Yeaaa..akhirnya dapat juga ciktie masukkan widget Live Traffic Feed dalam ni. Dah lama cuba masukkan tapi hari ni baru dapat. Alhamdulillah !! Berkat hari jumaat kot kan hikhik. Sabar je lahhh sebenarnya dulu² dah buat..dah jadi dah pun tapi tah camne memandai je tangan ni pergi delete 😧😧

Live Traffic Feed

Ok, kat sini ciktie nak share cara ciktie masukkan widget ni tadi. Bukan apa senang nak rujuk kalau apa² jadi kan..

Langkah 1 
Masuk http://feedjit.com/ 
> Pilih warna, saiz lebar dan bil.yang ingin dipaparkan > Blogger Blog > Go! 
Live Traffic Feed 

Langkah 2 
Copy kod Html/JavaScript
> Pilih Step 2: Click here to install Feedjit now that you're signed in 
Live Traffic Feed 

Langkah 3 
Edit Kandungan > Paste kod Html/JavaScript dalam kotak tu > Tambah Widget
Live Traffic Feed

Wordless Wednesday : Bila Dah Datang Bank | Penantian itu suatu penyiksaan meskipun penantian itu tak selama mana. Tapi kalau dah 20 minit..30minit menunggu ni haru juga 😢😢😧😧😭😭 derahh la bang, akak !! Ciktie nak kena masuk office juga ni..








Mr. Fussy Or Mr. Cool? | Mengisahkan Dhieya Amiera yang telah membawa hati yang lara kerana kecewa pertunangannya terputus gara² fitnah sehingga menyebabkan dia kehilangan ibunya buat selama-lamanya.

Pertemuan pertama kali dengan seorang jejaka cerewet- Zharif Farhan akhirnya telah mengundang rasa aneh dalam hidupnya. Episod yang sentiasa bersambung telah membawa cerita yang tersendiri. Kebetulan pula Dhieya telah diterima bekerja sebagai cleaner di pejabat Zharif.

Suatu hari dek kerana suatu kesilapan yang tak disengajakan, dia telah dipecat ! Tetapi pertemuannya dengan Puan Zulaikha telah menyebabkan dia serba salah untuk mengecewakan permintaan Puan Zulaikha yang menginginkan dia bekerja semula di Kemilau Holdings. Dalam tak sedar dia sebenarnya telah jatuh cinta. Macam² dia lakukan untuk menambat hati Zharif tetapi langsung tak diendahkan. Walaupun sebenarnya Zharif juga mempunyai rasa yang sama cuma sedikit keliru.

Akhirnya Dhieya menarik diri dan meninggalkan Kuala Lumpur dan berkerja di anak syarikat Kemilau Holdings tanpa pengetahuannya. Kepulangannya semula adalah kerana dinaikkan pangkat sebagai pembantu Zharif. Sepanjang tempoh kehilangannya, Zharif telah banyak berubah..

Pertemuan semula Dhieya dengan bekas tunangnya - Ammar Ziqri mengusutkan lagi keadaan. Ammar kembali menagih kemaafan sekali gus menghapuskan rasa dendam dan kebencian dalam dirinya. Panas tak bererti cerah, Dhieya telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang. Dia telah dituduh sebagai perampas oleh Aryana gara² Zharif yang telah memutuskan pertunangan mereka untuk bersama Dhieya.

Akhirnya Zharif dapat juga berkahwin dengan Dhieya tetapi perangai dia tetap juga tak berubah. Ikut kepala sendiri semuanya berlaku apabila dia termakan hasutan Afiqah. Dhieya tak dipedulikannya..tetap juga dibuli. Eeerr geram la dah la Dhieya sakit walaupun last ending tu kembali ok. 

