nak join klik banner ni ya

Syarat-syarat untuk sertai segmen "Seorang Syed Nak Bloglist!"

1. Anda haruslah mempunyai blog yang aktif

2. Follow blog  Seorang Syed 

3. Follow Google+ Seorang Syed 

4. Buat satu entry di blog anda bertajuk "Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!"

5. Nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed dan tulis short review tentang blog Seorang Syed (kalau nak tulis panjang pun no hal)

6. Jangan lupa letak banner segmen aku di atas dan back link kepada blog ini

7. Comment entry penyertaan di bawah 


Alhamdulillah !! Sempat juga join "Segmen : Seorang Syed nak Bloglist !" tengahari ni. Dari semalam asyik tertangguh ni. In shaa Allah, esok ciktie ambil cuti nak jejalan cari barang sikit dekat KB tu. Lagipun dah lama sangat rasanya tak keluar jejalan hari jumaat ni. 

Oklah jom review blog Seorang Syed ni.. Kalau nak tau ciktie suka baca entry dia tu walaupun kekadang ciktie tak tinggalkan komen. Semua entry dia tu memang bermafaat, berinformasi, senang difahami, bersahaja. Pendek kata best la walaupun blog dia tu masih baru lagi tapi tak cam baru pun kan hehehe 

Blog Seorang Syed ni memang cukup tersusun..kemas !! widget pun tak banyak.. pemilihan warna biru tu ciktie suka sangat. lembut je warnya, cukup selesa dipandang ! Ok la syed gud luck ya




Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi ?? Jika belum lekas la daftar di mana-mana pusat pendaftaran SPR yang berdekatan tu dengan segera. Sekarang ni dimana-mana je orang asyik bertanya dah daftar ke belum.. PRU pun dengar-dengar bakal diadakan bulan Oktober ataupun November tahun ni.

Ehh masih ada lagi ya yang tak tau camne nak daftar mengundi ni ?? Jangan susah hati ya !!

Cara Daftar Mengundi 

Sebenarnya terdapat 2 cara ataupun kaedah yang telah dinyatakan oleh SPR bagi membolehkan pendaftaran mengundi dilakukan iaitu :-

  1. Pendaftaran Statik - melalui kaunter Ibu Pejabat SPR, Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pos Berkomputer; 
  2. Pendaftaran Bergerak - Out-Reach team SPR, Penolong Pendaftar (parti politik) atau Penolong Pendaftar di pejabat-pejabat kerajaan yang dilantik oleh SPR.
Walaubagaimanapun kedua-dua kaedah ni memerlukan kita sebagai pemohon mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam Kad Pengenalan, resit JPN KPPK 9 / resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Kita juga boleh mengunjungi pusat-pusat pendaftaran SPR yang berdekatan sepertimana dibawah :-
  • Ibu pejabat SPR di Putrajaya
  • Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara
  • Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara
  • Pejabat Daerah/ Pejabat Majlis Daerah
  • Tempat-tempat awam seperti pasar malam, pasaraya atau taman-taman perumahan yang dikunjungi oleh Out-Reach Team SPR.









Cara Daftar Mengundi

by on 10:04
Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi ?? Jika belum lekas la daftar di mana-mana pusat pendaftaran SPR yang berdekatan tu dengan segera....


Lunch dengan Kfc Twister Box super jimat je tengahari ni. Tak tau nak makan apa so KFC Pengkalan Chepa Drive Thru jadi pilihan lagi la kali ni walaupun awal² tadi cam teringin nak makan ayam goreng pedas Mc Donald. Makan ayam gan air pun dah cukup kenyang dah..twister tu petang² sikit kot baru makan. Sekarang ni perut dah rasa full sangat. Memang terkena penangan milo ais gan ayam goreng kfc betul la.



Kalau ikutkan tadi dah order set kfc super jimat tu gan air saksi tapi disebabkan dahaga sangat tengahari ni singgah restoran tepi jalan menghala ke office beli milo ais ikat tepi.. dua tiga kali sruppp habis dah. Alhamdulillah, kenyang sangat.


