Transaksi Pengeluaran & Simpanan Tidak Memerlukan Borang Di Tabung Haji

Ogos 05, 2017
Transaksi Pengeluaran & Simpanan Tidak Memerlukan Borang Di Tabung Haji | Mesti ramai yang dah tahu pasal ni kan?? Hikhik..mesti ada yang gelak kan baca tajuk entry kali ni. Yalah ciktie jarang² pergi tabung haji. Buat apa² transaksi lagi la tak.. Itu yang terkeluar tajuk entry camni kali ni.

Tabung Haji

Sebelum ini pergi tabung haji pun just temankan kawan..hantar borang je. Kebetulan pula dalam minggu lepas ciktie pergi sana buat pengeluaran sikit 😢😢. Ingatkan sama la prosedurnya dengan bank, asb atau pejabat pos kan. Kena isi borang, ambil nombor giliran pastu tunggu sekejap sebelum giliran tiba. Kebetulan pula masa ciktie sampai sana tu abang polis yang jaga dekat kaunter tu tengah layan sorang akak tu. So, tunggu je lahh sebabnya ciktie tengok dekat tray tu tiada borang tuk pengeluaran pun. Nak terus ambil nombor giliran pun risau jugak sebab tabung haji kan perkhidmatan dia memang terbaik. Cepat dan amat² berpuas hati. Tak perlu menunggu lama² cam tempat lain. Tapi ni tabung haji dekat Kota Bharu la..tempat lain ciktie tak tau. Tak pernah pergi lagi.

Tabung Haji

Ok, berbalik kepada cerita tadi.. Lepas giliran akak tu, ciktie gtau la nak borang pengeluaran. Sekali dia gtau untuk pengeluaran dan simpanan hanya perlu ambil nombor giliran dan terus ke kaunter. Tak perlu isi borang. Janji dalam akaun ada duit je. Lagi mudah kan 😉😉😀


Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

  1. Mudah kan...nak nak orang yang macam saya...pergi berdua dengan yaya dalam gendongan...memang harapan la kalau nak menulis...haha

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com