Mr. Fussy Or Mr. Cool?

by on 20:01
Mr. Fussy Or Mr. Cool? |   Mengisahkan Dhieya Amiera yang telah membawa hati yang lara kerana kecewa pertunangannya terputus gara² fitn...
Wordless Wednesday : Jangan Perlekehkan Kerja Orang | Jangan pernah memperkecilkan hasil kerja seseorang apatah lagi memperlekehkannya meskipun hasilnya tak seberapa pada pandangan kita. Mungkin bagi kita ianya cuma sebesar hama, tapi tidak bagi orang itu kerana segala penat lelah dan keringat telah tertumpu di situ..

Wordless Wednesday






Support Kak Mia jom !!

Mana tau rezeki kita dapat duit raya ni





Lagi setengah jam lagi nak pukul 5.. officemate masih lagi sibuk settle kan maklumat pencalonan pingat untuk Negeri Kelantan. Sementara tu sempatlah ciktie join giveaway by Faye ni sekejap. Jom reramai kita join giveaway sebagai tanda sokongan pada Faye jom.

Klik je banner tu ya.

Lagipun sebenarnya ciktie telah ditag oleh MV untuk join GA ni. Jadi balasanya sekarang ni ciktie nak tag hmmm diorang dua ni la pula ya.




Alhamdulillah, Terima kasih Lazada !!
Rezeki hari jumaat.. blog ciktie tersenarai dalam 3rd place Contest Lazada Raya 2017. Dapatlah voucher bernilai rm100. Rasa cam dah tak sabar nak shopping dah ni hikhik

Lazada Malaysia

Kalau ikutkan email kepada pemenang akan dimaklumkan hari ni..tak pa..kita tunggu ya. Maybe sekejap lagi ia menyusul. Tahniah juga ciktie ucapkan kepada semua pemenang. Tak tersenarai sebagai 1st atau 2nd, tersenarai dalam 3rd ini pun ciktie dah rasa happy sangat dah. Kebetulan pula esok ulang tahun ciktie. Ciktie kira ini hadiah ulang tahun dari Lazada untuk ciktie sekali la. 

Bagi sesiapa yang nak semak senarai pemenang tu, klik link ni ya http://www.lazada.com.my/blogger-contest/


join jom


Gabungkan Puasa Ganti dan Puasa Sunat Serentak | Assalamualaikum dan Salam Lebaran semua. Hari ini dah 11 syawal. Dah ada yang raya puasa enam ya?? Alhamdulillah, tahniah ya. Dan bagi yang masih lagi dalam proses tu moga dipermudahkan, in shaa Allah aamiin..

Betapa bertuahnya kita seandainya kita mampu dan berupaya melaksanakan puasa enam hari di bulan syawal ni. Puasa enam hari je tapi pahalanya..seperti berpuasa setahun. Siapa yang larat nak puasa setahun kan. Memang tak sanggup la..nak gantikan yang uzur syarie tu pun bukan main berkira² lagi huhu
Selalu sangat perkara ni menjadi kekeliruan dan pertanyaan kita umumnya kaum hawa dalam bulan syawal iaitu :-
  1. Bolehkah jika niat ganti puasa ramadhan dan niat Puasa Sunat syawal digabungkan secara serentak?
  2. Adakah golongan terbabit mendapat pahala bagi kedua-duanya sekali?
Mengikut apa yang ciktie ketahui, puasa ganti adalah puasa yang difardukan dalam bulan Ramadhan (hukumnya wajib) manakala puasa enam adalah puasa sunat dalam bulan syawal. Jadi, kedua-duanya tidak boleh digabungkan. 

Lagipun Imam As-Syafi'l dalam kitab Al- Umm berpendapat dalam mensyarahkan bab "Setiap amalan dengan niat" : hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadhan, puasa nazar, puasa kadarnya, puasa qada dan Puasa Sunat.

Dan juga Imam Jalaluddin As-Suyuti dalam kitab Al-Isybah juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadhan atau nazar atau puasa sunat.