Sebelum ni dah try dah super jimat tenders box. Lupa dah harganya huhu tapi tuk super jimat box yang ni termasuk air rm 13.30 ( rm12.95 + rm0.35 ) Lepas ni nak try Snacker Box la pula





Kfc Super Jimat Twister Box

by on 16:40
Lunch dengan Kfc Twister Box super jimat je tengahari ni. Tak tau nak makan apa so KFC Pengkalan Chepa Drive Thru jadi pilihan lagi la ...
Yes ! Siap juga akhirnya baju ni. Sekejap je sebenarnya kalau betul² nak buat. Yang lama tu sebab banyak main nak² kalau dah penyakit *M tu datang lagi la. Jadi la juga walaupun jahitannya tak sekemas my mom. Orang baru belajar camni la hasilnya mana terus pandai..mana terus pro dok huhu tapi tang jahit kat tekak tu memang cukup tak puashati. Nak kena bukak balik nii


Baju kira dah siap tapiii mana pula kain tuk buat seluarnya. Hari tu dah jahit dah cuma getah je belum sambung lagi. Ni tah kemana pula la ianya. Nak kena potong kain lain la ni gayanya..


Amacam?? Boleh la kan hikhik sebenarnya tekak tu nak buat bulat je tapi tak tau nak jahit camne. Ni pun belajar sendiri..main sambung² je. Jahit pun main belasah je tu yang jahit pun guna colour pink juga hahaha jangan sesiapa ikut lak 


Cantik tak??

by on 14:04
Yes ! Siap juga akhirnya baju ni. Sekejap je sebenarnya kalau betul² nak buat. Yang lama tu sebab banyak main nak² kalau dah penyakit *M tu...
Penatnya !! Dah lama tak kena angkut air dari telaga tup..tup kena lak. Dah dua tiga hari dah air paip ni bermasalah. Kalau sebelum ni still keluar air walaupun cukup slow tapi dari semalam langsung tak keluar. Haru biru juga la camni keadaannya huhu. Nasib baik la telaga kat rumah ni masih ok. Airnya pun jernih tak berubah. Tiada bau bagai.. memang berbaloi la penat² angkut tu


Tah apalah masalah air kat rumah ni. Tengok kat rumah orang lain cam tiada masalah je. Tapiiiii hmm rumah diorang semua ada tangki rumah ciktie ni je tiada. Tak apa.. kita tunggu orang dari Syarikat Air tu datang check dulu camne..kalau perlu tangki kita buat je la.. 

Bila dah jadi camni..terfikir juga nak pasang enjin je kat telaga tu. Senang ! Bila air paip tu tak naik, ada juga alternatif lain boleh guna. Just tekan suis je. Tapi risau juga kalau dah pasang enjin tu. Air dalam telaga tu akan keruh atau berminyak pula. 






Tiada Air

by on 17:42
Penatnya !! Dah lama tak kena angkut air dari telaga tup..tup kena lak. Dah dua tiga hari dah air paip ni bermasalah. Kalau sebelum ni stil...
Hanya sempat ambil sepekat biskut je tengahari ni. Itupun biskut Lexus perisa Peanut Butter. Sedap juga rupanya perisa Peanut Butter ni ya hehehe nampak sangat tak pernah try kan huhu..


Sebenarnya Peanut Butter ni ciktie tak berapa suka. Ciktie pernah try sapukan Peanut Butter tu kat roti sebelum ni ekoran tengok kekawan ciktie makan camtu kan tapi betul² tak menepati selera la.. rasa cam tah la. Tak boleh nak terima..kesan dari situ apa² makanan berasaskan Peanut memang ciktie kan ketepikan.. sampailah tengahari ni. Dah terambil so, try je lah. Tak sangka pula sedap hehehe

Maybe sebab gabungan biskut gan peanut kot kan sebabnya kalau roti gan peanut ciktie tak boleh terima hehehe.. lain orang lain cara dan seleranya kan. 


