Haiiii, bertemu lagi kita kali ni. Makin lama makin tak sempat ciktie rasa nak layan blog sekarang ni. asyik kalut gan kerjaan hakiki je dua tiga menjak ni. Penat usah cakap la. Tapi tak elok merungut kan. Layankan je selagi terdaya. Lagipun bukannya orang nak cuba faham pun kepenatan dan kepayahan yang kita alami selama ni. kekadang tu hanya tau membandingkan je. 


Hehehe merugut la pulakkk ciktie kali ni. Tapi sebenarnya bukan niat ciktie nak merungut ataupun mengata ke apa. Cuma kekadang tu ciktie pelik sangat gan sesetengah orang ni. Hanya tau membandingkan je bukannya cuba untuk fahami kesulitan dan kepayahan yang kita alami tu tapi sebaliknya dah tolong tambah lagi bebannya tu.

Kita seharusnya sedar, setiap orang mempunyai keupayaan dan kemampuan masing-masing untuk selesaikan masalahnya. Tak semestinya keputusan yang orang lain buat dalam hidup dia, ciktie kena ikut. Dan tak semestinya apa yang ciktie rasa, orang lain akan rasa dan alaminya jua. Mungkin ianya sama tapi tak semestinya serupa. Dan jangan pernah cuba membandingkan apa yang kita rasa gan orang rasa. Sebabnya belum tentu kita mampu menanggung tanggungjawab apa yang ditanggung oleh orang lain. Tak semudah dan sesukar melontarkan kata-kata.





 



Alhamdulillah..
akhirnya blog ciktie dah ok dah. dah direct ke url blog yang sebenarnya dah. Kalau sebelum ni asyik redirect ke URL lain je. Bukan sekejap ianya terjadi tu..dah dekat 2 or 3 bulan dah ciktie perasan tapi ciktie tak sempat nak buat pa-pa..hanya mampu nengok je. 

Dalam duk kalut-kalut dua tiga minggu ni, sempat gak la ciktie usha blog kak mia tu tuk dapatkan info. Okay, sebelum ni dah cuba buang satu 2 coding dalam blog ni tapi tak nak jadi. And hari ni bila ciktie cuba buang dan masukkan balik coding, mana yang ciktie nak tu dekat layout..boleh lak. Aiii tak kan blog pun pandai merajuk juga kot

Apapun, hati ciktie dah lega.1 masalah dah settle. Thnkx mia liana ! sebab tulis entry tu.
Now, dah boleh mulakan operasi jejaki korang dah pasni *-*


Ehhhh..ehhh hrmis two dah berubah la. hrmis masih lagi tak sama, tak berubah. simple je interface ianya ni. Ok juga kalau ianya berbeza,  boleh juga buat pilihan. Selain dari capaian lebih elok, cik tie memang suka kalau sesuatu tu simple tapi menarik. Tak adalah nak pening-pening nengoknya. idak gitu hikhik..


Ehh ada juga ke yang tak tau hrmis tu apa ke?? kalau yang kerja kerajaan cam ciktie tu mesti tak asing lagi kan gan sistem ni. Hari-hari online kot, ada yang yang nak mohon cuti, yang nak kena buat perisytiharan harta, kemaskini maklumat peribadi dan macam-macam lagi la. Tapiii hari ni memang ciktie cipta sejarah lah, excited tengok interface hrmis two punya pasal - sistem hrmis tak boleh on. tersilap kata laluan. rasa cam baru sekali tekan button hantar tapi rupanya dah lebih tiga kali hehe