Walaupun ada pelbagai pendapat yang menyatakan bahawa yang qada patut dikerjakan dahulu berbanding yang puasa sunat. Tetapi jika ingin mengerjakan puasa sunat syawal dahulu barulah puasa ganti juga dibolehkan.

Tapi kalau kita niat qada puasa dalam bulan syawal ciktie ada juga dengar ada pendapat sebahagian ulama menyatakan kita juga boleh dikurniakan pahala puasa enam tu. Hmm..sebenarnya semuanya terserah pada kita. Ohh ya puasa enam tu boleh je dilakukan secara berturutan ataupun terpisah. Tapi lebih afdal berturutanlah






Colouroflifek

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin | Hari ni dah 5 syawal !! Dah kena masuk kerja cam biasa dah. Rutin harian sebelum ramadhan dah kembali semula dah. hmm..hmmm pinjam ayat sing chan jak tiada lagi istilah boleh balik awal dah :( hikhik kerja tetap kerja okay. Walaupun hari ni dah 5 syawal, tak terlambat lagi kan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Maafkan segala kesalahan dan khilaf yang terbuat segaja atau tak ya. Kosong-kosong ek. Maaflah sebelum ini tak sempat nak ucapkan. 

Bagi mereka yang dah mula bekerja hari ini #camciktie ataupun semalam takpun kemarin selamat bekerja. Kalau ada open house tu jangan lupa pergi tau :) Bagi mereka-mereka yang bakal memulakan perjalanan jauh atau dekat semoga dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Aamiin. Dan bagi mereka yang masih lagi bercuti tu selamat bercuti ya. Cuti persekolahan masih lagi berbaki sehari dua je lagi tu.





Mood raya dah !! Lagi 2 hari je lagi ni tinggal. Walaupun mood raya dah datang ramadhan jangan dilupa. Walaupun baju raya belum tentu lagi ada yang penting raya tetap raya. Office pun dah siap berhias dah. Lagu raya pun dari memula masuk office lagi asyik diputarkan tak berhenti-henti lagi ni hikhik memang mood raya betul dah ni. Esok last kerja sebelum menyambut kedatangan syawal - Ahad ni. In shaa Allah lepas raya nanti kita jumpa balik.

Sebelum tu meh layan lagu raya ni dulu. Best juga lagu raya ni

Lagu : Lebaran Terindah
Oleh : Wany, Ernie, Wani, Shamim , Tajul & Haqiem

Selamat Hari Raya
Kami ucapkan pada semua
Selamat Hari Raya
Mari Meraikan bersama

|O|Dipagi Hari lebaran yang suci
|H|Mensyukuri Segala nikmat ilahi
|L |Jangan disimpan sengketa semalam
|I |Agar kita diberkati rahmat tuhan

|R |
|I |Pada yang jauh di rantauan

|K|Pulanglah Dikau ke kampung halaman

|. |Meraikan bersama-sama
|C|Hari Lebaran yang terindah

|O|
|M|Selamat Hari raya
Kami Ucapkan pada semua

Bersalam-salaman
Bermaaf-maafan 
Agar tiada luka yang tersimpan
Bertandang-tandangan
Busana indah 
adat kita jangan dilupakan

Pada yang jauh di rantauan
Pulanglah dikau ke kampung halaman
Meraikan bersama-sama
Hari lebaran yang terindah

Selamat Hari Raya
Mari meraikan bersama





Adik Aidil dan Nas Beatbox lagu Aishah sehingga menjadi viral !!  Seronok pula tengok aksi diorang ni. Suara pun boleh tahan..cuba juga cari video yang clear sikit tapi rasanya yang  ni la ok sikit kot. Mula-mula dengar lagu ni  dekat FB ada  kawan tag kat situ. Dah banyak hari dah sebenarnya dia tag tapi asyik tak sempat nak dengar tup-tup hari tu terasa cam nak dengar tapiii hmmm cam tah la. .senang certa rasa cam kureng sikit la bang.  Lagu  dah best dah cuma tah !! Jangan marah ya.. teringin juga nak dengar Angah Razif guitarist band tu bawakan lagu ni. lepas baca juga komen-komen dekat video tu. Tak mengapalah nanti lepas-lepas ni ciktie kongsikan nyanyian asal band tu ya. sementara ni meh layan  lagu  yang  dah diviralkan oleh 2 adik ni dah. Pandai  diorang ni kan.  