Lexus Peanut Butter

by on 15:40
Hanya sempat ambil sepekat biskut je tengahari ni. Itupun biskut Lexus perisa Peanut Butter. Sedap juga rupanya perisa Peanut Butter ni ya ...
Tajuk : Kisah Cinta Kita
Artis : Asfan Shah
Ost : Ishh I Love You


Best juga lagu ni kan !! Walaupun masih tak berpeluang untuk ikuti episode-episode Drama Shh I Love You tapi lagu tema drama ni memang menarik minat ciktie. Cuma tu lahhh tak sempat nak layan drama tu lagi !! Apapun jom sesama layan lagu ni gan ciktie dulu

Lirik Lagu Kisah Cinta by Asfan Shah

Ku tak mungkin mengerti
Kau tak bisa cuba fahami
Cinta yang tidak lagi ada denganku
Cinta tak semekar dulu

Sungguh ku masih bertahan
Hidup gelita sepi tanpa senyuman
Kau berikan aku segenggam luka
Kau tinggalkanku dusta

Meski kau bukan milikku
Tersisa engkau dan aku

Kisah cinta kita
Lukisan terindah

Andai kau terseksa
Disini ku selamanya

Bila cinta kita
Musnah semuanya
Ku abadi cinta
Di akhir cerita

"Aku mengenalmu kerana cinta
Mencarimu kerana cinta
Mungkin bahagiamu bukan untukku
Selamanya"

Meski kau bukan milikku
Tersisa engkau dan aku

Kisah cinta kita
Lukisan terindah
Andai kau terseksa
Disini ku selamanya

Bila cinta kita
Musnah semuanya
Ku abadi cinta
Di akhir cerita

Kisah cinta kita
Lukisan terindah
Andai kau terseksa
Disini ku selamanya

Bila cinta kita
Musnah semuanya
Ku abadi cinta
Di akhir cerita
Ku tak mungkin mengerti 




Sedap pula makan biji gajus petang² camni. Sambil² layan Ariana Rose sambil² mengunyah tapi cam tak cukup la pula huhu. Inipun kebas my sis punya. Dia keluar beli barang gan si kenit Fatma tengahari tadi.


Jarang sebenarnya beli biji gajus ni dekat pasaraya. Biasanya beli atas Pasar Siti Khadijah je. Kat sana ada 2 jenis biji gajus ni.. bakar tak pun goreng. 1 pekat rm10 rasanya itupun last ciktie beli tuk arwah bapa saudara ciktie dulu. Dari segi rasa..cam lebih kurang je hmmm


Biji Gajus

by on 16:19
Sedap pula makan biji gajus petang² camni. Sambil² layan Ariana Rose sambil² mengunyah tapi cam tak cukup la pula huhu. Inipun kebas my sis...

Wordless Wednesday : Teruskan walaupun terpaksa


Teruskan !!
Jangan kerana kita tidak khusyuk ataupun tidak ikhlas melakukannya menyebabkan kita meninggalkannya. 
Kadang kala keterpaksaan itu perlu dilakukan demi menjamin sesuatu yang lebih baik..




Minggu lepas punya certa !! Gara² singgah 3  7E tuk dapatkan ice cream sandwich yang tengah promo masa tu. Tapi tiga² tempat tu stok dah habis. Terpaksa la beli aiskrim  lain. Asyik keluar masuk je segan la pula. 


