"aku suka hubungan yang senyap.
tup2 jemput orang ke kenduri
kahwin. baru best. baru orang jadi
tertanya-tanya siapa pasangan kita."

Tiada berkeinginan camni?? cepat jawab..lekas2


Akhirnya hujan juga malam ni.. walaupun sekejap je tu dah cukup memadai. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Rahman, Tuhan yang telah menciptakan alam ini. Sesungguhnya tidak Dia jadikan semua ini sia-sia . InsyaAllah,. aamin ya rabbi al-aamin.

Sebenarnya ciktie masih lagi tak ada mood nak catat apa-apa kat sini. Bukan tiada idea tapi tah la sekarang ni asyik tiada  mood je. Bagi ciktie nak buat sesuatu tu kena juga ada moodnya. kalau tak ada sekalipun kena usahakan jugak biar ada. Sebabnya itulah yang membuatkan kita merasa gembira gan apa yang kita kerjakan. Tak ada lah terasa cam kena paksa sangat kan..

Ehhh habis dah certa Hidupku, Solatku, Matiku ni.. tak sempat nak.


Sinopsis
 
Telemovie Hidupku Solatku Matiku itu menyingkap keperitan hidup dialami oleh Nordin lakonan Sharnaaz yang menerimanya dengan tabah. Penyakit kustanya membuatkannya dihina oleh orang kampung.

Sejak dari itu, solat menjadi perisainya. Solat sunat pula menjadi penawarnya bilamana ihsan hati jemaah kampung sebelah tanpa prejudis membenarkannya menjadi sebahagian jemaah mereka.

Bukan itu sahaja, Nordin diuji diberi isteri seperti Lela yang kerap menggegarkan ‘tiang arash’. Namun segalanya ditempuh dengan rela - astrogempak     







Tahun sebelum ni dah ambil. Tahun lepas pun dah ambil. Tahun ni insyaAllah ambil lagi. Harap-harap tahun ni lulus la. Dah lama sangat paper ni tak lulus. Nak kata senang memang bukan senang la kalau tak lulus camni kan..kan.. hikhik

So, korang yang nak duduki exam KPSL atau nak tengok soalan tu boleh la mohon untuk duduki exam KPSL tahun ni. Mana tau kot-kot korang lulus ke paper ni. Mohon kat sini tau nanti kita sama-sama dudukinya, okay.

https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/
hai korang
selamat tengahari. buat apa tu?? layan lagu ke..ehh ehhh macam layan movie je tu.
movie apa tu?? ok la kalau tak nak cakap.

Esok dah khamis, genap 2 minggu kat sini.
2 minggu juga dah tinggalkan office lama dan mulakan rutin harian kat sini. 
7 tahun 17 hari kat sana memang menyimpan pelbagai kenangan yang akan sentiasa segar dalam ingatan. Kenangan getir bersama-sama officemate, housemate dan rakan seperjuangan kat sana kan tetap ku kenang sampai bila-bila.

Duduk : Pn Nurul, Pn Saidatul, Mej Jamal
Berdiri : Pn Shikin, Lt Hairul, Mej Mad, Kol Nadzri, Mej Azman, Sjn Tinggom, Jai
Kenangan manis lagi dikenang, inikan pula kenangan pahit. Ianya kan tetap dibawa bersama. Terima kasih pada semua kawan-kawan kat sana terutamanya warga CP. Tanpa tunjuk ajar dan sokongan korang, tak mungkin diriku bisa bergerak sendiri. Terima kasih juga buat pengawai-pegawai di dalamnya kerana memberi kepercayaan kepadaku selama ini. Tanpa keyakinan korang, tak mungkin ku bisa membuat keputusan dalam setiap langkahku. 

Thanks everything for me. I love you all

Duduk 1 : Pn Zah, Me, Kak Liana, Kapt Suzi, Aflah
Duduk 2 : Mizan, Kak Sha, Pn Marini, Cik Wan, Pn Saidatul, Kol Nazri, Pn Nadia, Kak Syikin
Berdiri : Mej Nadzari, Chif Zali, Sjn Tinggom, Mej Jamal, En Dan, Kdr Hazila, Jai




Thanks CP

by on 12:02
hai korang selamat tengahari. buat apa tu?? layan lagu ke..ehh ehhh macam layan movie je tu. movie apa tu?? ok la kalau tak nak cakap. ...
Awak, kita senyum masa nampak awak tadi.
Dalam hati kita cakap sendiri
"moga awak senyum kat kita balik"
Tak sangka awak balas senyum kita
Mungkin doa termakbul agaknya.

Berbunga-bunga kan rasa hati bila kita alami situasi camtu
Tak tergambar sukanya hati kecil tu bila orang yang dilihat memberikan respon yang mengembirakan kita  +_+




Wordless : Awak

by on 11:19
Awak, kita senyum masa nampak awak tadi. Dalam hati kita cakap sendiri "moga awak senyum kat kita balik" Tak sangka awak balas ...

ya, betul !!
sebenarnya kita jadi baik sebab Dia atau kita jadi baik sebab sesama kita.
sesama kita dan kerana Dia :)
insyaAllah..



Wordless : Kadang-kadang

by on 01:36
ya, betul !! sebenarnya kita jadi baik sebab Dia atau kita jadi baik sebab sesama kita. sesama kita dan kerana Dia :) insyaAlla...
Alhamdulillah..
petang tadi suhu badan dah semakin baik berbanding petang semalam. Pening kepala pun dah beransur pulih berbanding sebelum ini. Dek kerana itu, hari ni ciktie terpaksa ambil e/l gara-gara bimbang gan tahap kesihatan yang tak menentu dua tiga menjak ni.

Cuaca Panas

 Sebelum ni dah mula sakit-sakit tekak tapi buat-buat tak tau je tapi semalam memang tak terdaya. Sampai je rumah tengahari semalam terus terlelap. Tak tertahan rasa pening tu ditambah pula dek kepenatan dan cuaca matahari yang memancar tu. Terpaksa minum air kosong banyak-banyak. Uolls jangan lupa tau minum air kosong banyak-banyak. Jangan dah terlantar sakit baru nak beringat. Ohhh ya, sebenarya semalam ciktie terlibat gan majlis APC tuk warga Kelantan gan Terengganu di bawah jagaan a.k naungan office baru ciktie ni. Ia diadakan kat salah satu hotel kat KB sana tu. Sempatlah merasa makanan kat sana. Sedap juga la.. Ok, stop dulu..nnati ciktie certa lagi lagi.

Kalau ikutkan cuaca kat KB ni memang panas. Panas perit rasanya.. Kalau kat kolumpo cuaca camni tandanya petang nanti nak hujan. Tapi kat sini lain..lain betul. Dari minggu lepas ciktie sampai hari ni..belum juga hujan nak turun. 

Genap sudah seminggu tinggalkan dia. semoga dia sukses selalu kat sana.



Cuaca di Kota Bharu

by on 01:29
Alhamdulillah.. petang tadi suhu badan dah semakin baik berbanding petang semalam. Pening kepala pun dah beransur pulih berbanding sebelu...