Tajuk : Aishah
Persembahan : Adik Aidil dan Nas 

Mula Mula Mula Ku Happy
Tiba-Tiba Dia Sakitkan Hatiku
Tak Apalah Terima Kasihlah Jadi Kekasihku

Satu Dua Tiga Ku Cintamu
Kau Hanya Satu Menjadi Kekasihku
Berjanjilah Padaku Sayangku Kau Akan Setia

Aisyah Jangan Ragu-Ragu Dengan Cinta Ini
Jangan Ragu-Ragu Ku Jadi Kekasihmu
Percaya Kepadaku, Ku Akan Jadi Yang Terbaik Untuk Cintamu

Aishah Aku Sayang Kamu, Aku Rindu Kamu
Tidur Malam Senantiasa Mimpikan Kamu
Kau Hanya Milikku Untuk Selamanya, Aku Sayang Aku Rindu Aku Cintamu

Mula Mula Mula Ku Happy, Tiba-Tiba Dia Sakitkan Hatiku
Tak Apalah Terima Kasihlah Jadi Kekasihku
Satu Dua Tiga Ku Cintamu, Kau Hanya Satu Menjadi Kekasihku
Berjanjilah Padaku Sayangku Kau Akan Setia

Aishah Jangan Ragu-Ragu Dengan Cinta Ini, Jangan Ragu-Ragu Ku Jadi Kekasihmu
Percaya Kepadaku, Ku Akan Jadi Yang Terbaik Untuk Cintamu
Aishah Aku Sayang Kamu, Aku Rindu Kamu, Tidur Malamku Senantiasa Mimpikan Kamu
Kau Hanya Milikku Untuk Selamanya

Aishah Jangan Ragu-Ragu Dengan Cinta Ini, Jangan Ragu-Ragu Ku Jadi Kekasihmu
Percaya Kepadaku, Ku Akan Jadi Yang Terbaik Untuk Cintamu
Aishah Aku Sayang Kamu, Aku Rindu Kamu, Tidur Malamku Senantiasa Mimpikan Kamu
Kau Hanya Milikku Untuk Selamanya, Aku Sayang Aku Rindu Aku Cintamu

Aku Sayang Aku Rindu Aku Cintamu





Jalan² dalam bandar Kota Bharu ni dah mula jammed dah ! Warga kota terutamanya para perantau nampaknya dah mula beransur-ansur pulang. Lebaran bakal menjelma tak sampai seminggu je lagi. Cepatnya masa berlalu, ramadhan 1438H bakal meninggalkan kita dah. Semoga segala amal yang kita kerjakan mendapat keberkatan dari-Nya. In shaa Allah, amiin..

Ehh raya kat mana tahun ni? Oo rumah mertua dulu ya sebelum balik kampung. Tak mengapalah in shaa Allah mana² sama je. Janji dapat bersama insan tersayang kan. Saling tolak ansur tu penting dalam menjaga hubungan pasangan kan :)

Tapi bagi ciktie yang bujang ni mestilah beraya kat kampung ni haa..biasalah beraya gan family. Lebih seronok ! Lebih meriah gitu. Selain dapat eratkan hubungan dapat juga jumpa saudara, sepupu-sepapat yang dah lama tak jumpa tu. Sesekali jumpa tu memang cukup riuh la.. Yalah masa² camni la kalau boleh jumpa pun. Kalau tak memasing asyik sibuk je. Seorang di utara, seorang di selatan, timur, barat.. ada juga yang merantau nun jauh kat Sabah.