Sampai je rumah si kenit - Fatma dah sedia menanti. Seronok pula tengok gelagat dia makan aiskrim tu. Memula tu cam nak tak nak je sekali hahaha tak cukup pulak. Maybe sebab aiskrim tu 2 perasa kan. Selalunya dia makan aiskrim perasa coklat je. Lain² perasa dia main buang je huhu. Ohh ya lagi satu maybe sebab rupa aiskrim tu sendiri cam Panda kan hikhik


Bagi ciktie aiskrim ni boleh tahan juga la. Sedap ! Kombinasi perasa coklat gan vanila. Sesuai tuk semua orang termasuk budak kecil berusia setahun lebih cam anak buah ciktie ni. Manisnya pun sedang² je 








Aiskrim Panda by Nestle

by on 16:31
Minggu lepas punya certa !! Gara² singgah 3  7E tuk dapatkan ice cream sandwich yang tengah promo masa tu. Tapi tiga² tempat tu stok dah ha...
Lupa bayar makanan | pernah terjadi tak tetiba terlupa bayar makanan !! Arhhh malunya..Camne boleh jadi ni. Dah makan dah kenyang tapi lupa bayar, terus je jalan keluar hahaha cam kelakar la pula. Ada sesiapa pernah alami situasi camni tak? hehe 

Rm 8 - ketupat sotong

Semuanya berlaku secara tak sengaja petang kemarin. Kononya keluar nak makan pergi makan laksam tepi jalan dekat area Kg. Semut Api sekali diorang tutup. So, terus je lah ke Medan Selera Ikan Bakar, Kedai Buloh.. Khafi Tomyam jadi pilihan. Kat sana makan ketupat sotong gan nasi sup. Tapi masa nak bayar tu tah cam mana boleh terlupa nak gtau ketupat sotong hahaha.. minta maaf la akak kaunter. terlupass tapi dah pergi bayar dah petang semalam tau.

Ohh ya..lupa nak gtau, makanan panas kat sana best tau nak-nak nasi goreng kampung dia tu memang kena gan selera ciktie la. Pedas !! Tapi pedas ciktie biasalah pedas orang kelantan kan. Kalau nak lagi pedas minta je sambal belacan diorang ya.

Nasi Goreng Kampung

Lupa bayar makanan

by on 16:11
Lupa bayar makanan | pernah terjadi tak tetiba terlupa bayar makanan !! Arhhh malunya..Camne boleh jadi ni. Dah makan dah kenyang tapi lup...
Hari Ke-2 Kursus Pengurusan Perkhidmatan | Alhamdulillah, selesai juga slot kursus sepanjang hari ini. Banyak juga yang ciktie dapat hari ini. Lebih banyak kepada penyelesaian permasalahan yang biasa timbul apabila melibatkan buku perkhidmatan terutamanya. Kursus ini juga menerangkan tentang cuti, elaun, tuntutan penjawat awam, nilai dan etika..dan banyak lagi la.


Dan esok pula akan ada  slot terakhir untuk kursus ini iaitu berkaitan Dasar Pemisah atau exit policy sebelum pembahagian sijil.









Petua hapuskan kutu kepala

Kutu kepala ! Ini antara penyebab ketidakselesaan kulit kepala selain kelumumur. Biasa dialami oleh anak² kita. Stress juga kekadang bila tengok diorang sekejap² garu kepala. Sekali selak rambut tak tau nak kata apa :'-( In Ahaa Allah dengan hanya menggunakan beberapa ulas bawang putih masalah ni boleh diatasi.


Apa kena mengena kutu kepala tu gan bawang putih lak kan?? Hahaha sebenarnya bawang putih bukan sahaja digunakan untuk memasak tapi juga digunakan untuk menghapuskan kutu kepala. Caranya camni :-
  • Tumbuk 4 ulas bawang putih hingga lunak
  • Gaulkan dengan 3 sudu makan minyak kelapa
  • Melumurkan serata ke seluruh rambut dan biarkan lebih kurang 14minit sebelum rambut disikat
  • Amalkan sehingga kutu kepala tiada

Petua hapuskan kutu kepala

by on 19:19
Petua hapuskan kutu kepala Kutu kepala ! Ini antara penyebab ketidakselesaan kulit kepala selain kelumumur. Biasa dialami oleh anak² kit...