak tapi buat-buat tak tau je tapi semalam memang tak terdaya. Sampai je rumah tengahari semalam terus terlelap. Tak tertahan rasa pening tu ditambah pula dek kepenatan dan cuaca matahari yang memancar tu. Terpaksa minum air kosong banyak-banyak. Uolls jangan lupa tau minum air kosong banyak-banyak. Jangan dah terlantar sakit baru nak beringat. Ohhh ya, sebenarya semalam ciktie terlibat gan majlis APC tuk warga Kelantan gan Terengganu di bawah jagaan a.k naungan office baru ciktie ni. Ia diadakan kat salah satu hotel kat KB sana tu. Sempatlah merasa makanan kat sana. Sedap juga la.. Ok, stop dulu..nnati ciktie certa lagi lagi.

Kalau ikutkan cuaca kat KB ni memang panas. Panas perit rasanya.. Kalau kat kolumpo cuaca camni tandanya petang nanti nak hujan. Tapi kat sini lain..lain betul. Dari minggu lepas ciktie sampai hari ni..belum juga hujan nak turun. 

Genap sudah seminggu tinggalkan dia. semoga dia sukses selalu kat sana.



Cuaca di Kota Bharu

by on 01:29
Alhamdulillah.. petang tadi suhu badan dah semakin baik berbanding petang semalam. Pening kepala pun dah beransur pulih berbanding sebelu...
Haiiii, bertemu lagi kita kali ni. Makin lama makin tak sempat ciktie rasa nak layan blog sekarang ni. asyik kalut gan kerjaan hakiki je dua tiga menjak ni. Penat usah cakap la. Tapi tak elok merungut kan. Layankan je selagi terdaya. Lagipun bukannya orang nak cuba faham pun kepenatan dan kepayahan yang kita alami selama ni. kekadang tu hanya tau membandingkan je. 


Hehehe merugut la pulakkk ciktie kali ni. Tapi sebenarnya bukan niat ciktie nak merungut ataupun mengata ke apa. Cuma kekadang tu ciktie pelik sangat gan sesetengah orang ni. Hanya tau membandingkan je bukannya cuba untuk fahami kesulitan dan kepayahan yang kita alami tu tapi sebaliknya dah tolong tambah lagi bebannya tu.

Kita seharusnya sedar, setiap orang mempunyai keupayaan dan kemampuan masing-masing untuk selesaikan masalahnya. Tak semestinya keputusan yang orang lain buat dalam hidup dia, ciktie kena ikut. Dan tak semestinya apa yang ciktie rasa, orang lain akan rasa dan alaminya jua. Mungkin ianya sama tapi tak semestinya serupa. Dan jangan pernah cuba membandingkan apa yang kita rasa gan orang rasa. Sebabnya belum tentu kita mampu menanggung tanggungjawab apa yang ditanggung oleh orang lain. Tak semudah dan sesukar melontarkan kata-kata.





 



Alhamdulillah..
akhirnya blog ciktie dah ok dah. dah direct ke url blog yang sebenarnya dah. Kalau sebelum ni asyik redirect ke URL lain je. Bukan sekejap ianya terjadi tu..dah dekat 2 or 3 bulan dah ciktie perasan tapi ciktie tak sempat nak buat pa-pa..hanya mampu nengok je. 

Dalam duk kalut-kalut dua tiga minggu ni, sempat gak la ciktie usha blog kak mia tu tuk dapatkan info. Okay, sebelum ni dah cuba buang satu 2 coding dalam blog ni tapi tak nak jadi. And hari ni bila ciktie cuba buang dan masukkan balik coding, mana yang ciktie nak tu dekat layout..boleh lak. Aiii tak kan blog pun pandai merajuk juga kot

Apapun, hati ciktie dah lega.1 masalah dah settle. Thnkx mia liana ! sebab tulis entry tu.
Now, dah boleh mulakan operasi jejaki korang dah pasni *-*


Ehhhh..ehhh hrmis two dah berubah la. hrmis masih lagi tak sama, tak berubah. simple je interface ianya ni. Ok juga kalau ianya berbeza,  boleh juga buat pilihan. Selain dari capaian lebih elok, cik tie memang suka kalau sesuatu tu simple tapi menarik. Tak adalah nak pening-pening nengoknya. idak gitu hikhik..


Ehh ada juga ke yang tak tau hrmis tu apa ke?? kalau yang kerja kerajaan cam ciktie tu mesti tak asing lagi kan gan sistem ni. Hari-hari online kot, ada yang yang nak mohon cuti, yang nak kena buat perisytiharan harta, kemaskini maklumat peribadi dan macam-macam lagi la. Tapiii hari ni memang ciktie cipta sejarah lah, excited tengok interface hrmis two punya pasal - sistem hrmis tak boleh on. tersilap kata laluan. rasa cam baru sekali tekan button hantar tapi rupanya dah lebih tiga kali hehe