Bila dah jumpa ramai² camtu, mulalah nak snap gambar. Guna hp memang la boleh cuma tengah² seronok snap gambar tu karang hang pulak ! Lagi satu time nak caj tu hikhik..faham² la kalau dah ramai² tu kan. So, sebelum balik beraya tu kenalah pastikan barang² ni dibawa sama selain baju, dan tudung raya. Tapi kalau tiada tu sempat lagi la nak shopping last minute ni. Di lazada semua ada ! Rembat aje mana² yang berkenaan ok. Potongan harga sehingga 90 % sempena Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Raya Sale (19 Mei hingga 30 Jun 2017) masih lagi berlangsung. Barulah raya lebih meriah.

Powerbank

Yang ni memang amat-amat diperlukan,  kembar phone !!  Dimana saja kena bawa. Senang nak caj hp terutamanya bila nak berkunjung ke rumah saudara mara tu. Phone low terus je caj. tiada lagi alasan batri off

Kamera

Bila musim perayaan camni kamera memang diperlukan. bukan musim raya je sebenarnya ia diperlukan tapi bila-bila masa terutamanya masa nak keluar bersiar-siar tu. Snap gambar banyak-banyak, print tu nanti-nanti pun boleh :)


Wireless Charger 


Dah lama ciktie berkenan Wireless Charger camni. Nak caj phone kat bilik pun rasanya lebih mudah dan senang. 




Jom balik kampung

by on 11:41
Jalan² dalam bandar Kota Bharu ni dah mula jammed dah ! Warga kota terutamanya para perantau nampaknya dah mula beransur-ansur pulang. Leb...

Username SGShop | ciktie
Id Blog | Cik Tie
  Facebook |  Ct Noraishah
Instagram | @aai.shah





Sinopsis

Mengisahkan Yuhanis yang terpaksa tebalkan muka merayu supaya abang tunangnya - Saiful Mizan mengawininya gara² tunangnya, Saiful Nizam enggan menikahinya. Semuanya berlaku sehari sebelum majlis perkahwinannya bagi mengelakkan maruah keluarga tercemar.

Perkahwinan itu akhirnya berjalan lancar juga tetapi bersyarat. Syarat yang dikenakan akhirnya memakan diri apabila akhirnya Mizan terpaut hati pada Yuhanis gara² sifat penyabar dan patuh padanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Kepulangan bekas tunang Yuhanis dan kemunculan semula bekas isteri Mizan merebut kembali cinta mereka mengoyahkan kebahagian yang mula dikecapi. Ditambah pula api cemburu Mizan sedikit sebanyak menyemarakkan badai apabila perkahwinan yang dirahsiakan itu tidak diketahui sesiapa sehingga menyebabkan sahabat baiknya sendiri terpaut dan jatuh cinta pada isterinya sendiri.

Yuhanis yang menyangka dirinya sebarang kata sebelum ini sebenarnya anak orang berada. Dan akhirnya dia bertemu jua gan keluarga kandungnya itu. Bestlah jalan cerita novel ni..



Gemar betul budak kecil ni gan coklat ni. Gelagatnya menikmati coklat kesukaannya ni pun boleh tahan hikhik. Gaya memintanya pun boleh tahan juga. Sabar je lahhh.. Asal nampak gambar coklat ni je nak..nak satu rumah boleh dengar suaranya tu. Risau juga coklat ni kan manis. Karang rosak pula gigi tu..

Fatma Cadbury

Tapi dalam risau² tu. Balik kerja tengahari tadi singgah juga la 7E. Belikan juga coklat tu. 3 keping tapi jenis lain-lain la.  Satu coklat susu cadbury daily milk yang biasa, satu yang dengan buah badam dan satu lagi dengan madu, kacang gajus gan hazel rasanya. Saje beli buat stok..mana la tau lepas ni kot² teringin nak makan ke.. tak perlu susah dah. Buka peti ais je..

Cadbury Dairy Milk Roast Almond

Cadbury Dairy Milk Croat Almond





Fatma dan Coklat Cadbury

by on 22:30
Gemar betul budak kecil ni gan coklat ni. Gelagatnya menikmati coklat kesukaannya ni pun boleh tahan hikhik. Gaya memintanya pun boleh taha...


Nyatakan barang yang PALING anda ingin beli dengan shopping credit RM100?

Sebenarnya banyak yang ciktie teringin nak beli dekat Sgshop Malaysia ni. Semua nampak menarik..semua nampak comel. Cam teringin semua nak beli hikhik nak² harga ia murah sangat. Tapi dalam banyak² tu ciktie teringin lagi nak ada rak camni. Selain boleh letak koleksi novel tu boleh juga letak barang hiasan kat situ. Tiadalah terabur sangat barang² hiasan kat bilik tu. Rak tu pula memang  nampak comel je kan..


Alhamdulillah, lagi sejam je dah boleh balik tapi si hitam kesayangan tu ter paking tengah panas. Nak turun tukar pun parking dah full huhu sabarlah hati..

Apa khabar korang semua ya?? Semoga dalam keadaan sihat dan masih kuat menjalani ibadat bulan ni ya. Puasa pula camne ya? Dah ada yang ponteng ke hikhik kalau dah terpaksa tu nak buat acamne kan..cuma nanti jangan lupa ganti balik ya. 

Dugaan kecil ramadhan ke-13 ciktie kali ni.. selsema dah datang menyerang. Sesekali diselangi bersin. Sesekali batuk pula menyingah. Mata dan hidung tak yah cerita la. Dah perit rasanya ni. Cuaca pula dah mula tak menentu..semalam hujan, hari ini panas terik. Apapun semoga antibodi terus kuat melawan dan kesihatan kembali sihat seperti sediakala. Aamin..doakan ciktie ya.


Dugaan ramadhan ke-13

by on 02:00
Alhamdulillah, lagi sejam je dah boleh balik tapi si hitam kesayangan tu ter paking tengah panas. Nak turun tukar pun parking dah full huhu ...

Sebelum masuk tidur ciktie nak join segmen " ni dulu. Siang tadi tak sempat nak join. Nak bw pun tak sempat. Ish diam² tau Ciktie dapat balik awal bulan puasa ni !! Cuma 5kali kot kena duty hmm.


Oklah dah lama rasanya tak bw ke blog shida ni. Apapun antara yang menariknya blog shida pada pandangan ciktie ni adalah kerana colour biru  tu sendiri. Rasanya shida masih lagi mengekalkan warna tu cuma banner tu dah berubah kan. Nampak lebih menarik. Simple je. Tak puas tengok :) Haa lagi satu macam² info boleh dapat kat situ, betul tak?? Haa kan betul ciktie cakap..

Cukup la tuk malam ni.. Sesiapa nak join klik banner tu ya. Jangan lambat² ya nanti melepas hehehe. Ok la Selamat malam semua



Segmen : Pencarian Bloglist Jun 2017 Blog kasihjuju.com | Hari pertama masuk office di bulan puasa. Dugaan la pula tetiba perut kecilku ni berlagu riang ! Tak moh layan la..baik layan Segmen : Pencarian Bloglist Jun 2017 Blog kasihjuju.com sambil-sambil tu boleh la terjah baca mana-mana entry yang menarik.


Jom la join !! klik banner atas ni je


Hadiah Untuk Pemenang 

Cash 
Cash RM50 - 2 Pemenang
Cash RM30 - 1 Pemenang
Cash RM20 - 1 Pemenang 

Top Up 
RM10 - 3 Pemenang 
RM5 - 1 Pemenang

Barang-Barang Lain 
1 set kerongsang - 1 Pemenang 
Tudung- 1 Pemenang 
Eyeliner - 3 Pemenang 
Cermin 2 in 1 - 1 Pemenang 
Watermark - 1 pemenang 

 Syarat-syarat untuk menyertainya :-  

1. Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Annivesary Dan Duit Raya" (copy banner dekat atas) 

2. Follow Blog 
     Cik AshMia LianaMurni Alysa , Cik Kejupenyet , Busyra Takiyudin ,                      MamaDarwiishLokman Amirul dan Farahglanzdotcom 


Doa Berbuka Puasa | Alhamdulillah !! Hari ni dah masuk hari ke-2 kita menjalani ibadat puasa. Setakat ni semua orang ok ke atau dah dah ada yang tengah mengira jam ni?? Sabar ya.. nanti akan sampai juga masanya tu.

Bila dah sampai masanya tu jangan lupa doanya. 


Sepatutnya doa ni share semalam tapi semalam kelam kabut punya pasal tak sempat nak publish kan. Menu apa hari ni tu?? 

Doa Berbuka Puasa

by on 13:50
Doa Berbuka Puasa | Alhamdulillah !! Hari ni dah masuk hari ke-2 kita menjalani ibadat puasa. Setakat ni semua orang ok ke atau dah dah ada...
Niat Puasa Ramadhan | Alhamdulillah seharian cuaca redup je sepanjang hari ini umpama bukan umpama lagi la memang betul² menyambut kedatangan ramadhan al-mubarak. Jangan lupa malam nanti pergi terawih tu ! Malam ni malam pertama kita bertemu ramadhan ni.

Haaa..esok puasa dah ni. Dah tau nak baca niat camne ke malam ni?? Takpa..ni ciktie dikongsikan camne niat puasa tu ya.. Selamat beramal !!

Niat puasa harian

Niat puasa sebulan

Hari ni hari jumaat. Penghulu segala hari dan hari terakhir kita pada bulan syaaban. Sebelum ramadhan menjelma sekejap lagi ciktie nak minta maaf banyak² pada semua orang. Baik yang kenal ataupun tak. Hidup ni tak pernah sunyi dari kesilapan begitulah juga dengan diriku ini. Sesempurna manapun kita inginkan jangan sesekali kecewa kan orang lain. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas. Dan semoga segala amal kebaikan kita juga diterima oleh-Nya. In shaa Allah, alamin.

Niat Puasa Ramadhan

by on 17:58
Niat Puasa Ramadhan | Alhamdulillah seharian cuaca redup je sepanjang hari ini umpama bukan umpama lagi la memang betul² menyambut kedatan...
In shaa Allah esok dah puasa !! Masih ada ibu-ibu yang masih lagi sibuk membuat persiapan. Ada yang sampai mengambil cuti rehat  semalam kan bagi memastikan segala persiapan terutamanya bab bahan mentah seperti ayam, ikan, telur, buah tamar dapat disediakan terlebih awal untuk persiapan sahur malam nanti. tak kurang juga yang ingin mengambil kesempatan sebelum ramadhan tiba ini semalam untuk kemaskan rumah, tanggalkan langsir, lapkan cermin tingkap..buang sawang dan sebagainya. Kebetulan pula semalam kan government dah dapat gaji kan?? ramailah yang ambil kesempatan, betul tak??

Setiap kali ramadhan tiba, onde-onde merupakan juadah iftar yang menjadi kegemaran ciktie sekeluarga selain biji nangka. Ia bukan sahaja sejenih kuih tradisional yang ringkas dan simple tapi juga mudah untuk disediakan. Selain ianya berwarna hijau ia juga ada yang berwarna biru, pupple, kuning ataupun merah. Rupanya yang bulat-bulat dan kecil itu bukan saje comel tapi amat sedap dinikmati. terasa cair di dalam :) nak-nak ianya senang disediakan.

Biasanya kalau kat bazar ramadhan kalau tak silap 6 atau 7 biji je RM 1..tapi kalau buat sendiri berbiji-biji boleh dapat. Siap boleh kongsi gan jiran tetangga lagi. Camne nak buat? Tengok resepi bawah ni ya hikhik cam lah ciktie ni mahir sangat hikhik


Onde-onde Hijau

Bahan

3 cawan tepung beras pulut
1 cawan air
sedikit pewarna hijau *boleh guna apa-apa warna yang disukai
sedikit garam
nisse ataupun gula melaka *dipotong kecil-kecil
daun pandan
kelapa parut *digaul bersama sedikit garam dan gula

Cara membuatnya
  1. Tepung beras pulut digaul sebati bersama secawan air dan sedikit garam sebelum pewarna hijau dimasukkan.
  2. Kemudian uli bulat-bulat adunan tersebut. Nak senang anggarkan saiz ambil adunan sebesar ibu jari. Leperkan dan masukkan gula melaka dan gentel bulat-bulat.
  3. Sementara tu, panaskan air dalam periuk dan biarkan sehingga ianya mendidih. Jangan lupa masukkan daun pandan supaya ianya lebih wangi
  4. Seterusnya masukkan bebola tepung tadi ke dalam periuk air yang mendidih tadi. Biarkan sehingga bebola tadi timbul dipermukaan air yang mendidih sebelum diangkat.
  5. Tos dan biarkan seketika.
  6. Seterusnya golek-golekkan kuih tadi dengan kelapa parut. sehingga ianya bersalut.
  7. Dah siap !!

Kebetulan pula lazada sekarang ni tengah adakan Contest Blogger Raya bermula dari 19 Mei hingga 25 Jun 2017 selama 4 minggu. Setiap minggu ada tema yang berbeza-beza. Dan kita boleh sertai contest ni lebih dari sekali tau. Jadi, kalau nak tau lebih lanjut klik sini tak pun klik je banner bawah ni ya.



Dengan menggunakan Tefal Comfort Max Stainless Steel Saucepan 18cm/lid ciktie rasa tiada lagi perlu susah²kan diri menunggu air mendidih dan besarkan api. Dengan api yang kecil pun ia tetap juga mampu menjimatkan masa. Jadi bolehlah memasak dengan senang hati !!


Sempena kedatangan Marhaban-Ya ramadan dan Riang Ria Raya telah menawarkan potongan sehingga 90 % dari 16 Mei hingga 30 Jun 2017 tau. Jadi apa tunggu lagi.. jangan lepaskan peluang anda menikmati penjimatan yang lebih banyak !!









Tajuk : Hero Seorang Cinderella
Penyanyi : Fattah Amin dan Nur Fazura
Lagu : Aizat Amdan

Hanya kau yang ku mahu
Sayang jangan terburu
Sampai bila harus ku tunggu

Oh sayang ku malu
Baby baby can't you see
You and I are meant to be
Hanya kita berdua

Sayang
bukan ku tak mahu
Bertemu dengan mu
Sayang, siapa la aku

Jangan la bimbang
Sayang, kan ku bina istana
Engkau permaisuri ku






Wallpaper Slide to Powerpoint | Masih lagi tercari-cari wallpaper tuk slide presentasion  APC'17 ni. Memandangkan tema APC tahun ni pupple !! So, memasing sepakat nak slide pupple juga. Hmmm agak-agak kalau guna salah satu wallpaper kat bawah ni ok tak tuk slide?? Ciktie dah pening ni samada nak guna salah satu wallpaper kat bawah ni atau nak kena cari yang lain. Design memang sama yang beza hanya dari segi warna.


Tapi kalau ikutkan hati kecil ciktie ni.. ciktie lebih suka gunakan wallpaper warna biru a.k.a royal blue. Biru JDT tu ! Nampak lebih menyerlah rasanya.